Pakej pelancongan Scandinavia 2023

11H8M Scandi 3 Negara + Germany Berlin

0
  • 11H8M
  • Max Guests : 25
  • Coming Soon

Laluan Lawatan

BERLIN – HAMBURG – LUBECK – COPENHAGEN – OSLO – VÄSTERÅS – STOCKHOLM

 

Tarikh Pelepasan

  • 12 Sept 2023

Jadual Penerbangan

HARI

PESAWAT

DARI

KE

PERLEPASAN

KETIBAAN

01

TK 61

K. LUMPUR

ISTANBUL

2305

0445

02

TK 1729

ISTANBUL

BERLIN

1015

1210

10

TK 1790

STOCKHOLM

ISTANBUL

1520

2000

11

TK 60

ISTANBUL

K. LUMPUR

120

1640

Hotel Penginapan

BANDAR

RATING

MALAM

NAMA HOTEL

Berlin

3*

Hotel Holiday Inn Express Berlin atau setaraf

Hamburg

3*

1

Hotel NH Hamburg Altona atau setaraf

Copenhagen

3*

1

Hotel Scandic Hvidovre atau setaraf

Copenhagen – Oslo

NA

1

DFDS Ferry

Oslo

3*

1

Hotel Comfort Runway atau setaraf

Västerås

3*

1

Hotel Scandic atau setaraf

Stockholm

3*

2

Hotel Good Morning Plus Hagersten atau setaraf

 

Harga Pakej

KATEGORI

BILIK SEORANG 

BILIK BERDUA

KANAK-KANAK BILIK BERDUA

KANAK-KANAK BERKATIL

KANAK-KANAK TANPA KATIL

NORMAL

RM 16 390

RM 13 990

RM 13 990

RM 11 590

RM 10 990

WE NORMAL

RM 16 190

RM 13 790 

FIESTA

RM 15 690

RM 13 290

RM 13 290

RM 10 890

RM10 290

WARGA EMAS

RM 15 590 

RM13 190 

Itinerary

Hari 1 - Kuala Lumpur - Istanbul

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) untuk penerbangan ke Berlin, Jerman melalui Istanbul

Hari 2 - Istanbul - Berlin (MM)

Setibanya di Lapangan Terbang Branderburg Berlin, tetamu akan memulakan lawatan di ibu negara Jerman ini dengan melawat monumen- monument utama diantaranya Brandenburg Gate iaitu simbol perpecahan Berlin dan Jerman semasa Perang Dingin, kini menjadi simbol keamanan dan perpaduan negara, bangunan parlimen The Reichstag, melepasi Victory Column, Berlin Wall Memorial yang didedikasikan pembahagian negara jerman serta photo stop di Berlin Cathedral serta Checkpoint Charlie. Bergambar di Museum Island, salah satu kompleks muzium yang paling terkenal di Eropah dan telah menjadi tapak warisan dunia UNESCO sejak 1999. Tetamu akan dibawa ke McArthurGlen Designer Outlet Berlin dan diberi masa bebas untuk membeli belah jenama terkemuka pilihan sebelum makan malam. Daftar masuk hotel.

Hari 3 - Berlin - Hamburg (SP/MM)

Selepas sarapan pagi, tetamu akan bertolak ke Bandar Hamburg serta melawat tarikan utama iaitu kawasan pelabuhannya yang terkenal iaitu Pelabuhan Hamburg. Selain menjadi hab pengangkutan utama, Hamburg telah menjadi salah satu pusat kebudayaan dan komersial yang paling penting di Eropah, serta destinasi pelancongan utama. Melawat ke Muzium Kunsthalle adalah salah satu muzium seni terbesar dan terpenting di Jerman serta bangunan Chilehaus, sebuah bangunan pejabat sepuluh tingkat di Hamburg, Jerman. Ia terletak dalam Daerah Kontorhaus merupakan contoh luar biasa gaya seni bina Brick Expressionism tahun 1920-an. Tidak lupa lawatan ke City Hall Rathaus adalah bangunan parlimen yang mempunyai lebih banyak bilik daripada Istana Buckingham — 647 bilik secara keseluruhan. Tetamu akan dibawa ke McArthurGlen Designer Outlet Neumunster dan diberi masa bebas untuk membeli belah jenama terkemuka pilihan sebelum makan malam. Daftar masuk hotel

Hari 4 - Hamburg - Lubeck - Puttgarden - Rødby (SP/MM)

Bersarapan pagi di hotel sebelum bertolak ke kota Lübeck dimana pusat bandarayanya adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang paling luas di Jerman. Jangan lupa untuk membeli kek Marzipan sebagai buah tangan ataupun kudapan kerana bandar ini adalah pengeluar utama di Jerman. Teruskan perjalanan ke Puttgarden untuk menaiki ferry menuju ke Rødby, Denmark yang memakan masa selama 1 jam. Seterusnya tetamu akan dibawa melihat sendiri kapal asli dan kelengkapan lain yang pernah digunakan pada zaman Viking di Viking Ship Museum. Hanya model kapal Viking di muzium ini sahaja yang mempunyai struktur lengkap berbanding dengan muzium-muzium lain di seluruh Scandinavia. Kemudian berfoto di Kathedral Roskilde yang dibina pada abad ke-12 dan ke-13, ini adalah katedral Gothic pertama Scandinavia yang dibina daripada batu bata yang juga merupakan makam keluarga diraja Denmark sejak abad ke-15. Daftar masuk hotel selepas makan malam di restoran tempatan

