8H6M AZERBAIJAN + GEORGIA + ARMENIA

Baku – Sheki – Lagodekhi – Signagi – Tbilisi – Sadakhlo – Haghpat – Yerevan – Garni – Geghard – Sevan – Zvatnots – Ejmiatsin
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 7,690

"Land of Fire"
Harga Normal: RM 8,590
Harga Fiesta: RM 7,690
Warga Emas: RM 7,590
"Land of Fire"
Harga Normal: RM 8,590
Harga Fiesta: RM 7,690
Warga Emas: RM 7,590

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR - DOHA - BAKU (MT/MM)

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan menuju ke Baku yang terletak di negara Azerbaijan melalui Doha. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Heydar Alibey, tetamu akan dibawa makan tengah hari. Kemudian, memulakan lawatan bandar di Baku. Tetamu akan melawat Panoramic Park. Seterusnya ke bandar pelancongan terkenal iaitu Azadlig Square yang merupakan dataran kedua terbesar di Eropah dan titik permulaan F1 Baku Grand Prix. Lawatan diteruskan untuk melawat Medieval Fortress, kubu abad pertengahan Baku yang telah tersenarai sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Seterusnya, melawat Shirvan Shakhs Palace Complex, dan Maiden Tower (Qiz Qalazi) yang merupakan bangunan kebanggaan rakyat Baku kerana tersenarai dalam UNESCO. Tidak jauh dari situ adalah Kompleks Istana Shirvanshahs’ yang dibangunkan oleh kerajaan Shirvanshah,pemerintah pada tahun 861 — 1538. Kemudian membeli belah di Medieval Market Square dan masa bebas di Torgovaya Street. Makan malam dan daftar masuk hotel

Hari 2BAKU – SHAMAKHA – SHEKI (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Shamakha yang kini menjadi sebuah bandar kecil. Makan tengah hari di restoran tempatan. Meneruskan perjalanan ke Sheki. Tiba di Sheki, melawat Medieval Caravanserai sebelum makan malam di restoran tempatan, dan daftar masuk hotel. Bermalam di Sheki.

Hari 3SHEKI – LAGODEKHI – SIGHNAGHI – TBILISI (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi, melawat sekitar kawasan Sheki seperti Palace of Shaki Khan, dan Sheki History Museum. Selepas lawatan di Sheki, meneruskan perjalanan ke Georgia, sebuah negara yang terletak antara Eropah dan Asia, dan merupakan bekas republic Soviet. Bahagian wilayah timur Georgia – Kakheti yang terkenal dengan ladang anggurnya. Makan tengah hari sebelum bertolak Signaghi, salah satu pekan yang paling cantik di sana. Sighnaghi dan kawasan sekelilingnya adalah tempat yang terkenal dengan kisah sejarah dan monument bersejerah. Pekan ini dibina dengan sisa-sisa kubu dari abad ke-18. Pada ketinggian kira-kira 790m di atas paras laut, bandar ini menghadap ke lembah Alazani dan pergunungan Greater Caucasus. Berhampiran Sighnaghi, tersergam Biara Bodbe dimana St Nino merupakan individu pertama yang membawa agama Kristian ke Georgia. Kemdudian, tetamu akan dibawa ke Sighnagi Royal Town iaitu salah satu persimpangan Laluan Sutera Besar yang dikeliling oleh 28 menara sebagai dinding pertahanan. Makan malam di restoran tempatan, sebelum meneruskan perjalanan ke Tbilisi. Daftar masuk hotel.

