10H8M Balkan Estetika  

0
  • 10H8M
  • Max Guests :25
  • Coming Soon

Laluan Lawatan

BOSNIA AND HERZEGOVINA – CROATIA – MONTENEGRO – ALBANIA – MACEDONIA – BULGARIA

Tarikh Pelepasan

Jadual Penerbangan

Hari     

Penerbangan     

Dari

Ke

Perlepasan     

Ketibaan     

01

EK 343

KUALA LUMPUR

DUBAI

0240

0530

01

EK 2012

DUBAI

ZAGREB

1000

1410

09

EK 2229

SOFIA

DUBAI

1610

2210

10

EK 346

DUBAI

KUALA LUMPUR

0310

1425

 

Harga Pakej

5 Oct 2023, 12 Oct 2023

KATEGORI     

BILIK SEORANG

BILIK BERDUA

KANAK-KANAK BILIK BERDUA

KANAK-KANAK BERKATIL

KANAK-KANAK TANPA KATIL

NORMAL

RM 10,490

RM 9,290

RM 8,490

RM 8,490

RM 7,290

WE NORMAL 

RM 10,290

RM 9,090

FMM8

RM 9,890

RM 8,690

RM 7,890

RM 7,890

RM 6,690

WE FMM8

RM 9,790

RM 8,590

Hotel Penginapan

BANDAR

RATING     

BIL.MALAM     

NAMA HOTEL

ZAGREB

4*

1

HOTEL GARDEN HILL ATAU SETARAF

SARAJEVO

4*

1

HOTEL HOLLYWOOD ATAU SETARAF

MOSTAR

4*

1

HOTEL EDEN ATAU SETARAF

DUBROVNIK

4*

1

HOTEL ADRIA ATAU SETARAF

SHKODER

4*

1

HOTEL ROZAFA ATAU SETARAF

OHRID

4*

1

HOTEL MIRAGE ATAU SETARAF

SKOPJE

4*

1

HOTEL GOLD ATAU SETARAF

SOFIA

4*

1

HOTEL ZOO ATAU SETARAF

Itinerary

Hari 1 - Kuala Lumpur – Dubai – Zagreb (MM)

  • Berkumpul di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Zagreb melalui Dubai. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Zagreb, tetamu akan dibawa melawat sekitar kota Zagreb; Ban Jelacic Square, Zagreb Cathedral, St Mark Church dan Dolac Market.
  • Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Zagreb.

Hari 2 - Zagreb – Travnik – Sarajevo (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke Travnik yang merupakan salah satu kota terpenting zaman Uthmaniyyah. Lawatan di Travnik:
  • Sarena Mosque yang dikatakan antara yang tercantik di Balkans dengan ukiran dan lukisan dinding yang berwarna-warni,
  • Travnik Castle atau dikenali sebagai Stari Grad Castle (Old Castle), pernah menjadi ibu kota Uthmaniyyah di Bosnia. 
  • Makan tengahari dan bertolak menuju ke Sarajevo. Lawatan di Sarajevo:
  • Bascarsija atau Old Town Bazaar di tengah bandar Sarajevo untuk membeli-belah barangan cenderamata sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu yang dibina pada tahun 1753
  • Gazi Husrev-beg Mosque, yang merupakan masjid yang terbesar di negara ini dibina pada tahun 1530 di zaman Uthmaniyyah.
  • Sahat Kula iaitu sebuah menara jam yang dibina seawal abad ke-17.
  • Sacred Heart Cathedral yang cukup terkenal kerana binaannya dan di hadapannya terletak salah satu tapak Sarajevo Roses, nama yang diberi kepada kesan letupan bom mortar ketika Perang Bosnia yang disimen semula dengan warna merah dan juga berfoto di City Hall yang juga dipanggil Vijecnica.
  • Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Sarajevo.

Hari 3 - Sarajevo – Mostar (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Meneruskan lawatan di Sarajevo:
  • Vrelo Bosne yang sungguh cantik dengan pokok-pokok yang ditanam sepanjang Bosna River yang mengalir di dalam taman ini. Pasti banyak foto-foto menarik yang dapat anda rakamkan di sini.
  • Tunnel of Hope iaitu sebuah rumah yang terdapat di dalamnya terowong keluar masuk rakyat Bosnia dari kepungan tentera Serbia ke atas bandar Sarajevo bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubatan ketika Perang Bosnia. 
  • Bertolak menuju ke Mostar. Lawatan di Mostar:
  • Old Bridge Stari Most yang merupakan ikon pelancongan kepada perkampungan dan negara ini serta Tara dan Halebija Towers yang mengapit jambatan tersebut
  • Koski Mehmed Pasha Mosque yang dibina pada 1618 dan Turkish Hammam yang wujud sejak abad ke-16 lagi sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah. 
  • Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 4 - Mostar – Dubrovnik (SP/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Perjalanan akan diteruskan ke Dubrovnik yang terletak di dalam negara Croatia. Setibanya disana, lawatan di Dubrovnik:
  • Old Town Dubrovnik untuk melihat tarikan pelancongan di situ seperti Rector’s Palace yang pernah menjadi istana pemerintahan kota ini antara abad ke-14 hingga 18. 
  • Franciscan Church and Monastery yang dibina pada tahun 1360 namun telah beberapa kali musnah dek bencana.
  • Museum of Croatian War of Independence, Sponza Palace, Clock Tower dan Orlando’s Column yang menggambarkan pahlawan Dubrovnik abad ke-8 yang terletak di Luza Square Stradun.
  • Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Dubrovnik.

