7H6M BALKANS MENAKJUBKAN

SARAJEVO – MOSTAR – TREBINJE – DUBROVNIK – SPLIT – ZAGREB –BANJA LUKA
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 5990

Ke Turki dan 5 Negara Balkans
Harga Normal: RM 6590
Dewasa: RM 5990
Warga Emas: RM 5950
Ke Turki dan 5 Negara Balkans
Harga Normal: RM 6590
Dewasa: RM 5990
Warga Emas: RM 5950

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir
Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – MUSCAT – ISTANBUL (MM)

Tetamu berkumpul di Lapangan Terbang Antarabagsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Istanbul memalui Muscat. Setibanya di Istanbul, bertolak ke restoran tempatan untuk makan malam sebelum bertolak ke hotel untuk daftar masuk dan bermalam.

Hari 2ISTANBUL-PORTO LAGOS – KAVALA – THESSALONIKI (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, daftar keluar dari hotel dan bertolak ke Kavala. Singgah sebentar di Porto Lagos, sebuah perkampungan nelayan di pinggir daerah Xanthi. DIwartakan sebagai salah satu lokasi dalam Natura 2000 Network, tetamu boleh menyaksikan pemandangan indah berlatarkan Tasik Vistonida dan pelbagai spesis flora dan fauna. Meneruskan perjalanan ke Kavala. Setibanya di sana, tetamu akan melawat sekitar Old Town of Kavala (Panagia) yang berusia 2700 tahun. Lawatan turut merangkumi Kavala Castle. Makan tengah hari di Kavala sebelum bertolak ke Thessaloniki, bandar pelabuhan di pinggir Laut Aegean. Makan malam dan daftar masuk ke hotel.

Hari 3THESSALONIKI – BITOLA – ST NAUM – OHRID (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel sebemul memulakan lawatan di bandar Thessaloniki, bandar kedua terpenting di Greece. Tetamu akan dibawa melawat kawasan pesisir pantai Thessaloniki dan Seafront Promenade. Di sini terletaknya White Tower. Menara ini yang dibina pada tahun 1530 ialah salah satu monumen peninggalan era pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyyah dan kini menjadi salah satu mercu tanda bandar Thessaloniki. Tetamu juga akan dibawa melawat sekitar Arch of Galerius, binaan Roman paling terkenal di sini. Ia dibina untuk meraikan kejayaan Maharaja Galerius menentang kerajaan Farsi Sassanid pada tahun 298 sebelum masihi. Perjalan diteruskan menuju ke Bitola yang terletak di negara Macedonia. Setibanya di sini, lawatan ke Shirok Sokak Street untuk membeli belah di samping ke Turkish Bazaar dan Old Bazaar. Bersolat Dan melawat Ishak Celebi Mosque– masjid terbesar di North Macedonia. Selepas makan tengah hari, bertolak ke Ohrid. Singgah di Monastery of St Naum, sebuah biara Kristian Ortodoks terletak di tebing Lake Ohrid. Nikmati pemandangan indah indah Lake Ohrid dari perkarangan biara sambil bergambar mengabadikan kenangan di sini. Setibanya di Ohrid, makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 4OHRID – TIRANA – PRISTINA – PRIZREN (SP/MT/MM)

Tetamu akan dihidangkan dengan sarapan pagi di hotel. Selepas itu lawatan dimulakan dengan mengunjungi sekitar bandar Ohrid termasuk ke Lower Gate of Czar Samuel Fortress di mana terletaknya House of Robevi, sebuah rumah bersejarah yang dibina dengan senibina Turki Uthmaniyyah. Tetamu juga dibawa melawat Antique Theatre, sebuah binaan seakan akan Roman Colosseum dibina sekitar 200 sebelum Masihi; Holy Mother Peribleptos Church, sebuah biara yang tertua di Macedonia. Makan tengah hari di restoran tempatan sebelum menuju ke Tirana, ibu negara Albania. Berpeluang meneroka bandar Tirana dengan menyaksikan Pyramid of Tirana, binaan ikonik yang dibina sewaktu Albania di bawah pengaruh Stalinism Communism; Clock Tower of Tirana; National Martyrs Cemetery– makam 900 perwira Albania yang terkorban sewaktu mahu membebaskan Albania dari penaklukan pihak Nazi sewaktu Perang Dunia Kedua; Palace of Congress dan The Skanderberg Square, sebuah dataran yang juga menempatkan Skanderberg Monument. Nama dataran diambil sempena nama pahlawan Albania, Gjerj Kastrioti Skenderbeu. Meneruskan perjalanan ke Pristina, ibu negara Kosovo. Bersiar siar di Pristina melalui Menara Jam, Sultan Murad Mosque, Yasar Pasha Mosque dan Ottoman Houses. Kemudian, bergerak menuju ke Prizren. Setibanya di sana, makan malam di restoran dan daftar masuk di hotel.

Hari 5PRISTINA – SKOPJE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan perjalanan ke Skopje. Sebelum tiba di bandar Skopje, tetamu akan dibawa melawat Matka Canyon– nikmati pemandangan indah penuh kehijauan alam di sini berlatarkan belakang Tasik Matka. Bersiar siar di sini sebelum perjalanan diteruskan ke bandar Skopje. Setibanya di Skopje, lawatan akan merangkumi The Stone Bridge (Dusan Bridge) yang menjadi simbol dalam ‘coat of arms’ Skopje. Juga melawat Mustafa Pasha Mosque, The Mother Theresa Memorial House– didedikasikan kepada humanitarian terkenal dan penerima Nobel Peach Price: Mother Theresa. Tetamu juga akan diberi masa bebas untuk membeli belah di Old Bazaar Skopje. Selain menjadi tempat yang ideal untuk membeli pelbagai jenis cenderahati, Old Bazaar Skopje sangat kaya dengan sejarah terutamanya dari era Uthmaniyyah. Selepas itu, menuju ke hotel untuk makan malam dan daftar masuk.

