12H10M SCANDINAVIA 3 NEGARA
Facebook
Twitter
12H10M SCANDINAVIA 3 NEGARA
RM15,940
/PER PERSON
Departure Date:
09 Oct, 2026
NORWAY- SWEDEN - DENMARK
  • Terokai Nærøyfjord, fjord UNESCO World Heritage yang memukau dengan tebing curam, air terjun menakjubkan, dan perairan tenang yang menenangkan jiwa. Nikmati pengalaman santai di Fjord Cruise moden, ambil gambar panorama 360° yang epik, dan rasai suasana kampung tradisional Norway yang masih terpelihara.
  • Naik Fløibanen Funicular dari pusat bandar Bergen ke Gunung Fløyen hanya dalam 8 minit! Saksikan pemandangan bandar, pelabuhan & fjord menakjubkan,
  • Masuki dunia Viking autentik di Viking Village, Saksikan rumah tradisional Viking, peralatan tempur & seni kraf tangan, dan aktiviti interaktif seperti memanah atau berperahu.
  • Vasa Museum: Kagumi kapal perang abad ke-17 Vasa dengan ukiran kayu yang menakjubkan dan pameran interaktif yang membawa sejarah Sweden hidup kembali!

Include

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi di hotel dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Viking Village, Maihaugen & Olympic Museum dan Vasa Museum
  • Tiket Fjord Cruise dari Flam ke Gudvangen dan Bergen Funicular Train.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan sekiranya kumpulan melebihi 15 orang.

Not Include

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Tour Plan

HARI 1:KUALA LUMPUR – DUBAI – OSLO (MOB/MM)

Berkumpul di KLIA Terminal 1 untuk menaiki penerbangan ke Oslo melalui Dubai.

Lawatan di Oslo:

  • City Hall bangunan terkenal yang merupakan tempat Nobel Peace Prize Ceremony & Parliament House, bangunan parlimen Norway yang terkenal dengan seni bina klasik dan menjadi pusat pentadbiran serta politik negara.
  • Melawat Oslo National Theatre, salah satu teater paling terkenal di Norway yang menampilkan seni bina klasik dan menjadi pusat persembahan seni serta budaya di Oslo.Akershus Fortress, kubu bersejarah dengan pemandangan Oslo Fjord.
  • Oslo Cathedral iaitu gereja yang sering digunakan untuk upacara rasmi diraja and Opera House bangunan ikonik moden di tepi Oslo Fjord
  • Vigeland Park taman arca terbesar di dunia oleh seorang artis, sangat unik dan menarik.

Bermalam di Oslo.

HARI 2: OSLO – EIDFJORD – VESTLAND - BERGEN (SP/MT)

Lawatan

  • Air Terjun Vøringsfossen, setinggi 145m, antara tarikan semula jadi paling popular di Norway.
  • Menuju ke Bergen sambil menikmati keindahan Hardangerfjord, fjord keempat terpanjang di dunia.
  • Sepanjang perjalanan, kita akan melalui Norheimsund, sebuah perkampungan tepi fjord yang menawan, serta Air Terjun Steinsdalsfossen.

Bermalam di Bergen.

HARI 3: BERGEN (SP/MM)

Lawatan di Bergen:

  • Menaiki Floibanen Funicular ke puncak Gunung Fløyen untuk panorama indah Bergen, dengan latar belakang fjord, gunung, dan bangunan berwarna-warni yang menghiasi kota.
  • Lawatan ke Bryggen Hanseatic Wharf, Tapak Warisan Dunia UNESCO dengan bangunan kayu bersejarah abad ke-17, simbol perdagangan Hansa di Norway.
  • Melihat Bergenhus Fortress, kubu pertahanan tertua di Norway yang kaya dengan sejarah dan pemandangan pelabuhan dan Nationale Scene Theatre, teater terkenal di Bergen dengan seni bina klasik dan pusat seni budaya bandar.
  • Masa lapang di Centrum/Waterfront untuk membeli-belah, bersantai di kafe, atau menikmati suasana pelabuhan.

Bermalam di Bergen.

HARI 4: BERGEN – FAGERNES – GUDVANGEN – LAERDAL (SP/MM)

Lawatan :

  • Singgah di Air Terjun Tvindefossen, setinggi 152m, antara air terjun tercantik di Norway.
  • Lawatan ke Viking Valley, sebuah perkampungan Viking yang terletak di kawasan indah Nærøyfjord, fjord yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tetamu dapat melihat budaya dan kehidupan masyarakat Viking melalui replika bangunan, aktiviti interaktif serta penceritaan sejarah.
  • Menaiki Fjord Cruise dan nikmati pemandangan spektakular fjord yang menjulang tinggi, dengan air yang tenang mencerminkan keindahan pergunungan di sekitarnya.

Bermalam di Laerdal.

HARI 5: LAERDAL – LILLEHAMMER- ARVIKA (SP/MM)

Lawatan di Lillehammer:

  • Melawat Maihaugen Open-Air Museum, kompleks dengan lebih 200 bangunan bersejarah dari abad ke-12. Museum ini memberikan gambaran tentang kehidupan masyarakat Norway dari zaman pertengahan hingga era moden.
  • Melawat Norwegian Olympic Museum yang memaparkan sejarah Sukan Olimpik Norway termasuk koleksi medal, peralatan sukan dan pameran interaktif berkaitan Olimpik Musim Sejuk.
  • Photostop Lysgårdsbakken Ski Jump Arena untuk pemandangan panoramik dan melihat lokasi lompatan ski terkenal.

