13H11M Kembara Balkan 6 Negara

0
  • 13H11M
  • Max Guests : 25
  • Coming Soon

Laluan Lawatan

GREECE – MACEDONIA – ALBANIA – MONTENEGRO – BOSNIA & HERZEGOVINA – CROATIA

Tarikh Pelepasan

Jadual Penerbangan

Hari      

Penerbangan      

Dari

Ke

Perlepasan     

Ketibaan    

01

EK 343

KUALA LUMPUR

DUBAI

0240

0530

01

EK 209

DUBAI

ATHENS

1050

1500

12

EK 2013

ZAGREB

DUBAI

1510

2245

13

EK 346

DUBAI

KUALA LUMPUR

0310

1425

Harga Pakej

19 Sept 2023, 26 Sept 2023 - (Musim Luruh)

KATEGORI     

BILIK SEORANG  

BILIK BERDUA  

KANAK-KANAK BILIK BERDUA   

KANAK-KANAK BERKATIL  

KANAK-KANAK TANPA KATIL

NORMAL

RM 11,790

RM 10,490

RM 9,990

RM 9,990

RM 8,890

WE NORMAL 

RM 11,590

RM 10,290

FMM8

RM 11,290

RM 9,990

RM 9,490

RM 9,490

RM 8,390

WE FMM8

RM 11,190

RM 9,890

     

Harga Pakej

3 Nov 2023, 10 Nov 2023 - (Musim Sejuk)

KATEGORI      

BILIK SEORANG

BILIK BERDUA

KANAK-KANAK BILIK BERDUA   

KANAK-KANAK BERKATIL

KANAK-KANAK TANPA KATIL      

NORMAL

RM 11,490

RM 10,190

RM 9,690

RM 9,690

RM 8,590

WE NORMAL 

RM 11,290

RM 9,990

FMM8

RM 10,990

RM 9,690

RM 9,190

RM 9,190

RM 8,090

WE FMM8

RM 10,890

RM 9,590

Hotel Penginapan

BANDAR     

RATING     

MALAM    

NAMA HOTEL

Athens

4*

2

Hotel Poseidon Atau Setaraf

Kalambaka

4*

1

Hotel Orfeas Atau Setaraf

Ohrid

4*

1

Hotel Mirage Atau Setaraf

Shkoder

4*

1

Hotel Rozafa Atau Setaraf

Trebinje

4*

1

Hotel Bellevue Atau Setaraf

Mostar

4*

1

Hotel Eden Atau Setaraf

Sarajevo

4*

2

Hotel Hollywood Atau Setaraf

Bihac

4*

1

Hotel Safir Atau Setaraf

Zagreb

4*

1

Hotel Astoria Atau Setaraf

Itinerary

Hari 1 - Kuala Lumpur – Dubai - Athens

  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan menuju ke Athens melalui Dubai. Setibanya di Lapangan Terbang Athens, mulakan lawatan dengan membeli belah di: 
  • McArthurGlen Outlet di mana tetamu berpeluang untuk membeli-belah barangan berjenama terkenal seperti Versace, Salvatore Ferragamo, Polo, Guess dan banyak lagi pada harga diskaun yang cukup lumayan. 
  • Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Athens.

Hari 2 - Athens (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan di Athens:
  • Acropolis of Athens, sebuah kubu purba yang terletak di atas kota Athens dan mengandungi sisa-sisa bangunan kuno seperti Propylaia dan Temple of Athena Nike yang mempunyai ciri seni bina dan bersejarah yang hebat, yang paling terkenal adalah Parthenon. 
  • Panathenaic Stadium yang merupakan tempat berlangsungnya Ancient Olympic dibina pada tahun 144 M. 
  • Temple of Olympian Zeus, Presidential Mansion dan juga berpeluang untuk mengabadikan kenangan di depan Parliament House di Syntagma Square. 
  • Plakka Shopping District untuk masa bebas dan membeli – belah. 
  • Makan malam dan bertolak pulang ke hotel. Bermalam di Athens.

Hari 3 - Athens – Kalambaka (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel, dibawa menuju ke daerah Kalambaka yang cukup terkenal dengan binaan biara di atas puncak bukit, seakan melihat Babylon. Lawatan di Kalambaka:
  • Great Meteoron Monastery, biara tertua dan terbesar dan akan dibawa ke beberapa tempat yang cukup menarik untuk mengambil gambar pemandangan kawasan yang dipanggil Meteora ini.
  •  Kemudian tetamu diberi masa bebas untuk bersiar-siar di pekan Kalambaka dan berpeluang untuk membeli hasil tempatan terutamanya madu lebah. 
  • Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Kalambaka

Hari 4 - Kalambaka– Bitola – Ohrid (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke bandar Bitola. Lawatan di Bitola:
  • Yeni Mosque, dibina pada tahun 1558 dengan menara setinggi 40m yang kini merupakan galeri seni dan Clock Tower setinggi 30m dibina pada tahun 1830. 
  • Berfoto di Magnolia Square Philip II Statue & Magnolia Square. 
  • Bertolak menuju ke Ohrid. Lawatan di Ohrid:
  • Abedin Pasha Mosque yang dibina pada abad ke-17 yang menempatkan makam Emir pertama Ohrid.
  • Masa bebas untuk menerokai Cinar Square dan Old Bazaar Street.
  • Nikmati pemandangan indah tasik semulajadi, Lake Ohrid.
  • Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Ohrid.