Hari 5 - Dubrovnik – Kotor – Budva – Shkoder (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke Kotor, sebuah kota yang cukup indah namun kedengaran tidak sesuai dengan namanya, Kotor yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tetamu akan dibawa melihat monument-monumen bersejarah di dalam Old Town Kotor:
  • Cathedral of St. Triphon yang dibina pada 1166, Pima Palace yang dibina pada abad ke-17, Clock Tower, dan Pillar of Shame.
  • Perjalanan diteruskan ke Budva untuk melawat tarikan-tarikan yang terdapat di dalam Old Town Budva yang terletak di tepi Laut Adriatic dibina pada zaman Venetians seperti Land Gate, Ancient Necropolis, Citadel, Mogren Beach.
  • Bertolak ke Shkoder, makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Shkoder.

Hari 6 - Shkoder – Tirana – Ohrid (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke kota Tirana yang merupakan ibu negara Albania, sebuah negara kecil majoriti penduduk Islam yang baru terlepas daripada cengkaman pemerintahan Komunis pada tahun 1992. Lawatan di Tirana:
  • Ethem Bey Mosque dibina pada tahun 1971, ditutup semasa di bawah pemerintahan komunis, namun dibuka semula pada tahun 1991.
  • Skanderbeg Square, nama tersebut diambil sempena nama pahlawan Albania, Gjergj Kastrioti Skenderbeu. Kawasan tersebut mempunyai lebih kurang 40,000-meter persegi.
  • Meneruskan perjalanan ke Ohrid. Lawatan di Ohrid:
  • Masa bebas untuk menerokai Cinar Square dan Old Bazaar Street.
  • Abedin Pasha Mosque yang dibina pada abad ke-17 yang menempatkan makam Emir pertama Ohrid.
  • Nikmati pemandangan indah tasik semulajadi, Lake Ohrid.
  • Makan malam dan daftar masuk hotel

Hari 7 - Ohrid – Skopje (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Skopje yang terletak di negara Macedonia. Sejurus tiba di sana, Lawatan ke: 
  • Castle of Skopje, istana dan kubu yang didiami sejak zaman pra-sejarah lagi iaitu zaman Neolitik dan awal Zaman Gangsa.
  • Murat Pasha Mosque, masjid dengan reka bentuk luar biasa iaitu struktur seakan-akan basilika (gereja) dan tidak mempunyai kubah.
  • Yahya Pasha Mosque, masjid yang dibina oleh Yahya Pasha yang merupakan komander Skopje dan menantu Sultan Bayezid II pemerintah Kerajaan Uthmaniyyah di Turki.
  • Stone Bridge yang merupakan simbol bandar Skopje dibina oleh Sultan Mehmed II
  • Macedonia Square, dataran utama yang menempatkan tugu Alexander the Great Statue, raja Macedonia yang menakluk empayar Achaemenid dan telah menakluki Mesir, Persia, Babylon, Lembah Indus dan banyak lagi.
  • Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 8 - Skopje – Sofia (SP/MT)

  • Sarapan pagi di hotel. 
  • Masa bebas untuk membeli-belah di Old Bazaar. 
  • Meneruskan perjalanan ke Sofia, ibu negara Bulgaria yang terkenal dengan bangunan-bangunan gaya Eropah dan Komunis yang dahulunya pernah diperintah oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Lawatan di Sofia:
  • Alexander Nevsky Cathedral yang dibina oleh putera Saint Alexander Nevsky sebagai penghormatan kepada tentera Russia yang terbunuh dalam peperangan Russia-Turki 1877-1878 yang membebaskan Bulgaria dari Empayar Uthmaniyyah.
  • Ivan Vazov National Theatre yang merupakan teater tertua di Romania dengan seni bina Neo-classic.
  • Banya Bashi Mosque, satu-satunya masjid di Sofia yang masih digunakan sehingga kini daripada 70 buah masjid yang pernah wujud di Sofia.
  • Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 9 - Sofia – Dubai (SP)

Sarapan pagi di hotel. Masa bebas sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Sofia untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Dubai.

Dubai – Kuala Lumpur

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Cukai bandar
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Tunnel of Hope, Vrelo Bosne, Kotor
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Laluan

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Coming Soon

Tempahan atau Pertanyaan Lanjut
Sila isi borang dibawah untuk kami hubungi anda.

Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

237

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you