Hari 6SKOPJE – SOFIA (SP/MT/MM)

Selepas sarapan di hotel, bersiap sedia untuk menuju ke Sofia. Setelah tiba di Sofia, melawat Alexander Nevsky Cathedral yang dibina oleh putera Saint Alexander Nevsky sebagai penghormatan kepada tentera Russia yang terbunuh dalam peperangan Russia Turkey 1877-1878 yang membebaskan Bulgaria dari Empayar Uthmaniyyah. Selepas itu tetamu akan melawat Ivan Vazoz National Theatre yang merupakan teater tertua di Romania dengan senibina Noe-classic dan Banya Bashi Mosque, satu satunya masjid di Sofia yang masih digunakan sehingga kini dari 70 buah masjid yang pernah wujud di Sofia. Masjid ini diilhamkan oleh jurutera hebat Uthmaniyyah, Mimar Sinan yang juga membina Blue Mosque di Istanbul. Bersiar siar di Old Sofia City, Old Kingdom Palace, Bulgaria National Library dan Archaelogy Museum. Selepas lawatan, menuju ke hotel untuk makan malam dan daftar masuk.

Hari 7SOFIA – PLOVDIV – EDIRNE- ISTANBUL (SP/MT/MM)

Memulakan hari dengan sarapan pagi di hotel sebelum bertolak menuju ke Plovdiv, bandar kedua terbesar di Bulgaria. Bersiar-siar di Plovdiv dengan melawat Old Plovdiv di Nebet Hill (Nebet Tepe). Disini tetamu jugak akan dibawa ke Balabanov House, sebuah venue yang menjadi tumpuan untuk pelbagai aktivii seni seperti konsert, pertunjukan dan persembahan kebudayaan. Rumah ini memaparkan ciri senibina Bulgarian National Revival. Seterusnya lawatan diteruskan ke St Konstantin & Helena Church, gereja tertua di Plovdiv. Gereja ini dinamakan sempena Maharaja Constantine the Great dan mendiang ibunya, Elena. Kemudian melawat Plovdiv Roman Theatre yang terletak di tengah bandar Plovdiv. Ia merupakan salah satu amphitheater kuno yang paling dijaga rapi dan masih digunakan sehingga ke hari ini. Ia dibina pada kurun pertama di bawah pemerintahan Maharaja Domitian. Lawatan juga dilanjutkan ke Roman Stadium, juga dibina dalam abad yang sama di bawah pemerintahan Maharaja Hadrian. Lawatan di Plovdiv diakhiri dengan lawatan ke Citadel Door, Castle Street dan St Nedelya Church. Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Edirne, ibu kota kedua kerajaan Turki Uthmaniyyah antara tahun 1365-1453. Bersiar siar di Edirne dengan melawat Arasta Bazaar untuk membeli belah, Selimiye Mosque dan Meric Bridge. Bertolak ke Istanbul, dan daftar masuk hotel untuk berehat.

Hari 8ISTANBUL – MUSCAT (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan di Istanbul dimulakan dengan melawat Sultanahmet Square, Topkapi Palace dan Blue Mosque. Blue Mosque mendapat Namanya dari Jubin biru yang menghiasi struktur dalaman masjid. Ia merupakan satu-satunya masjid di Istanbul yang mempunya enam Menara. Kemudian menuju ke Hippodrome Square di mana hari ini ia dihiasi Egyptian Obelisk, Serpentane Column dan Istana Ibrahim Pasa. Waktu bebas di Grand Bazaar untuk membeli belah cendera hati sebelum makan malam dan bergerak menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang melalui Muscat

Hari 9MUSCAT – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Harga Pakej

Kategori Bilik Berdua Bilik Seorang Kanak² Bilik Berdua Kanak² Berkatil Kanak² Tanpa Katil
Promosi RM 5990 RM 6890 RM 5990 RM 5590 RM 5290
Warga Emas RM 5950 RM 6850

Jadual Penerbangan

Hari

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

01

G9 922

K.LUMPUR

SHARJAH

0955

1310

01

G9 311

SHARJAH

SARAJEVO

1805

2155

07

G9 313

SARAJEVO

SHARJAH

1315

2030

07

G9 921

SHARJAH

K.LUMPUR

2120

0850+1

Tarikh

3, 10, 17 Jul 2020 | 7, 14, 21 Aug 2020

Hotel

BANDAR

RATING

MALAM

NAMA HOTEL

Sarajevo

4*

2

Hotel Holiday atau setaraf

Trebinje

4*

1

Hotel Bellevue atau setaraf

Split

3*

1

Hotel AS atau setaraf

Zagreb

3*

1

Hotel Jarun atau setaraf

Banja Luka

4*

1

Hotel Bosnia atau setaraf

 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Porto Lagos, Sinan Pasha Mosque, Matka Canyon, Selimiye Mosque, Topkapi Palace
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa dan dilengkapi WIFI.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri

Hubungi kami sekarang