Hari 5 - Ohrid – Tirana – Shkoder (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke kota Tirana yang merupakan ibu negara Albania, sebuah negara kecil majoriti penduduk Islam yang baru terlepas daripada cengkaman pemerintahan Komunis pada tahun 1992.  Lawatan di Tirana:
  • Clock Tower of Tirana yang dibina oleh orang Turki pada tahun 1811 setinggi 35m dan melepasi Pyramid of Tirana, National History Museum dan juga Skanderberg Square yang gah dengan arca Skanderbeg Monument
  • Ethem Bey Mosque, dibina pada tahun 1791, masjid ini menjadi pemangkin kejatuhan komunisme negara ini. 
  • Bertolak ke Shkoder. Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Shkoder.

Hari 6 - Shkoder – Budva – Kotor – Trebinje (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel, Meneruskan perjalanan ke kota Budva untuk melawat tarikan-tarikan yang terdapat di dalam Old Town Budva yang terletak di tepi Laut Adriatic seperti; Ancient City Remains, Old City Walls, Poets Square, Churches Square dan Citadel.
  • Seterusnya tetamu pula akan dibawa melawat ke sebuah kota yang cukup indah namun kedengaran tidak sesuai dengan namanya, Kotor yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tetamu akan dibawa melihat monument-monumen bersejarah di dalam Old Town Kotor seperti: Kotor City Walls, Arms Square, Clock Tower, Prince’s Palace, Napoleon’s Theatre, Cathedral of St Tripun, Maritime Museum.
  • Bertolak ke Trebinje, makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Trebinje.

Hari 7 - Trebinje – Dubrovnik- Blagaj- Mostar (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Bertolak ke Dubrovnik yang terkenal dengan lokasi pinggir lautnya yang menakjubkan di pantai Dalmatian ditambah dengan pusat bandar lama yang bersejarah. Lawatan di Dubrovnik:
  • Rector’s Palace yang pernah menjadi istana pemerintahan kota ini antara abad ke-14 hingga 18.
  • Franciscan Church and Monastery yang dibina pada tahun 1360 namun telah beberapa kali musnah dek bencana.
  • Museum of Croatian War of Independence, Sponza Palace, Clock Tower dan Orlando’s Column yang menggambarkan pahlawan Dubrovnik abad ke-8 yang terletak di Luza Square Stradun
  • Bertolak memasuki negara Bosnia and Herzegovina. Lawatan di Blagaj:
  • Melawat punca mata air yang cukup jernih dan menawan pandangan iaitu Buna River Spring dan di tebingnya terletak sebuah sekolah ahli sufi Dervish Tekke
  • Bertolak ke Mostar. Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Mostar.

Hari 8 - Mostar - Sarajevo (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Lawatan di bandar bersejarah Mostar:
  • Old Bridge Stari Most yang merupakan ikon pelancongan kepada perkampungan dan negara ini.
  • Koski Mehmed Pasha Mosque yang dibina pada 1618 dan Turkish Hammam yang wujud sejak abad ke-16 lagi sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah.
  • Masa bebas untuk membeli-belah di Kujundziluk Old Bazaar yang mana menjual pelbagai jenis barangan buatan tempatan dan cenderamata.
  • Meneruskan perjalanan ke Sarajevo. Lawatan sekitar Sarajevo:
  • Tunnel of Hope iaitu sebuah rumah yang terdapat di dalamnya terowong keluar masuk rakyat Bosnia dari kepungan tentera Serbia ke atas bandar Sarajevo bagi mendapatkan bekalan makanan dan ubatan ketika Perang Bosnia.
  • Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 9 - Sarajevo – Vrelo Bosne- Sarajevo (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke National Park Vrelo Bosne yang terletak kira-kira 1 jam dari Sarajevo. Taman yang sangat indah dengan pokok-pokok yang ditanam sepanjang Bosna River yang mengalir di kaki bukit Mount Igman.
  • Bascarsija atau Old Town Bazaar di tengah bandar Sarajevo untuk membeli-belah sambil berfoto di Sebilj iaitu sebuah monumen kayu yang dibina pada tahun 1753.
  • Gazi Husrev-bey Mosque yang merupakan masjid yang terbesar di negara ini dibina pada tahun 1530 di zaman Uthmaniyyah dan Sahat Kula iaitu sebuah menara jam yang dibina seawal abad ke-17. 
  • Patah balik ke Sarajevo, Makan malam dan berehat di hotel. Bermalam di Sarajevo.

