12H10M Eropah Timur + Poland

0
  • 12H10M
  • Max Guests : 25
  • Coming Soon

Laluan Lawatan

LALUAN PAKEJ EROPAH TIMUR INI IALAH POLAND WARSAW, KRAKOW CZECHIA BRNO, PRAGUE CASTLE, KARLOVY VARY GERMANY MUNICH, NEUCHWANSTEIN CASTLE AUSTRIA SALZBURG, GRAZ, VIENNA SLOVAKIA BRATISLAVA CASTLE, GRASSALKOVICH PALACE HUNGARY BUDAPEST MOSQUE, BUDA CASTLE, DANUBE RIVER CRUISE, FISHERMAN BASTION 

 

Tarikh Pelepasan

Jadual Penerbangan

HARI 

PENERBANGAN     

DARI  

KE 

PERLEPASAN      

KETIBAAN  

01 

EK 343          

K. LUMPUR 

DUBAI 

0240 

0530 

01 

EK 179 

DUBAI 

WARSAW 

0810 

1215 

11 

EK 112 

BUDAPEST 

DUBAI 

1600 

2320 

12 

EK 346 

DUBAI 

K. LUMPUR 

0310 

1425 

Hotel Penginapan

BANDAR 

RATING 

MALAM 

NAMA HOTEL 

Warsaw 

3* 

Hotel Gromada atau setaraf 

Krakow 

4* 

Mercure Krakow Fabryczna atau setaraf 

Prague 

3* 

Panorama Hotel Prague atau setaraf 

Munich 

3* 

Holiday Inn Express Munich atau setaraf 

Salzburg 

4* 

Holiday Inn Salzburg City atau setaraf 

Vienna 

3* 

Austria Trend Hotel atau setaraf 

Budapest 

3* 

Leonardo Hotel Budapest atau setaraf 

Harga Pakej

TBA

Itinerary

Hari 1 - Kuala Lumpur – Dubai – Warsaw (MOB/MM)

  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) untuk penerbangan ke Warsaw melalui Dubai. 
  • Melawat Warsaw Old Market yang merupakan datran di tengah Warsaw dan dikelilingi oleh bangunan berwarna-warni seperti Warsaw Town Hall
  • Łazienki Park atau Royal Bath Park untuk melawat taman untuk para bangsawan dan keluarga diraja. Ia menempatkan Palace on the Isle, Classical Amphitheatre dan White House yang mempunyai senibina indah untuk tetamu bergambar 

Hari 2 - Warsaw – Krakow (SP/MM)

  • Stare Miasto atau Krakow Old Town menempatkan pelbagai tarikan pelancong di Krakow seperti Museum of Krakow dan restoran serta kedai cendera hati 
  • Town Hall Clock Tower merupakan elemen terakhir daripada struktur binaan asal Town Hall yang dibina pada abad ke-14 
  • Royal Road/Route ialah laluan untuk Raja Poland sewaktu upacara pertabalan sehingga abad ke-16. Laluan ini bermula dari Florianska Gate sehingga ke Wawel Castle.
  • Ghetto Heroes Square merupakan dataran bersejarah yang menjadi tempat Nazi mengumpulkan rakyat berbangsa Yahudi sebelum dihantar ke kem Aushwitz sewaktu Perang Dunia Kedua 

Hari 3 - Krakow – Brno – Prague (SP/MM)

  • Zelny trh Square di Brno ialah dataran yang dahulunya menjadi pasar. Di sini juga terletaknya Parnas Fountain, sebuah air pancuran bersenibina Baroque yang unik 
  • Charles Bridge ialah jambatan tertua yang masih utuh tersergam di Vltava River di Prague. Ia juga merupakan jambatan kedua tertua di Czechia. Ia menyambungkan Prague Castle dan Old Town of Prague 

Hari 4 - Prague – Karlovy Vary (SP/MM)

