8H6M KAZAKHSTAN + UZBEKISTAN

Almaty – Tashkent – Samarkand – Bukhara – Tashkent – Almaty
Seorang Dewasa Bilik Berdua *

RM 5,890

"Utopia" Soviet Union
Harga Normal: RM 6,490
Harga Fiesta: RM 5,890
Warga Emas: RM 5,850
"Utopia" Soviet Union
Harga Normal: RM 6,490
Harga Fiesta: RM 5,890
Warga Emas: RM 5,850

Proceed Booking

  Kenapa Selamatbercuti.com?

  • Harga kompetitif tanpa kos terselindung
  • Pengendali professional & berpengalaman
  • Penyediaan makanan sesuai Muslim
  • Penjagaan waktu solat Musafir

Anda Ada Persoalan?

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi pakar pelancongan kami melalui Talian Bebas Tol / Whatsapp dan kami gembira untuk berbual dengan anda

Toll Free : 1 800 18 2884

Office : 03 9132 2884

Whatsapp : 013 500 2884

Max People : 30

Penerbangan

Aturcara

Hari 1KUALA LUMPUR – ALMATY (MM)

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Almaty. Setibanya di Almaty, tetamu akan dibawa makan malam sebelum ke hotel untuk berehat setelah melalui penerbangan yang panjang.

Hari 2ALMATY – BIG ALMATY LAKE (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Hari ini tetamu akan dibawa melawat ke Central State Museum yang merupakan salah satu muzium terbesar di Asia Tengah. Kemudian ke Republic Square, dan boleh melihat Monument of Independence yang mempunyai ketinggian 91 kaki. Monumen ini melambangkan kemerdekaan rakyat Kazakhstan selain menggambarkan sejarah kekayaan Kazakhstan semasa zaman Queen Tomiris hingga ke zaman sekarang. Seterusnya, tetamu akan dibawa ke Big Almaty Lake, yang terbentang luas dan panorama gunung yang mengagumkan di sekelilingnya. Pasti pelbagai foto dan selfie menarik akan dapat dirakamkan di sini untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Di sini tetamu mempunyai masa bebas untuk mengeksplorasi sekitar tasik ini. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 3ALMATY – TASHKENT (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Almaty untuk penerbangan ke Tashkent. Tiba di Tashkent, makan tengah hari sebelum melawat Kukeldash Madrasah iaitu madrasah pada zaman pertengahan di Tashkent, terletak berhampiran dengan Chorsu Bazaar dan stesen Metro Chorsu. Ia dibina sekitar tahun 1570 oleh raja-raja Dinasti Shaybanid. Madrasah ini dibina daripada batu bata kuning, dan mempunyai bentuk unik tradisional tempatan. Seterusnya, ke Tashket Tower setinggi 375 meter, merupakan Menara ke 11 tertinggi di dunia. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 4TASHKENT – BUKHARA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Hari ini tetamu akan bertolak ke Bukhara dengan menaiki keretapi laju Afrosiab. Tiba di Bukhara, tetamu akan dibawa melawat sekitar bandar Bukhara. Pada mulanya, tetamu akan melawat benteng paling purba di Bukhara sejak abad ke-4 bernama Citadel Ark, yang berfungsi sebagai istana untuk beberapa dinasti Empayar Bukhara pada masa lalu. Kemudian, tetamu akan melihat Makam Samanids. Seterusnya, melawat Chashma Ayub, yang bermaksud masjid Ayub dan Masjid Bolo-Hauz, yang juga tersenarai antara salah satu tapak warisan dunia UNESCO. Kemudian, tetamu mempunyai peluang untuk berjalan di sepanjang kubah beli-belah dan melawat salah satu madrasah paling terkenal di Bukhara yang dipanggil Nodir Divan Begi yang juga merupakan sebahagian daripada Lyabi House Ensemble, pusat bersejarah terkenal Bukhara. Lawatan akan berakhir dengan melawat Kompleks Poi Kalon, contoh seni bina unik Bukhara. Ia terdiri daripada tiga struktur yang dibina pada abad ke-12 hingga ke-16 iaitu Kalon minaret, masjid Kalon dan Mir Arab Madrasah. Makan malam dan daftar masuk ke hotel.

Hari 5MOSCOW – BUKHARA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke Izmaylovo Kremlin ia adalah kompleks unik yang menggabungkan muzium vodka, roti, coklat, mainan Rusia, bengkel seni, pasar dan pelbagai hiburan. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Bukhara (Meals on Board). Tiba di lapangan terbang Bukhara, makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.

Hari 6BUKHARA – SAMARKAND (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke stesen keretapi laju untuk menaiki keretapi ke Samarkand, yang terletak di lembah sungai Zerafshan. Ia adalah bandar kedua terbesar Uzbekistan. Tiba di sana, tetamu akan dibawa melawat ke Kompleks Imam Al-Bukhari yang terletak kira-kira 15 km dari bandar Samarkand. Selepas itu kita kembali semula ke bandar Samarkand. Tetamu akan dibawa melawat sekitar bandar Samarkand antaranya Dataran Registan, iaitu kompleks tiga Madrasah yang dibina sejak abad ke-15 hingga 17, dan tetamu pasti akan terpegun dengan keindahan dan keagungannya. Kemudian, ke Shakhi-Zindeh, kompleks seni bina yang merupakan koleksi besar makam sejak abad ke 11 hingga 15 yang menjadi sebahagian dari Tapak Warisan Dunia UNESCO. Seterusnya, Mausoleum Guri Emir. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 7SAMARKAND – TASHKENT (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke stesen keretapi untuk menaiki keretapi laju ke Tashkent. Lawatan bandar di Tashkent dimulakan dengan melawat Independence Square yang merupakan dataran utama negara ini, didirikan sebagai simbol kemenangan dalam Perang Dunia II. Kemudian tetamu akan mempunyai peluang untuk berjalan di sepanjang Broadway, iaitu jalan antara Independence Square dan Amir Timur Square. Kemudian tetamu akan melawat bahagian kota lama, termasuklah Chorsu Bazaar, Kukaldash Madrasah dan Kompleks Hast Imam yang terdiri daripada beberapa madrasah, masjid dan muzium. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 8TASHKENT – ALMATY – KUALA LUMPUR (SP)

Sarapan pagi di hotel. Tetamu mempunyai masa bebas sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antrabangsa Tashkent untuk penerbangan ke Almaty. Masa bebas sebelum menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.

Hari 9KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Harga Pakej

Jadual Penerbangan

Penerbangan

Dari

Ke

Perlepasan

Ketibaan

KC 936

KUL

1055

ALA

1655

KC 127

ALA

1215

TAS

1250

KC 128

TAS

1420

ALA

1650

KC 935

ALA

2330

KUL

0940

Tarikh

8 Sep 2019

Hotel

BANDAR

RATING

MALAM

NAMA HOTEL

ALMATY

4*

2

Hotel Mercure City Centre Almaty atau setaraf

TASHKENT

3*

2

Hotel Tourist Inn atau setaraf

BUKHARA

3*

1

Hotel Porso atau setaraf

SAMARKAND  

3*

1

Hotel Ideal atau setaraf

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Pakej Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Galeri