[24 DIS 2023] 9H7M Turkiye Mt. Erciyes

0
  • 10H7M
  • Max Guests : 25
  • 24 Dis 2023

Laluan Lawatan

ISTANBUL – ANKARA – CAPPADOCIA – KONYA – PAMUKKALE – BURSA

 

Tarikh Pelepasan

  • 24 Dis 2023

Jadual Penerbangan

HARI

PENERBANGAN

DARI

KE

PERLEPASAN

KETIBAAN

01

TK 63

K. LUMPUR

ISTANBUL

0850

1430

08

TK 62

ISTANBUL

K. LUMPUR

1550

1710+1

Harga Pakej

KATEGORI

BILIK SEORANG

BILIK BERDUA

KANAK-KANAK BILIK BERDUA

KANAK-KANAK BERKATIL

KANAK-KANAK TANPA KATIL

DEWASA

RM 7190

RM 6190

RM 6190

RM 5590

RM 4990

WARGA EMAS

RM 7140

RM 6140

 

 

 

 FIESTA

RM 6890

RM 5890

RM 5890

RM 5290

RM 4690

WE FIESTA

RM 6840

RM 5840

Hotel Penginapan

BANDAR

RATING

MALAM

NAMA HOTEL

Ankara

4*

1

Hotel Elit, Turist atau setaraf

Cappadocia

4*

2

Hotel Ladikk, Mustafa atau setaraf

Pamukkale

4*

1

Hotel Tripolis atau setaraf

Bursa

4*

1

Hotel Koza, Gorukle Oruc atau setaraf

Istanbul

4*

2

Hotel Golden Way atau setaraf

Itinerary

Hari 1 - Kuala Lumpur - Istanbul - Ankara (MM)

  • Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan terus ke Istanbul. Setiba di Istanbul akan terus ke Ankara

Lawatan di Ankara:

  • Ataturk Mausoleum Complex: Kompleks yang dibina untuk mempamerkan sejarah perjuangan, barangan peribadi dan pemakaman Mustafa Kemal Ataturk.
  • Haci Bayram Square: Dataran yang terkenal di Ankara di mana terletaknya Haci Bayram Mosque dan di sebelahnya peninggalan runtuhan zaman Rom, Temple of Augustus.

Bermalam di Ankara.

Hari 2 - Ankara - Mt. Erciyes - Cappadocia (SP/MT/MM)

Lawatan di Mt. Erciyes:

  • Melawat Mt. Erciyes Ski Resort (termasuk tiket cable car) untuk masa bebas bermain salji atau cuba belajar cara bermain ski (sewa but ski dan peralatan bermain ski tidak termasuk dalam pakej).

Bermalam di Cappadocia

Hari 3 - Cappadocia (SP/MT/MM)

Lawatan di Cappadocia:

  • Goreme, Pigeon dan Devrent Valleys: Menikmati pemandangan panorama lembah gunung berbatu yang amat indah di sini dengan formasi batuan yang unik.
  • Uchisar Castle: Melihat keunikan rumah batu ala The Flintstones yang menjadi penempatan dan kota pertahanan penduduk di sini sejak dari kurun ke-12.
  • Melihat cara pembuatan karpet Turki secara tradisional yang diwarisi sejak ribuan tahun dahulu di Carpet Factory.
  • Melawat kilang pembuatan barangan tembikardi Avanos Pottery & Art Center dan galeri pemprosesan batu permata Turquoise & Onyx Handmade Store

Bermalam di Cappadocia.

Hari 4 - Cappadocia - Konya - Pamukkale (SP/MT/MM)

Lawatan di Cappadocia:

  • Underground City: Merasai pengalaman unik masuk ke kota bawah tanah di mana pernah satu ketika 15,000 orang tinggal di dalam kota bawah tanah ini bagi mengelak serangan musuh.
  • Ancient Caravanserai: Dahulunya hotel bagi para saudagar yang melalui Silk Road dan berusia lebih 700 tahun.

Lawatan di Konya:

  • Mevlana Museum: Mempelajari sejarah perkembangan agama Islam di Turki oleh golongan sufi sunni yang terkenal dengan upacara keagamaan Whirling Dervish dan juga koleksi barangan Sultan Uthmaniyyah.

Bermalam di Pamukkale

Hari 5 - Pamukkale - Bursa (SP/MT/MM)

Lawatan di Pamukkale:

  • Ancient Hierapolis City: Kota lama peninggalan zaman Greek sejak awal kurun ke-2 lagi. Antara bangunan yang masih lagi utuh ialah Frontinus Gate, The Great Baths, Theatre, Temple of Apollo dan Cleopatra’s Pool di mana air kolam panasnya masih lagi semulajadi kekal ke hari ini.
  • Cotton Castle: Teres-teres kolam air panas yang berwarna putih seakan kapas terbentuk secara semulajadi di lereng gunung ini dan peserta boleh berendam kaki di dalam kolam air panas ini.
  • Membeli-belah di Cotton Textile Factory Outlet.

