11H9M HERITAGE UZBEKISTAN 4 KOTA
/
/
/
11H9M HERITAGE UZBEKISTAN 4 KOTA
Facebook
Twitter
11H9M HERITAGE UZBEKISTAN 4 KOTA
RM9,190
/PER PERSON
Departure Date:
13 Oct, 2025
30 Jan, 2026
TASHKENT – URGENCH – KHIVA – BUKHARA – GIJDUVAN – SAMARKAND – TASHKENT - CHIMGAN MOUNTAINS – TASHKENT
  • Uzbekistan terkenal dengan bandar bersejarahnya, dan Bukhara adalah antara yang paling digemari. Ia terkenal dengan bandar Laluan Sutera, bazar dan penduduknya yang mesra.
  • Kota Khiva, Samarkand dan Bukhara semuanya disenaraikan dalam senarai Warisan Dunia UNESCO. Ukiran arkitek yg memang terpesona dimana kota kecil yg berada di dalam kubu
  • Masakan Uzbekistan terkenal dengan rasa yang kaya, hidangan enak dan penggunaan bahan-bahan segar. Rasai dan lihat sendiri cara penyediaan nasi “plov”yg di masak di dalam kuali gergasi. Rasanya yg enak seolah makan “nasi goreng kambing”
  • Sejarah dan Makam Imam Al Bulkari terletak di kota Samarkhan

 

Include

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan (Internasional dan Domestik) – Elaun bagasi 23KG (1 pc) seorang (International & Domestic)
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa dan Tiket Ekonomi Keretapi Samarkand - Tashkent
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi)
  • Diiringi ketua rombongan sekiranya kumpulan melebihi 15 orang.

Not Include

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Tour Plan

Hari 1: KUALA LUMPUR – TASHKENT (MOB/MM)

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Tashkent.

Tiba di Tashkent, dijemput oleh pemandu pelancong. Makan malam dan daftar masuk hotel.

Hari 2: TASHKENT – URGENCH – KHIVA (SP/MT/MM)

Daftar keluar hotel dan sarapan pagi. (pack breakfast)

Bertolak ke Lapangan Terbang Taskhent untuk menaiki penerbangan domestik ke Urgench.

Setibanya di urgench, meneruskan perjalanan ke Khiva. Lawatan ke:

  • Ichan Qala, bandar tertua di Uzbekistan yang mempunyai banyak monument seni bina berabad-abad lamanya, bangunan yang kukuh, istana, masjid, madrasah, makam, menara, karavan-sarai, dan rumah mandian.

Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Khiva

Hari 3: KHIVA – BUKHARA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.

Bertolak menuju ke Bandar Bukhara, dikenali sebagai ‘bandar muzium’ yang berasal dari zaman pertengahan, mempunyai lebih daripada 140 monumen seni bina. Dalam perjalanan, dapat menikmati pemandangan Amu Darya River, Sungai terdalam di Asia Tengah yang terbentuk oleh pertemuan Panj dan Vakhsh di Tajikistan dan mengalir ke Laut Aral.

Setibanya di Bukhara, mempunyai masa bebas.

Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Bukhara

Hari 4: BUKHARA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel.

Lawatan di Bukhara (Half Day Tour) :

  • Ark of Bukhara, kota pertahanan dan kediaman rasmi diraja yang masyhur yang dibina sejak abad ke-5 oleh Putera Parsi Siyavusha.
  • Samanid Mausoleum yang dibina seawal kurun ke 10 dan juga Chashma Ayub, yang bermaksud perigi Ayub, dan masjid Bolo-Hauz yang dibina pada tahun 1712 dan disenaraikan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO.
  • Masa Bebas untuk meneroka bandar Bukhara.

 Makan malam dan bertolak pulang ke hotel. Bermalam di Bukhara.

Hari 5: BUKHARA (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel.

Lawatan di Bukhara (Half Day Tour):

  • Nadir Divan Begi, salah satu madrasah terkenal di Bukhara yang dikenali sebagai yang juga merupakan sebahagian daripada Lyabi House Ensemble (dataran utama di Bukhara – takungan buatan terbesar pada zaman pertengahan Bukhara).
  • Poi Kalon Complex, kompleks bangunan yang terdiri dari 3 bahagian, Kalan Mosque, Kalan Minaret, dan Miri Arab Madrasah.

Makan malam dan bertolak pulang ke hotel. Bermalam di Bukhara.

Hari 6: BUKHARA – GIJDUVAN – SAMARKAND (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.

Bertolak ke Gidjuvan, lawatan ke:

  • Gidjuvan ceramics school, dikenali dengan corak geometri yang diwarisi turun temurun dari keluarga Narzullayev yang kini merupakan generasi ke-6. Berpeluang melihat proses pembuatan tembikar secara tradisional.

