11H8M EASTERN EUROPE
Facebook
Twitter
11H8M EASTERN EUROPE
RM9,690
/PER PERSON
Departure Date:
06 Nov, 2026
GERMANY - CZECH REPUBLIC - SLOVAKIA - HUNGARY - AUSTRIA
  • Terpesona dengan keindahan Hallstatt, sebuah kampung kecil yang seolah keluar dari cerita dongeng. Terletak di tepi tasik yang tenang, dikelilingi oleh pergunungan menjulang, Hallstatt menampilkan pemandangan yang sempurna untuk foto kenangan.
  • Masuki dunia kemewahan dan sejarah di Schoenbrunn Palace, bekas kediaman musim panas keluarga diraja Habsburg. Dengan seni bina Baroque yang menakjubkan, taman-taman yang terurus rapi, dan ruang dalaman yang mempesona, setiap langkah membawa anda kembali ke era keagungan diraja.
  • Alami pesona Sungai Danube, sambil bersantai di atas kapal sambil menikmati pemandangan ikonik Vienna. Dari seni bina bersejarah hingga panorama semula jadi yang menenangkan, pelayaran ini adalah cara paling romantik dan santai untuk melihat kota

Include

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan. Elaun bagasi 25kg seorang.
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan) serta cukai bandar.
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Schoenbrunn Palace dan Danube River Cruise
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman di Budapest dan Vienna.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi)
  • Diiringi ketua rombongan sekiranya kumpulan melebihi 15 orang.

Not Include

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Tour Plan

HARI 1: KUALA LUMPUR – DUBAI (MOB)

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) untuk penerbangan ke Frankfurt melalui Dubai.

HARI 2: FRANKFURT – WERTHEIM – WURZBURG (MM)

Lawatan di Frankfurt

  • Roemerberg Square, dataran bersejarah yang menjadi nadi bandar lama Frankfurt, terkenal dengan bangunan separuh kayu yang klasik serta suasana Eropah yang menawan.
  • Terokai Frankfurt Old Town, kawasan bersejarah yang menawan dengan seni bina klasik. Kagumi keindahan Frankfurt Cathedral serta bangunan ikonik Alte Oper yang menjadi simbol kebudayaan bandar Frankfurt.
  • Solat di Taqwa Mosque
  • Nikmati masa bebas membeli-belah di Wertheim Village, pusat outlet terkenal dengan lebih 110 butik jenama antarabangsa yang menawarkan diskaun menarik sehingga 60% sepanjang tahun.

Bermalam di Wurzburg

HARI 3: WURZBURG – KARLOVY VARY – PRAGUE (SP/MM)

Lawatan di Karlovy Vary:

  • Terokai tarikan utama Karlovy Vary termasuk Mill Colonnade struktur kolonad bersejarah di Karlovy Vary yang menempatkan mata air semula jadi terkenal dan menjadi ikon seni bina klasik bandar spa ini
  • Bersiar-siar di Nová Louka, kawasan menarik di Karlovy Vary yang dipenuhi landskap hijau, seni bina klasik dan suasana santai, sesuai untuk berjalan-jalan sambil menikmati keindahan bandar spa ini.
  • Melihat gereja ikonik Church of St. Peter and Paul dan Church of St. Mary Magdalene di Karlovy Vary, kedua-duanya menampilkan seni bina Eropah klasik yang memukau dan menjadi mercu tanda sejarah bandar spa ini.

Bertolak ke Prague untuk makan malam dan daftar masuk hotel.

HARI 4: PRAGUE (SP/MM)

Lawatan di Prague:

  • Terokai Prague Castle Complex, kompleks istana terbesar di dunia yang menampilkan gabungan seni bina Gothic, Romanesque dan Baroque. Kagumi keindahan Vitus Cathedral, istana bersejarah, dan lorong-lorong klasik yang memukau di ibu kota Prague
  • Nikmati panorama ikonik St. Vitus Cathedral, termasuk Menara Selatan yang megah, Old Royal Palace, St. George’s Basilica, dan Lobkowicz Palace, sebahagian daripada kompleks istana yang memukau di Prague Castle.
  • Lawatan sekitar bandar Prague yang merangkumi pemandangan ikonik seperti Old Town Square, Astronomical Clock yang bersejarah, The Dancing House dengan seni bina unik, Charles Bridge yang terkenal serta National Theater yang menjadi simbol seni budaya Czech.
  • Singgah di Prague Mosque untuk menunaikan solat
  • Masa bebas membeli belah di Wenceslas Square, kawasan membeli-belah utama di Prague dengan pelbagai butik dan kedai cenderamata.