Hari 10 - Sarajevo – Ahmici – Travnik – Jajce - Bihac (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke perkampungan Ahmici untuk lawatan ke:
  • Shahid Memorial and Mosque (116 Monument) di mana perkampungan ini telah diserang oleh tentera Croatia dan membunuh seramai 116 orang. Presiden Croatia sendiri pernah melawat ke monumen ini sebagai tanda kekesalan mereka. 
  • Bertolak menuju ke Travnik yang merupakan salah satu kota terpenting zaman Uthmaniyyah. Lawatan di Travnik:
  • Travnik Castle atau dikenali sebagai Stari Grad Castle (Old Castle), pernah menjadi ibu kota Uthmaniyyah di Bosnia.
  • Seterusnya melawat Ahmici memorial, Ibrahim Pasha Medrese, Varos Mosque, dan Blue Water Spring.
  • Bertolak ke Jajce untuk melawat dan berfoto di Pliva Waterfall yang setinggi 27m dan watermills Open Air Museum yang cukup unik dengan binaan 20 buah rumah kinci air kayu di atas Pliva River. 
  • Bergerak menuju ke Bihac. Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel. Bermalam di Bihac.

Hari 11 - Sarajevo – Ahmici – Travnik - Bihac (SP/MT/MM)

    • Sarapan pagi di hotel dan bertolak memasuki negara Croatia. 
    • Menikmati keindahan alam semulajadi di Plitvice Lakes National Park setanding dengan gelaran yang diberi padanya iaitu Syurga Dunia. Kawasan taman negara ini cukup indah dengan panorama memukau air terjun dan tasiknya di mana tetamu boleh menyelusuri titi kayu yang dibina di sepanjang tasik ini, malahan boleh meraih pengalaman menaiki bot persiaran menyusuri tasik. 
    • Bertolak menuju ke kota Zagreb bersolat di Zagreb Mosque yang dibina pada tahun 1987 atas derma dari Sultan Sharjah, salah seorang Emir di UAE. 
  • Lawatan sekitar kota Zagreb:
  • Cathedral of St. Stephen terletak di Kaptol adalah sebuah institusi Katolik Roman dan bukan sahaja bangunan tertinggi di Croatia tetapi juga bangunan suci yang paling monumental dalam gaya Gothic tenggara Alps. Ia didedikasikan untuk Asumsi Mary dan kepada raja-raja Saint Stephen dan Saint Ladislaus. 
  • Dolac Market, adalah pasar petani yang terletak di Gornji Grad – Medveščak, kota Zagreb, Croatia. Dolac adalah pasar petani paling terkenal di Zagreb.
  • The Stone Gate, adalah salah satu mercu tanda yang lebih penting dari Bandar Utama Zagreb. Ia dibina pada abad ke-13, dan mendapat penampilannya sekarang pada abad ke-18. 
  • Mark’s Square merupakan dataran utama terletak di Old Zagreb, seterusnya melawat Ban Jelacic Square dan Zagreb City Skale Model
  • Strossmayer Promenade untuk melihat pemandangan panoramic bandar Zagreb.
  • Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Zagreb.

Hari 12 - Zagreb - Dubai (SP)

Sarapan pagi di hotel dan bertolak memasuki negara Croatia untuk menikmati keindahan alam semulajadi di Plitvice Lakes National Park setanding dengan gelaran yang diberi padanya iaitu Syurga Dunia. Kawasan taman negara ini cukup indah dengan panorama memukau air terjun dan tasiknya di mana tetamu boleh menyelusuri titi kayu yang dibina di sepanjang tasik ini, malahan boleh meraih pengalaman menaiki bot persiaran menyusuri tasik. Bertolak menuju ke kota Zagreb dan setibanya di sana, makan tengahari dan bersolat di Zagreb Mosque yang dibina pada tahun 1987 atas derma dari Sultan Sharjah, salah seorang Emir di UAE. Seterusnya tetamu akan dibawa daftar masuk hotel. Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan halal.

Hari 13 - Dubai – Kuala Lumpur

  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Cukai bandar (city tax) di Athens, Dubrovnik dan Zagreb.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Acropolis of Athens, Tunnel of Hope, Blagaj Vrelo Bosna,Plitvice Lakes National Park.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Laluan

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Coming Soon

Tempahan atau Pertanyaan Lanjut
Sila isi borang dibawah untuk kami hubungi anda.

Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

298

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you