[20 Oct 2023] 9H7M Golden Triangle + Kashmir

0
  • 9H7M
  • Max Guests : 25
  • 20 Oct 2023

Laluan Lawatan

DELHI – KASHMIR – JAIPUR – AGRA

Tarikh Pelepasan

  • 20 Oct 2023

Jadual Penerbangan

HARI     

PENERBANGAN      

DARI    

KE       

PERLEPASAN     

KETIBAAN

01

MH 190

KUL

DEL

1850

2150

02

6E 2132

DEL

SXR

1010

1330

05

6E 2694

SXR

DEL

1505

1635

08

MH 191

DEL

KUL

2300

0655

 

Hotel Penginapan

BANDAR

RATING    

BIL MALAM    

NAMA HOTEL

DELHI

4*

2

HOTEL ITC DWARKA ATAU SETARAF

SRINAGAR

4*

3

PREMIUM HOUSEBOATS

JAIPUR

4*

1

HOTEL RAMADA JAIPUR ATAU SETARAF

AGRA

4*

1

HOTEL CRYSTAL SAROVAR PREMIERE ATAU SETARAF

Harga Pakej

KATEGORI                 

SINGLE       

TWIN / TRIP

CHD TWIN     

CHD WITH BED

CHD NO BED

NORMAL

RM 7,690

RM 6,490

RM 6,490

RM 5,790

RM 5,190

WE NORMAL 

RM 7,590

RM 6,390

PROMO FMM8

RM 7,090

RM 5,890

RM 5,890

RM 5,190

RM 4,590

PROMO WE FMM8

RM 6,990

RM 5,790

Pakej India Kashmir

Itinerary

Hari 1 - Kuala Lumpur – Delhi

Bertolak dari Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Delhi. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi. Seterusnya, peserta akan bertolak ke hotel untuk daftar masuk dan berehat.

Hari 2 - Delhi – Srinagar (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi untuk penerbangan domestik ke Srinagar. Setibanya di Srinagar, tetamu akan dibawa ke Deluxe Houseboat dan makan tengahari. Selepas makan tengahari, nikmati pemandangan di Mughal Gardens dan seterusnya melawat ke Nishat Bagh dan Shalimar Bagh yang popular dengan pokok chenar yang berusia beribu tahun selain dari landskap bunga yang cantik menjadi kebanggaan masyarakat Kashmir. Nishat Bagh dibina oleh Asif Khan pada tahun 1632. Shalimar Bagh pula dibina oleh Maharaja Jehangir untuk isterinya Maharani Noor Jehan. Kesemua taman tersebut terletak di tebing Dal Lake yang berlatar belakangkan pergunungan Zabarwan. Seterusnya melawat Kilang Tenunan Permaidani Kashmir yang terkenal dengan pembuatan Kashmir Carpet, di mana tetamu dapat melihat kehalusan hasil buatan tangan permaidani Kashmir. Pulang ke Houseboat dan makan malam.

Hari 3 - Srinagar – Gulmarg – Srinagar (SP/MT/MM)

Sarapan pagi sebelum bertolak ke Gulmarg, atau lebih dikenali sebagai Meadow of Flowers; dinamakan oleh Sultan Yusuf Shah dari Dinasti Chak yang sering mengunjungi tempat tersebut bersama permaisurinya, Habba Khatoon pada abad ke-16. Sebanyak 21 jenis bunga liar dihimpunkan oleh Maharaja Mughal Jahangir untuk tamannya di Gulmarg. Gulmarg juga dikenali ramai sebagai resort musim panas yang tercantik di Lembah Kashmir dan juga masyhur sebagai tempat permainan Ski yang tertinggi di dunia. Tetamu akan dibawa menaiki kereta kabel dari Gulmarg ke Khalinmarg yang sering menjadi lokasi pengambaran filem Bollywood seperti Bobby dan banyak lagi. Setibanya di Khalinmarg, tetamu diberi masa untuk menikmati pemandangan yang mengasyikkan di situ. Seterusnya bertolak pulang menuju ke Srinagar, setibanya di sana, tetamu akan dibawa menaiki Bot Shikara sekitar Dal Lake. Pulang ke Houseboat dan makan malam.

Hari 4 - Srinagar – Pahalgam - Srinagar (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan bertolak ke Pahalgam mengambil masa kira-kira 3 jam. Dalam perjalanan, singgah melawat Saffron Fields yang merupakan salah satu pengeluar saffron terbaik dunia dan melewati kawasan sawah padi. Selepas makan tengah hari, melawat ABC Valley dengan menaiki Jeep dan menikmati pemandangan pergunungan yang menakjubkan. Bertolak pulang ke Srinagar. Bertolak pulang ke Houseboat dan makan malam.

Hari 5 - Srinagar – Delhi - Jaipur (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel dan, tetamu akan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan domestik ke Delhi. Setelah tiba di Delhi, meneruskan perjalanan menuju ke Jaipur, iaitu Ibu Kota Rajasthan atau lebih dikenali dengan nama Pink City kerana seluruh bangunannya berwarna merah jambu. Setibanya disana, makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 6 - Jaipur – Agra (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel. Lawatan di Jaipur dimulakan dengan lawatan ke Hawa Mahal dan Amber Fort. Tetamu berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki gajah sambil melihat panorama kubu yang dibina oleh Jeneral Akbar Maan Singh pada abad ke 16. Seterusnya bertolak menuju ke Agra, mengambil masa kira – kira 5 jam. Setibanya di Agra, makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 7 - Agra – Delhi (SP/MT/MM)

Sarapan pagi pagi di hotel. Melawat ikon salah satu keajaiban dunia iaitu Taj Mahal; dibina oleh Shah Jahan sebagai lambang kebesaran cinta terhadap isterinya iaitu Mumtaz Mahal pada tahun 1632 dan siap tahun 1648. Monumen yang dibina dengan menggunakan batu marmar putih ini mengambil masa selama 22 tahun untuk disiapkan dan merupakan binaan yang paling tepat sisi geometrinya di dunia. Seterusnya, melawat Agra Fort, iaitu sebuah kota istana besar yang dibina oleh Maharaja Akhbar yang merupakan datuk kepada Shah Jahan pada tahun 1565. Kompleks istana ini dibina daripada batu pasir merah seluas 94 ekar. Tetamu dapat menyaksikan keunikan bahagian dalam bangunan yang telah diubahsuai semasa pemerintahan Shah Jahan. Istana yang asalnya dibina daripada batu pasir merah telah diubahsuai dan ditambah dengan batu marmar putih dan dihiasi batu permata. Selepas makan tengahari, meneruskan perjalanan pulang semula ke Delhi. Setibanya di sana, makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

Hari 8 - Delhi – Kuala Lumpur (SP/MT)

Sarapan pagi di hotel. Kemudian, tetamu akan bersiar-siar di Old Delhi; melawat India Gate yang dibina sebagai tanda peringatan dan penghormatan terhadap pengorbanan tentera India semasa peperangan Dunia. Meneruskan lawatan ke Jamia Mosque dan Parliament House. Selepas itu, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur

Hari 9 - Kuala Lumpur

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti aturcara (Termasuk Elephant Ride, Cable Car Gulmarg, Shikara Ride Dal Lake, ABC Valley Tour Pahalgam, Mughal Gardens)
  • Sarapan pagi di hotel sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Laluan

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Price
FromRM5,790

Tempahan atau Pertanyaan Lanjut
Sila isi borang dibawah untuk kami hubungi anda.

Hantar Itinerary
Ke WhatsApp

Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

181

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you