Bermalam di Prague.

HARI 5: PRAGUE / BRATISLAVA / BUDAPEST (SP/MM)

Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar sebelum bertolak ke Bratislava.

Lawatan di Brastislava:

  • Photostop di Bratislava Castle, istana ikonik yang berdiri megah di atas bukit sambil menghadap Sungai Danube, menawarkan panorama bandar yang memukau.
  • Berpeluang melihat Martin’s Cathedral, gereja bersejarah yang pernah menjadi lokasi pertabalan raja-raja Hungary.
  • Bridge of the Slovak National Uprising, jambatan moden yang menjadi simbol kebanggaan negara.
  • Franciscan Church dan Jesuit Church yang menampilkan seni bina keagamaan yang indah.
  • Masa bebas di Bratislava Old Town. Peluang untuk menerokai kota lama Bratislava mengikut keselesaan sendiri atau membeli cenderamata tempatan.

Bertolak ke Budapest, ibu kota Hungary.Bermalam di Budapest.

HARI 6: BUDAPEST (SP/MM)

Lawatan di Budapest:

  • Photostop di Fisherman’s Bastion sebuah kubu bersejarah dengan seni bina neo-Romanesque yang unik dan menjadi antara mercu tanda paling terkenal di Budapest.
  • Matthias Church salah satu mercu tanda paling ikonik di Budapest. Terkenal dengan bumbung berwarna-warni yang dihiasi jubin Zsolnay serta seni bina Gothic yang menakjubkan.
  • Nikmati pemandangan beberapa mercu tanda ikonik Budapest seperti Chain Bridge, jambatan bersejarah yang menghubungkan Buda dan Pest merentasi Sungai Danube; Elizabeth Bridge, salah satu jambatan moden yang menjadi simbol penting bandar ini; Buda Castle, kompleks istana bersejarah yang berdiri megah di atas bukit; serta Hungarian Parliament Building, bangunan Parlimen yang terkenal dengan seni bina Gothic Revival yang menakjubkan
  • Solat di Budapest Mosque.
  • Menaiki kapal persiaran untuk menikmati pemandangan indah sepanjang Sungai Danube yang membelah bandar Budapest.

Bermalam di Budapest

HARI 7: BUDAPEST - PARNDORF - VIENNA (SP/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel sebelum bertolak ke Parndorf.

  • Parndorf McArthurGlen Designer Outlet – Nikmati pengalaman membeli-belah di pusat outlet terkenal ini yang menempatkan lebih 150 butik jenama antarabangsa dan Austria, dengan tawaran diskaun menarik sehingga 70% sepanjang tahun
  • Bertolak ke ibu kota Austria, Vienna sebelum singgah bersolat di Mosque Islamisches Zentrum Wien
  • Lawatan di Vienna bermula dengan lawatan Schoenbrunn Palace istana bekas kediaman musim panas keluarga diraja Austria yang menampilkan seni bina Baroque yang megah, taman indah, dan sejarah yang kaya, sambil menikmati suasana klasik Vienna yang menawan.
  • Photostop Hofburg Palace pengunjung dapat menyaksikan istana bersejarah dengan seni bina yang megah.
  • Austrian Parliament Building – Bangunan parlimen dengan reka bentuk klasik gaya Yunani.

Makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk ke hotel. Bermalam di Vienna.

HARI 8: VIENNA - HALLSTATT - SALZBURG (SP/MM)
  • Bertolak ke Hallstat untuk menerokai Hallstatt Village, perkampungan tepi tasik yang indah, dikenali sebagai antara perkampungan paling cantik di dunia.
  • Nikmati pesona Hallstatt Market Square, pusat bandar bersejarah yang dikelilingi rumah-rumah tradisional Alpine. Pengunjung dapat merasai suasana desa Austria yang tenang, bergambar di tepi tasik yang memukau, serta menikmati kafe dan kedai cenderahati yang menawan.
  • Bertolak ke bandar Salzburg untuk lawatan orientasi di Salzburg: Mirabell Gardens – Taman indah dengan susunan landskap simetri yang terkenal dalam filem The Sound of Music.
  • Mozart’s Birthplace Museum – Rumah kelahiran Mozart yang kini menjadi muzium sejarah dan memorabilia.Masa bebas menerokai Salzburg Old Town atau membeli cenderamata tempatan.

Bermalam di Salzburg

HARI 9: SALZBURG – SCHWANGAU – MUNICH (SP/MM)
  • Bertolak ke Schwangau untuk photostop di Marien Bridge di Neuschwanstein Castle, istana dongeng yang menjadi inspirasi untuk Istana Sleeping Beauty Disneyland. Dibina oleh Raja Ludwig II pada abad ke-19 sebagai penghormatan kepada komposer Richard Wagner.
  • Bertolak ke ibu kota Bavaria, Munich.