  • Prague Castle yang dibina pada kurun ke-9 yang kini masih digunakan sebagai kediaman dan pejabat rasmi Presiden Republik Czech. Di dalam kompleks ini, tetamu akan dibawa melawat Vitus Cathedral, Old Royal Palace yang pernah menjadi tempat raja ditabalkan, St. George’s Basilica, Golden Lane yang meriah dengan rumah berwarna-warni milik tukang-tukang tempa emas  
  • Daliborka Tower yang dahulunya digunakan sebagai menara tinjau kawalan dan penjara.  
  • Old Town Prague untuk melawat dan bergambar di Menara jam Astronomical Clock yang unik serta mengabadikan kenangan di Old Town Hall yang sungguh unik binaannya.  
  • Bersolat di Prague Mosque dan kemudian tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah serta bersiar-siar di Wenceslas Square yang meriah dengan kafe, restoran, kedai cenderamata terutamanya berasaskan kaca Bohemian Glass. 
  • Grandhotel Pupp; hotel mewah bertaraf 5 bintang yang gah dibina pada tahun 1701 yang turut digunakan sebagai lokasi penggambaran siri James Bond Casino Royale 
  • Hot Spring Colonnades; pusat utama kolam pancutan air panas semula jadi setinggi 12 meteryang mana tetamu berpeluang merendam kaki untuk merasai kehangatan air panas 
  • Berfoto di Elizabeth Bath iaitu sebuah pusat spa yang terkenal kerana senibina Pseudo-Baroque yang menyerupai sebuah istana dan Smetana Park di sekelilingnya. 

Masa bebas untuk membeli belah serta meneroka Trziste Street 

Hari 5 - Karlovy Vary – Ingolstad - Munich

  • Berkunjung ke Ingolstadt Village untuk membeli belah pelbagai barangan berjenama terkenal pada harga diskaun sehingga 70% daripada harga pasaran 
  • Munich Old Town antaranya Old Town Hall yang terletak di Marienplatz iaitu pejabat pentadbiran bandaraya ini yang dibina pada 1470 dan Glockenspiel iaitu sebuah menara jam yang mempunyai sejumlah 32 patung dan 43 loceng yang menari dan beraksi menyampaikan kisah-kisah sejarah yang berlaku di kota Munich yang terletak di New Town Hall yang bereka bentuk Gothic 

Hari 6 - Munich – Schwangau – Salzburg

  • Singgah bergambar di Alter Hof yang menjadi kediaman rasmi pertama keluarga diraja Holy Roman Empire di Munich.  
  • Melawat Schwangau yang menempatkan 2 buah istana rehat musim panas keluarga diraja Bavaria zaman medieval iaitu Hohenschwangau Castle dan Neuschwanstein Castle.  
  • Tetamu akan bergambar di Neuschwanstein Castle yang terletak di atas bukit dan keindahan seni bina istana ini telah menjadi sumber ilham kepada rekabentuk Sleeping Beauty Castle di Disneyland 

Hari 7 - Salzburg – Hallstatt – Graz

  • Hallstatt, juga dikenal sebagai “kota garam” yang tertua di dunia. Di sini terletaknya tasik yang sangat cantik, dan diiktiraf oleh UNESCO World Heritage. Tetamu akan disajikan pemandangan unik Lake Hallstatt yang terbentang luas dan panorama gunung yang mengagumkan di sekelilingnya. Pasti pelbagai foto dan selfie menarik akan dapat dirakamkan di sini untuk dibawa pulang sebagai kenangan.  
  • Singgah di Old Town Hallstatt dan Market Square teleletak di sebelah tasik untuk melihat perkampungannya dan juga membeli cenderahati dan barangan tempatan untuk dibawa pulang. 