Bertolak ke Samarkand, terletak di Lembah Sungai Zerafshan, ia adalah bandar kedua terbesar di Uzbekistan yang usianya setua dengan bandar Babylon dan Kota Rom.

Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Samarkand.

Hari 7: SAMARKAND (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel.

Lawatan di Samarkand:

  • Registan Square, Kompleks yang menempatkan 3 buah madrasah iaitu Ulugbek Madrassah, Sher Dor Madrassah, Tilla-Kari Madrassah. Madrasah ini masing-masing dibina antara abad ke-15 hingga ke-17.
  • Shah-i Zinda, Sebuah kota yang merangkumi kediaman, pemakaman dan masjid untuk keluarga diraja Dinasti Timurid yang dibina sedari abad ke-11 lagi. Makam pertama yang terdapat di sini dikatakan milik saudara Rasulullah SAW yang datang ke kota ini pada abad ke-7 bagi menyebarkan agama Islam.
  • Gur Emir Complex yang dianggap karya agung dalam senibina islam dan di mana terletaknya makam Amir Timur dan keturunannya.

Makan malam dan bertolak pulang ke hotel. Bermalam di Samarkand.

Hari 8: SAMARKAND – TASHKENT (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.

Lawatan di Samarkand:

  • Dibawa ke deretan kedai tempatan yang dikelilingi oleh kedai cenderamata, kedai teh, dan sebagainya. Kemudian anda mempunyai masa bebas untuk memebeli – belah di sekitar National Bazaar Siab, Oriental Bazaar, di mana anda boleh mencari produk buatan tangan tradisional Uzbekistan dan manisan tempatan.
  • Carpet Factory, kilang permaidani buatan tangan yang unik di mana lebih 400 wanita menjahit permaidani dengan menggunakan teknik tradisional.

Bertolak ke Tashkent dengan menaiki kereta api.

Setibanya di Tashkent, makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Tashkent.

Hari 9: TASHKENT – CHIMGAN MOUNTAINS – TASHKENT (SP/MT/MM)

Sarapan pagi di hotel.

Bertolak ke Chimgan Mountains, lawatan ke:

  • Menuju ke puncak Beldersey dengan menaiki chair lift, anda berpeluang untuk menikmati pemandangan panorama dan berfoto di kawasan pergunungan bertasik.
  • Charvak Lakeside, merupakan tasik buatan manusia, masa bebas melakukan aktiviti air (mengikut musim & atas perbelanjaan sendiri).

 Bertolak pulang ke Tashkent.

Makan malam dan pulang ke hotel.

Hari 10: TASHKENT – KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.

Lawatan di Tashkent:

  • Independence Square yang merupakan dataran utama dan didirikan sebagi simbol kemenangan ke atas fasisme dalam perang dunia II.
  • Berjalan di sepanjang Tashkent Broadway Alley, laluan pejalan kaki yang menghubungkan antara Dataran Kemerdekaan dan Dataran Amir Timur.
  • Old city Tashkent, yang merangkumi Chorsu Bazaar, Kukaldash Madrasah, dan Hast Imam Square, yang terdiri daripada beberapa madrasah, masjid, dan makam dan Al-Quran Othman, yang merupakan naskhah al-Quran tertua di dunia, sejak abad ke-8.

 Bertolak ke lapangan terbang Tashkent untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 11: KUALA LUMPUR (MOB)

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10:10 pagi

Location

General Remarks

**Wan Vacation Sdn Bhd berhak melakukan sebarang perubahan pada aturcara perjalanan yang disebabkan oleh keaadan yang tidak dijangka, terutamanya semasa tempoh ‘peak season’ atau dalam kes ‘force majeure’.

Child Policy

  • KANAK-KANAK BILIK BERDUA: 02-11 TAHUN
  • KANAK-KANAK BERKATIL: 02 -06 TAHUN
  • KANAK-KANAK TANPA KATIL: 02-6 TAHUN
  • KANAK-KANAK 7 TAHUN KE ATAS, HARGA KANAK-KANAK BILIK BERDUA.

Our Gallery

Warga Emas

RM9,390
RM9,090

Dewasa

RM9,490
RM9,190

Child Twin

RM9,490
RM9,090

Child W/Bed

RM9,090
RM8,590

Child No Bed

RM8,490
RM8,190
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan
Related Tours

Related ToursDonec ultricies, turpis a sagittis.

No tour was found on the related destination.
Follow Us

Donec ultricies, turpis a sagittis.

👋We are always ready to help you!

Assalamualaikum. Get in touch with us for any inquiries regarding this package. We typically respond within 1-2 working days.