Lawatan orientasi di Munich Old Town

  • Balai Bandar Baharu (Neues Rathaus) yang megah dengan arkitektur Gothic yang menawan, Menara Olimpik yang menjulang tinggi menawarkan pemandangan seluruh bandar.
  • Balai Bandar Lama (Altes Rathaus) yang penuh nostalgia, hingga Muzium Negara Bavaria yang menyimpan khazanah seni dan budaya Bavaria.

Bernalam di Munich.

HARI 10: MUNICH – DUBAI (SP/MOB)
  • Aktiviti bebas selepas sarapan pagi di hotel.
  • Abadikan momen di Allianz Stadium, gelanggang ikonik kelab bola sepak terkenal FC Bayern Munich. Rasai suasana semangat sukan yang luar biasa dan nikmati peluang untuk mengambil gambar di salah satu stadium paling terkenal diEropah.

Bertolak ke Lapangan Terbang Munich penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 11: DUBAI – KUALA LUMPUR (MOB)

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1).

Location

General Remarks

**Wan Vacation Sdn Bhd berhak melakukan sebarang perubahan pada aturcara perjalanan yang disebabkan oleh keaadan yang tidak dijangka, terutamanya semasa tempoh ‘peak season’ atau dalam kes ‘force majeure’.

Warga Emas

RM9,940
RM9,640

Dewasa

RM9,990
RM9,690

Child Twin

RM9,990
RM9,690

Child W/Bed

RM8,990
RM8,590

Child No Bed

RM0
RM0
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan
Hari Pesawat Sektor ETD ETA
01 EK 347 KUL - DXB 1825 2145
02 EK 043 DXB - FRA 0320 0735
10 EK 050 MUN - DXB 1430 2325
11 EK 346 DXB - KUL 0340 1445
LOKASI BIL MLM NAMA HOTEL RATING
WURZBURG 01 3* DORINT HOTEL WURZBURG ATAU SETARAF
PRAGUE 02 3* AMEDIA EXPRESS PRAGUE BY WYNDHAM ATAU SETARAF
BUDAPEST 02 3* IBIS BUDAPEST STADIUM ATAU SETARAF
VIENNA 01 3* PLAZA INN AMEDIA WIEN ATAU SETARAF
SALZBURG 01 3* HARRY'S HOME SALZBURG ATAU SETARAF
MUNICH 01 3* RAMADA ENCORE BY WYNDHAM MUNICH ATAU SETARAF
Related Tours

Related ToursDonec ultricies, turpis a sagittis.

G-UK
Manchester - York – Newcastle upon Tyne - Edinburg - Inverness - Glassgow - Liverpool
27 Nov, 2026
High Demand
Harga Bermula

Dewasa

RM9,390
Harga Biasa: RM9,790

Warga Emas

RM9,340
Harga Biasa: RM9,740

Kanak-Kanak

RM8,190
Harga Biasa: RM8,590
G-JELAJAH
ENGLAND - FRANCE - BELGIUM - NETHERLAND - GERMANY - SWITZERLAND
04 Nov, 2026
07 Dec, 2026 *
High Demand
Harga Bermula

Dewasa

RM10,890
Harga Biasa: RM11,290

Warga Emas

RM10,840
Harga Biasa: RM11,240

Kanak-Kanak

RM10,590
Harga Biasa: RM10,990
12H9M MOROCCO + SPAIN + PORTUGAL - 30 APR 2025-3
15 Jun, 2026
31 Aug, 2026 *
14 Sep, 2026 *
Harga Bermula

Dewasa

RM9,990
Harga Biasa: RM9,990

Kanak-Kanak

RM7,570
Harga Biasa: RM7,570
IMG_4703
ZAGREB - BIHAC - SARAJEVO - MOSTAR - DUBROVNIK - TREBINJE - KOTOR - SHKODER - OHRID - SKOPJE
29 May, 2026
08 Sep, 2026 *
07 Oct, 2026 *
04 Nov, 2026 **
24 Nov, 2026 **
Harga Bermula

Dewasa

RM8,190
Harga Biasa: RM8,090

Kanak-Kanak

RM7,590
Harga Biasa: RM7,590
Follow Us

Donec ultricies, turpis a sagittis.

👋We are always ready to help you!

Assalamualaikum. Get in touch with us for any inquiries regarding this package. We typically respond within 1-2 working days.