Hari 8 - Graz – Vienna – Bratislava

  • The Silent Minaret of Graz ialah masjid istimewa di Graz di mana isyarat waktu solat dipancarkan menguunakan pantulan cahaya dari kepingan gangsa dari Menara masjid kepada masyarakat Islam untuk menandakan waktu solat.  
  • Schlossberg (Castle Hill) merupakan taman yang dibuka kepada orang awam. Ia mempunyai kubu di sekelilingnya yang dibina pada abad ke-1. Ia kemudian dimusnahkan oleh bala tentera Napoleon. Saki baki kubu yang tinggal sehingga sekarang hanyalah Menara jam dan Menara loceng. 
  • Hauptplatz ialah dataran di tengah bandar yang menjadi nadi kota Graz. Ia dikelilingi oleh bangunan yang dimiliki oleh Majlis Bandaraya Graz. Terletak berdekatan ialah Rathause- Townhall of Graz yang dibina dengan senibina klasik oleh arkitek dr Vienna, Wielemans & Reuter. 
  • Schonbrunn Palace yang maha luas dan saujana mata memandang. Seterusnya melawat sekitar kawasan pentadbiran negara ini antaranya ialah Hofburg Palace yang merupakan kediaman rasmi dan pejabat Presiden Austria yang dahulunya kediaman keluarga diraja Hofburg,  
  • Maria Theresa Statue yang terletak di Maria-Theresien-Platz sambil diapit oleh 2 bangunan medieval Natural History Museum dan Art History Museum.  
  • Bersolat di Vienna Islamic Centre, masjid terbesar di Austria yang dibina oleh Raja Faisal dari Arab Saudi pada tahun 1975  
  • Karntnerstrasse merupakan destinasi beli belah di butik berjenama terkenal seperti Bucherer dan Swarovski serta berpeluang merasai pengalaman menaiki kereta kuda dengan biaya sendiri di St. Stephen’s Cathedral.  

Hari 9 - Bratislava – Budapest

  • Bratislava Castle di mana tetamu berpeluang untuk berfoto di dalam kawasan taman istana ini dengan pemandangan menakjubkan kawasan sempadan 3 negara iaitu Slovakia, Austria dan Hungary.  
  • National Council ialah bangunan parlimen Slovakia yang menjadi lokasi ahli parlimen negara ini bersidang 
  • Grassalkovich Palace yang merupakan istana kediaman Presiden Bratislava 
  • Bersiar-siar di Old Town yang popular dengan kepelbagaian seni bina bangunannya seperti Opera House dan arca-arca patung gangsa. 
  • Türk Camisi ialah masjid utama yang menjadi tempah beribadah umat Islam di kota Bratislava 

Hari 10 - Budapest

  • Gellert Hill ialah sebuah bukit di pinggir bandar Budapest. DI puncak bukit ini, anda akan dapat menyaksikan seluruh kota Budapest yang indah 
  • Melawat Heroes Square di tengah kota yang menempatkan Millennium Monument dan arca patung-patung pemerintah terdahulu Hungary sejak dari zaman Han.  
  • Fisherman’s Bastion, sebuah teres unik di tebing Sungai Danube dengan 7 menara tinjau dan berfoto di Buda Castle yang dibina pada abad ke-14 dan pernah menjadi kediaman pemerintah kota ini zaman Medieval dan Uthmaniyyah.

Hari 11 - Budapest – Dubai

  • Danube River Cruise untuk menelusuri Danube River sambil menyaksikan bahagian Buda dan Pest di tebing sungai 
  • Terbang pulang dari Lapangan Antarabangsa Ferencz Liszt Budapest melalui Dubai 

Hari 12 - Dubai - Kuala Lumpur

Transit di Dubai sebelum meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur International Airport 

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Sarapan pagi di hotel sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara Pakej Eropah Timur
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Prague Castle, Bratislava Castle Garden dan Schönbrunn Palace Park.
  • Tiket menaiki Danube River Cruise di Budapest.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Laluan

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Price
FromRM0

Tempahan atau Pertanyaan Lanjut
Sila isi borang dibawah untuk kami hubungi anda.

Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

346

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you