Hari 5 - Copenhagen – Oslo (SP/MM)

Sarapan pagi di dalam kapal. Setibanya di Oslo, tetamu akan dibawa melawat tarikan-tarikan utama di sini seperti Oslo Opera House yang cukup unik binaannya seakan-akan terapung di atas air di mana tetamu juga berpeluang berjalan di atas bumbungnya, Frogner (Vigeland Sculpture) Park yang cukup luas serta terkenal dengan monumen-monumen di sekitarnya seperti The Monolith, Surprised, Angry Boy dan banyak lagi, berfoto di Akershus Fortress yang dahulunya ialah kubu pertahanan kota ini, Nobel Peace Center yang menyimpan cerita penerima-penerima anugerah Nobel sebelum ini dan akhirnya ke Oslo Radhus (City Hall) yang cukup unik dengan menara berkembar setinggi 66m. Tetamu juga boleh mendapatkan cenderamata di sekitar kawasan ini sebelum menuju ke Norway Islamic Cultural Centre untuk bersolat. Makan malam di restoran sebelum daftar masuk hotel.

Hari 6 - Oslo (SP/MM)

Sarapan pagi di dalam kapal. Setibanya di Oslo, tetamu akan dibawa melawat tarikan-tarikan utama di sini seperti Oslo Opera House yang cukup unik binaannya seakan-akan terapung di atas air di mana tetamu juga berpeluang berjalan di atas bumbungnya, Frogner (Vigeland Sculpture) Park yang cukup luas serta terkenal dengan monumen-monumen di sekitarnya seperti The Monolith, Surprised, Angry Boy dan banyak lagi, berfoto di Akershus Fortress yang dahulunya ialah kubu pertahanan kota ini, Nobel Peace Center yang menyimpan cerita penerima-penerima anugerah Nobel sebelum ini dan akhirnya ke Oslo Radhus (City Hall) yang cukup unik dengan menara berkembar setinggi 66m. Tetamu juga boleh mendapatkan cenderamata di sekitar kawasan ini sebelum menuju ke Norway Islamic Cultural Centre untuk bersolat. Makan malam di restoran sebelum daftar masuk hotel.

Hari 7 - Oslo – Västerås (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan memulakan perjalanan jauh dan singgah sebentar di Bandar Karlstad sebuah bandar kecil yang cantik dan lebih dikenali sebagai “Mini Paris”. Bertolak menuju ke Västerås salah satu bandar tertua di Sweden dan mula diduduki semasa zaman Viking Nordic. Peserta akan dibawa bersiar-siar dan menikmati pemandangan indah di sekitar bandar seperti Västerås Cathedral, Karlsgatan 2 dan Vallby Open Air Museum. Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel.

Hari 8 - Västerås - Stockholm (SP/MM)

Selepas sarapan pagi, bertolak menuju Stockholm. Tetamu akan dibawa melawat ke Stockholm City Hall yang terkenal dengan dewan istiadat yang besar dan unik juga merupakan lokasi makan malam tetamu kehormat Nobel Prize selepas acara penyerahan anugerah tersebut yang diadakan pada 10 Disember setiap tahun. Photo Stop di bangunan Nobel Museum yang menempatkan pelbagai galeri mereka yang pernah dianugerahkan dengan hadiah kehormat ini sebelum masa bebas untuk membeli-belah cenderamata di Vasterlanggatan yang terletak di Old Town Stockholm. Makan malam sebelum daftar masuk hotel.

Hari 9 - Stockholm (SP/MM)

Tetamu akan dibawa ke Drottingholm Castle untuk mengambil gambar sekitar kawasan istana kediaman diraja Sweden pada musim panas yang dibina pada kurun ke-17 ini. Seterusnya tetamu dibawa ke Royal Palace yang merupakan kediaman rasmi keluarga diraja sejak tahun 1760 lagi dan bangunan di sebelahnya iaitu Riksdagshuset yang cukup gah binaannya sebagai tempat parlimen bersidang. Besolat di Stockholm Mosque, masjid terbesar di Stockholm.  Kemudian tetamu akan diberi masa bebas untuk berjalan jalan di bandar Stockholm sebelum makan malam di restoran tempatan dan berehat.

Hari 10 - Stockholm – Istanbul (SP)

Sarapan pagi di hotel, acara bebas sebelum bertolak ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Doha

Hari 11 - Istanbul – Kuala Lumpur

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Kunsthalle, Rathaus, Norsk Folkemuseum, Viking Ship Museum. Drottningholm Castle, Stockholm City Hall dan Rosenberg Castle.
  • Pengangkutan kapal persiaran DFDS Ferry.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Tidak Termasuk

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Laluan

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Coming Soon

Tempahan atau Pertanyaan Lanjut
Sila isi borang dibawah untuk kami hubungi anda.

Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

145

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you