Hari 6 - Pamukkale-Bursa (SP/MT/MM)

Lawatan di Bursa:

  • Ulu Camii Mosque: Masjid berusia lebih 600 tahun yang cukup bersejarah pada zaman Uthmaniyyah dibina pada tahun 1399.
  • Koza Han: Sebuah pasar lama yang terkenal dengan perdagangan barangan kain sutera sejak dari tahun 1491 sehingga ke hari ini.
  • Green Mosque: Masjid yang dibina pada tahun 1412 oleh atuk Sultan Mehmed I Celebi selepas kejayaan baginda menyatukan empayar Uthmaniyyah.
  • Green Tomb: Makam Sultan Mehmed I Celebi yang merupakan Sultan ke-5 empayar Uthmaniyyah dibina pada tahun 1421.
  • Membeli-belah makanan dan bahan masakan tradisi Turki di Turkish Delight & Oil Shop.

 

Lawatan di Istanbul:

  • Grand Camlica Mosque: Masjid yang terbesar di Turkiye yang siap dibina pada tahun 2019 boleh menempatkan sehingga 63,000 jemaah dalam satu masa.

 

  • Menaiki kapal persiaran persendirian Bosphorus Cruise Tour menyusuri sepanjang Selat Bosphorus dan melihat beberapa tarikan bersejarah di sepanjang tebing belah Eropah dan Asia seperti Rumelihisari yang merupakan kota pertahanan utama dibina sejak tahun 1452 ketika Sultan Al Fatih sedang menakluki Constanstinople, Anadoluhisari iaitu kota pertahanan pertama di lautan ini dibina pada tahun 1393, pejabat pentadbiran Uthmaniyyah dan Turki moden Dolmabahce Palace yang dibina pada tahun 1856 oleh Sultan Uthmaniyyah yang ke 31 dan Ortakoy Mosque yang merupakan masjid yang paling terkenal di Selat Bosphorus ini dibina sejak tahun 1854.

 

Bermalam di Istanbul.

Hari 7 - Istanbul (SP/MT/MM)

  • Topkapi Palace (First Courtyard): Kawasan istana kediaman kesultanan empayar Uthmaniyyah yang menghadap Lautan Marmara siap dibina pada tahun 1465 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Al Fatih.
  • Hagia Sofia Grand Mosque: Merupakan sebuah gereja pada kurun ke-5 sebelum ditukar menjadi masjid selepas penaklukan Constantinople. Menjadi muzium semasa zaman Ataturk dan kini ditukar menjadi masjid semula.
  • Hippodrome: Kawasan yang pernah menjadi gelanggang lumba kereta kuda pada zaman Byzantine.
  • Blue Mosque: Merupakan ikon kota Istanbul dibina pada tahun 1616 dengan 6 buah menara dan 5 kubah besar.

Hari 8 - Istanbul (SP)

  • Membeli-belah barangan kulit di Leather Shop Outlet kerana Turki terkenal sebagai antara negara terulung dalam penghasilan kulit.
  • Menaiki kereta kabel ke puncak Pierre Loti Hill (termasuk tiket) yang menawarkan pemandangan panorama indah teluk Golden Horn.
  • Spice Bazaar: Tumpuan utama membeli pelbagai jenis rempah ratus dan makanan tradisi Turki seperti Turkish Delight sejak tahun 1660 lagi.
  • New Valide Sultan Mosque: Masjid Diraja yang dibina bersebelahan Spice Bazaar yang pada tahun 1660. Bertolak ke Lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

 

Bertolak ke Lapangan terbang untuk penerbangan pulang

Hari 9 - Istanbul – Kuala Lumpur

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).

Pakej Termasuk

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Hotel penginapan bertaraf 4* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Tiket Bosphorus Cruise
  • Tiket Masuk: Underground City dan Ancient Hierapolis City. Tiket kereta kabel Mt. Erciyes Ski Resort dan Pierre Loti Hill.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Tidak Termasuk

  • Tiket masuk ke Eiffel Tower.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.
Peta Laluan

Berhubung terus dengan kami untuk sebarang persoalan berkaitan persiapan percutian anda.

Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.

Price
FromRM6,190RM5,890

Tempahan atau Pertanyaan Lanjut
Sila isi borang dibawah untuk kami hubungi anda.

Hantar Itinerary
Ke WhatsApp

Save To Wish List

Adding item to wishlist requires an account

359

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you