Hari 4TBILISI (SP/MT/MM)

Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan akan dimulakan di sekitar bandar Tbilisi yang merupakan ibu kota Georgia paling besar, terletak di tebing sungai Mtkvari. Sejarah bandar di sini dapat dilihat melalui seni bina bangunannya. Antara tempat yang akan dilawati adalah kawasas Old Town seperti Metechi, salah satu kawasan bandar yang paling awal didiami, Abanotubani yang terkenal dengan mandian sulfuriknya. Kemudian tetamu berpeluang menaiki kereta kabel untuk ke Narikala Fortress, dan dapat melihat sekeliling bandar Tbilisi dari kubu kuno ini. Seterusnya, berjalan sekitar Sharden Street, Bridge of Peace dan Freedom Square. Akhirnya, masa bebas untuk membeli belah di pasar lambak tempatan. Makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 5TBILISI – HAGHPAT – YEREVAN (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Yerevan iaitu ibu kota Armenia dikenali sebagai ‘Pink City’ kerana warna dinding bangunan dalam bandar itu seakan-akan berwarna merah jambu kerana arkitek Armenia menggunakan batu dan tanah lahar gunung berapi untuk membangunkan bandar itu. Sebelum tiba di Yerevan, singgah di Haghpat, melawat Monastery of Haghpat, yang tersenarai antara salah satu tapak warisan dunia UNESCO. Ia merupakan salah satu pusat agama, budaya dan Pendidikan terbesar semasa zaman pertengahan Armenia. Meneruskan perjalanan sehingga tiba di Yerevan, makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 6YEREVAN – GARNI – GEGHARD – LAKE SEVAN (SP/MT/MM)

Selepas bersarapan pagi di hotel, bertolak ke satu termpat bernama Garni, dan melawat Pagan Temple. Pada tahun 1679, satu gempa bumi telah berlaku dan memusnahkan beberapa bahagian kuil tersbut namun beberapa tahun kemudian ia telah dibaik pulih semula. Kemudian meneruskan perjalanan ke Geghard, dan melawat Geghard Monastery. Kompleks ini dibina pada pertengahan abad ke-13. Kemudian, tetamu berpeluang untuk ke salah sebuah rumah tempatan di situ untuk merasai pengalaman membuat roti Armenia yang dikenali sebagai ‘lavash’. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Lake Sevan, tasik terbesar di Armenia dan wilayah Kaukasus serta menjadi sumber utama perikanan Armenia kerana negara itu tidak dikelilingi lautan. Lake Sevan ini kaya dengan hutan tebal, batu –batu curam berwarna putih serta padang rumput alpine. Kemudian, ke Sevanavank Monastery yang terletak berdekatan dengan Lake Sevan tersebut. Makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 7YEREVAN – ZVATNOTS – EJMIATSIN – DOHA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel, hari ini memulakan lawatan di sekitar bandar Armenia. Tetamu akan dibawa melawat ke Republic Square, Mashtoc Avenue, House of the Opera, Aram Khachatryan, dan Cascade Yerevan. Seterusnya, ke Manuscript Museum of Armenia, juga dikenali sebagai Matenadaran. Di sinilah tersimpannya semua manuskrip Armenia kuno daripada berates-ratus tahun dahulu. Makan tengah hari sebelum meneruskan lawatan ke Zvartnos, dan melawat Zvartnos Temple. Kemudian ke Ejmiatsin, sebuah kompleks gereja pertama di dunia. Ia dipercayai dibina pada abad ketiga dan kini berfungsi sebagai pusat keagamaan rasmi Armenia. Sebahagian daripada gereja di Georgia dan Armenia diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO. Makan malam sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Zuarnots untuk berlepas pulang ke Kuala Lumpur melalui Doha.

Hari 8DOHA – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

QR 853

KUL

DOH

0250

0520

QR 351

DOH

GYD

0730

1120

QR 286

EVN

DOH

0300

0455

QR 852

DOH

KUL

0850

2150

Tarikh

23 Nov 2019

Hotel

BANDAR RATING NAMA HOTEL
Kazan 4* Hotel Relita atau setaraf
Kazan – Moscow NA Russian Railways 
Moscow 4* Hotel Sunflower Park atau setaraf
Bukhara 3* Hotel Lyabi Hauze atau setaraf
Samarkand 4* Hotel Regal Palace atau setaraf
Tashkent 4* Hotel Uzbekistan atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3*-4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Kremlin, Armoury Chamber, Hermitage Museum, Museum of Islamic Culture.
  • Pengangkutan keretapi Kazan – Moscow & Bullet Train Afrosiab dari Samarkand – Tashkent.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri