Lawatan Muslim Itali 2023

[5 Oct 2023] 10H8M Best Of Italy + Naples

0
  • 10H8M
  • Max Guests : 25
  • 5 Oct 2023

Laluan Lawatan

Pakej Percutian Italy ini meliputi Venice – Treviso – Milan – La Spezia – Cinque Terre – Pisa – Florence – Montepulciano – Rome – Naples – Pompeii

Tarikh Pelepasan

  • 5 Oct 2023

Jadual Penerbangan

HARI     

PESAWAT   

DARI

KE

PERLEPASAN    

KETIBAAN    

01

EK 343 

K. LUMPUR

DUBAI

240

530

01

EK 135

DUBAI

VENICE

905

1325

10

EK 96

ROME

DUBAI

2205

555

11

EK 342

DUBAI

K. LUMPUR

1025

2150

 

Hotel Penginapan

BANDAR

RATING     

MALAM    

NAMA HOTEL

Mestre/Venice

3*

2

Hotel Palladio atau setaraf

Milan

3*

1

Hotel Ibis Milani Fiera atau setaraf

La Spezia 

3*

1

Hotel Al Borgo Residence atau setaraf

Florence 

3*

1

Hotel Europe Signa atau setaraf

Rome

3*

1

Hotel Pinewood atau setaraf

Naples

3*

2

Hotel La Mela atau setaraf

Harga Pakej

KATEGORI HARGA  

BILIK SEORANG 

BILIK 

BERDUA     

KANAK-KANAK BILIK BERDUA

KANAK-KANAK BERKATIL  

KANAK-KANAK TANPA KATIL   

Dewasa

RM 11590

RM 10090

RM 9590

RM 8490

RM 7290

Warga Emas 

RM 11390 

RM 9890 

FIESTA 

RM 10990

RM 9490

RM 8990

RM 7890

RM 6690

Warga Emas

RM 10890

RM 9390

 

Itinerary

Hari 1 - Kuala Lumpur – Dubai

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) untuk menaiki penerbangan ke Barcelona melalui Dubai.

Hari 2 - Dubai – Venice – Treviso – Mestre (MM)

  • Setibanya di lapangan terbang Venice, bertolak ke Treviso yang terletak di timur laut Italy. Dikatakan Tiramisu pencuci mulut Itali yang popular berasal dari bandar ini.
  • Lawatan orientasi dimulakan dengan melawat dataran Piazza Dei Signori yang bermaksud Lord Square kerana dikelilingi bangunan-bangunan pemerintah zaman dahulu. diantaranya Palazzo dei Trecento, Palazzo del Podestà serta Palazzo Pretorio.
  • Berfoto di Treviso Cathedral yang berasal dari abad ke 6 tetapi telah melalui pengubah suaian mengikut zaman.
  • Melalui Walk Treviso’s Old City Walls dimana Treviso ialah sebuah bandar purba yang dikelilingi oleh sistem tembok pertahanan, pintu pagar dan menara pengawal pada abad ke-15 dan ke-16.
  • Melepasi Porta San Tomaso iaitu tembok kota marmar dengan ukiran lambang singa bersayap.
  • Bertolak ke Mestre untuk makan malam dan daftar masuk hotel

Hari 3 - Mestre – Venice Island – Mestre (SP/ MM)

  • Sarapan pagi di hotel, menaiki bot dari Tronchetto Pier ke kepulauan Venice dan memulakan lawatan di sekitar San Marco Square yang menempatkan San Marco Basilica iaitu sebuah gereja utama bereka bentuk ciri Byzantine
  • Doge’s Palace yang dahulunya merupakan pusat pentadbiran dan mahkamah kota ini yang kini menjadi sebuah muzium
  • Bridge of Sighs iaitu sebuah jambatan terkenal menyambungkan Doge’s Palace dengan penjara, San Marco Campanile iaitu menara loceng setinggi 99m dibina pada tahun 1549 dan juga The Clock Tower, sebuah menara jam loceng binaan tahun 1496. 
  • Berfoto dengan ikon kota Venice iaitu Rialto Bridge yang merentasi Grand Canal dan menghubungkan antara San Marco dan San Polo sejak tahun 1181. 
  • Menaiki bot menuju semula ke Tronchetto Pier pada lewat petang untuk makan malam di restoran sebelum pulang semula ke hotel.

Hari 4 - Mestre - Milan (SP/ MM)

  • Daftar keluar hotel menuju ke Kota Metropolitan Milan untuk melawat ke Sforzesco Castle, sebuah istana yang dibina di atas kubu peninggalan dari kurun ke-14.
  • Milan Cathedral, sebuah gereja binaan Gothic yang menjadi ikon kota ini.
  • Teatro Alla Scala yang menempatkan persembahan teater opera yang paling terkenal di dunia sejak tahun 1778
  • Bersolat di Mosque of the Merciful 
  • Masa bebas untuk membeli-belah atau bergambar di butik-butik terkenal yang terdapat di Galleria Vittorio Emanuele II seperti Prada, Louis Vuitton, dan Versace. Galeri membeli belah tertua dan masih lagi aktif sehingga kini.
  • Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 5 - Milan – La Spezia – Cinque Terre (SP/ MM)

  • Bertolak ke La Spezia untuk menaiki tren menuju ke Cinque Terre iaitu 5 perkampungan tepi laut yang dibina atas tebing laut dan bukit berteres.Peserta juga dapat melawat kampung nelayan yang Indah terdiri daripada taman negara ke lima pulau – Monterosso Al Mare, Vernazza, Corniglia, Manarolo dan Riomaggiore dengan menaiki keretapi untuk melihat pemandangan indah di bandar- bandar ini. Selepas makan malam, kembali ke hotel untuk berehat.

Hari 6 - La Spezia - Pisa - Florence (SP/ MM)

  • Bertolak ke Pisa dan setibanya di sana, tetamu berpeluang melawat dataran Tapak Warisan Dunia UNESCO yang cukup unik dipanggil Square of Miracles di mana menempatkan menara condong yang cukup terkenal iaitu Leaning Tower of Pisa yang dibina pada tahun 1173 dan kekal bertahan sehingga ke hari ini
  • Bangunan-bangunan lain yang cukup gah binaannya seperti The Duomo, The Pisa Baptistery, New Hospital of Holy Spirit dan Monumental Cemetery.
  • Bertolak ke Florence untuk melakukan lawatan di Piazzale Michelangelo di mana tetamu akan dapat menikmati pemandangan indah seluruh kota Florence dari atas bukit yang turut menempatkan arca gangsa ukiran artisan tersohor, Michelangelo.
  • Melawat Tapak Warisan Dunia UNESCO iaitu Piazza del Duomo yang menempatkan Il Duomo di Firenze iaitu gereja utama binaan 1436 yang mempunyai kubah yang kedua terbesar di dunia.
  • Basilica Di Santa Croce iaitu sebuah gereja yang turut dipanggil Temple of the Italian Glories di mana tokoh-tokoh seperti Michelangelo dan Galileo disemadikan serta Baptistery of St. John yang berbentuk oktagon merupakan antara binaan tertua di kota ini yang dibina pada tahun 1059 dan Giotto’s Campanile yang merupakan menara loceng setinggi 85m.

Hari 7 - Florence - Montepulciano - Rome (SP/ MM)

  • Porta al Prato iaitu salah satu pintu masuk ke Montepulciano zaman pertengahan. Ia terdiri daripada pintu depan dan pintu utama, laluan yang dinobatkan dengan gerbang. Ia dibina daripada batu pada abad ke-14 dan mempunyai kekisi tingkap pada masa lalu.
  • Sant’Agostino Church – Sebuah gereja abad ke-13 yang mengagumkan yang terletak di laluan utama di Piazza Michelozzo.
  • Piazza Grande a Montepulciano – Dataran utama bandar ini yang dibentuk semasa zaman pertengahan. Dataran ini dipenuhi dengan pelbagai bangunan terpenting di Montepulciano antaranya Town Hall, the Cathedral of the Assumption, Contucci Palace dan Palazzo dei Capitani del Popolo,
  • Bertolak ke Rome untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 8 - Rome - Naples (SP/ MM)

  • Pertamanya melawat Colosseum, amphitheater kuno terbesar di negara ini yang berkapasiti 80,000 penonton untuk digunakan sebagai tempat keraian dan perlawanan gladiator.
  • Berjalan sepanjang kesan peninggalan pusat pentadbiran, pemerintahan dan ekonomi kerajaan Roman di Roman Forum.
  • Tetamu akan dibawa melawat ke Trevi Fountain iaitu salah satu kolam air pancut yang terkenal di dunia dek kerana keindahan seni binaannya dan masa bebas di berikan di Spanish Steps iaitu 135 anak tangga yang terletak di kawasan tumpuan ramai di Piazza Di Spagna.
  • Bersolat di Mosque of Rome sebelum bertolak ke Naples,bandar pertama yang mencipta pizza.
  • Makan malam sebelum daftar masuk hotel.

Hari 9 - Naples - Pompeii - Naples (SP/ MM)

  • Archaeological site of Pompeii– sebuah kota purba bandar Rom yang musnah dan sebahagiannya tenggelam berdekatan Naples moden di wilayah Itali Campania. Pompeii merupakan bandar yang telah dimusnahkan dan tertimbus sedalam 4 hingga 6-meter oleh abu hasil dari letusan gunung berapi Vesuvius sekitar 79AD.
  • Berkunjung Piazza del Plebiscito, dataran awam yang luas terletak di tengah- tengah bandar Naples dimana terletaknya 2 bangunan yang mengagumkan iaitu San Francesco di Paola Basilica dan Royal Palace of Naples.
  • Masa bebas untuk berjalan- jalan atau mendapatkan cenderati di Via Toledo, salah satu jalan membeli belah terawal dan panjangnya sekitar 1.2km

Hari 10 - Naples – Rome (SP/ MM)

  • Lawatan secara orientasi melawat Spaccanapoli jalan utama yang terbahagi kepada beberapa jalan sempit iaitu Via Benedetto Croce, Via San Biagio dei Librai dan Via Vicaria Vecchia. San Domenico Square dimana terletaknya Naples Cathedral Maggiore yang telah wujud sejak abad ke 10.
  • Bertolak menuju ke Rome, masa bebas membeli belah di Designer Outlet Castelromano McArthurGlen.
  • Makan malam dan bertolak menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Dubai.

Hari 11 - Dubai – Kuala Lumpur

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Archaeological site of Pompeii
  • Pengangkutan venice boat.
  • Sarapan pagi di hotel sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara Pakej Percutian Italy
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran sepanjang Pakej Percutian Italy
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.

Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan. Pakej Italy
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara Pakej Percutian Italy
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara Pakej Percutian Italy dan pakej termasuk.
Peta Laluan

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Price
FromRM9,490

Tempahan atau Pertanyaan Lanjut
Sila isi borang dibawah untuk kami hubungi anda.

Hantar Itinerary
Ke WhatsApp

Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

261

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you