Bermalam di Arvika

HARI 6: ARVIKA – VASTERAS - STOCKHOLM (SP/MM)

Lawatan di Orebro

  • Istana Örebro, sebuah istana bersejarah dengan seni bina yang megah, serta Old Town Wadköping, kampung lama yang memelihara seni bina kayu tradisional Sweden.

Bermalam di Stockholm.

HARI 7: STOCKHOLM (SP/MM)

Lawatan di Stockholm

  • Lawatan ke Vasa Museum, salah satu muzium maritim terbaik dunia, menampilkan kapal perang Vasa abad ke-17 yang karam pada pelayaran sulungnya pada 1628 dan kini menjadi tarikan utama Sweden.
  • Lawatan orientasi meliputi Royal Palace, kediaman rasmi Raja Sweden dengan seni bina megah serta sejarah monarki serta City Hall.
  • Gamla Stan (Old Town), Bandar lama Stockholm yang penuh dengan lorong-lorong sempit, bangunan berwarna-warni, dan kedai-kedai unik.
  • Gustav Adolfs Square (Gustav Adolfs torg) dan Concert Hall (Konserthuset), dua mercu tanda ikonik di pusat Stockholm yang terkenal dengan kepentingan budaya, seni bina, dan sejarah.
  • Membeli-belah di Hard Rock Café Stockholm

Bermalam di Stockholm

HARI 8: STOCKHOLM - GOTHENBURG - FREDERIKSHAVN (SP/MM)
  • Bertolak ke Gothenburg, mengambil masa kira-kira 5 jam dengan melalui bandar Jönköping, sebuah bandar indah yang terletak di tepi Tasik Vättern, tasik kedua terbesar di Sweden.
  • Perjalanan diteruskan ke Gothenburg, bandar pelabuhan utama di Sweden yang terkenal dengan seni bina dan budaya moden.
  • Daftar masuk di Pelabuhan Gothenburg untuk menaiki feri ke Frederikshavn, Denmark. (Solat Jama’ boleh dilakukan di atas feri) Tiba di pelabuhan Frederikshavn bertolak ke hotel dan daftar masuk.

Bermalam di Frederikshavn

HARI 9: FREDERIKSHAVN – COPENHAGEN (SP/MM)

Lawatan:

  • Bertolak menuju ke Copenhagen, melalui bandar Aarhus dan Odense, dua bandar penting di Denmark. Singgah di Marselisborg Deer Park, sebuah taman semula jadi yang menjadi habitat rusa liar
  • Perjalanan diteruskan ke Odense, bandar kelahiran penulis dongeng terkenal Hans Christian Andersen. Singgah ke Canute’s Cathedral, katedral bersejarah bercirikan seni bina Gothic yang megah, dibina pada abad ke-14
  • Singgah ke Hans Christian Andersen Monument & The Paper Boat dan The Tin Soldier bagi memperingati pengarang terkenal Denmark dan kisah klasiknya.
  • Perjalanan diteruskan ke Copenhagen, ibu kota Denmark yang terkenal dengan seni bina klasik dan budaya moden.

Daftar masuk hotel. Bermalam di Copenhagen.

HARI 10: COPENHAGEN (SP/MM)

Lawatan di Copenhagen:

  • Little Mermaid Statue, Patung gangsa ikonik berdasarkan kisah dongeng Hans Christian Andersen, simbol terkenal Copenhagen
  • Christiansborg Palace, Istana yang menempatkan Parlimen Denmark dan digunakan untuk acara rasmi diraja.
  • Amalienborg Palace, Kediaman rasmi keluarga diraja Denmark dengan seni bina klasik yang menakjubkan.
  • Nyhavn Harbor, Pelabuhan bersejarah dengan bangunan abad ke-17 yang berwarna-warni, restoran tepi laut, dan bot klasik.
  • Masa bebas membeli-belah di Royal Copenhagen Outlet & Hard Rock Café Copenhagen, Tempat ikonik untuk pencinta muzik dan koleksi barangan eksklusif Hard Rock.

Kembali ke hotel dan bermalam di Copenhagen.

HARI 11: COPENHAGEN – DUBAI (SP/MOB)

Aktiviti bebas sebelum daftar keluar hotel. Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan balik  ke Kuala Lumpur.

HARI 12: DUBAI – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.

Location

General Remarks

**Wan Vacation Sdn Bhd berhak melakukan sebarang perubahan pada aturcara perjalanan yang disebabkan oleh keaadan yang tidak dijangka, terutamanya semasa tempoh peak season atau dalam kes force majeure.

Warga Emas

RM16,240
RM15,890

Dewasa

RM16,290
RM15,940

Child Twin

RM16,290
RM15,940

Child W/Bed

RM14,190
RM13,839

Child No Bed

RM0
RM0
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan
Hari Pesawat Sektor ETD ETA
01 EK 343 KUL - DXB 0215 0505
01 EK 159 DXB - OSL 0730 1235
11 EK 152 CPH - DXB 1600 0020+1
12 EK 346 DXB - KUL 0310 1425
LOKASI BIL MLM NAMA HOTEL RATING
OSLO 01 THON HOTEL GARDERMOEN ATAU SETARAF
BERGEN 02 SCANDIC FLESLAND AIRPORT ATAU SETARAF
LAERDAL 01 LAERDAL HOTEL ATAU SETARAF
ARVIKA 01 SCANDIC ARVIKA ATAU SETARAF
STOCKHOLM 02 GOOD MORNING ARLANDA ATAU SETARAF
FREDERIKSHAVN 01 BEST WESTERN HOTEL HERMAN BANG ATAU SETARAF
COPENHAGEN 02 THON PARTNER HOTEL HOJE TASTRUP ATAU SETARAF
Related Tours

Related ToursDonec ultricies, turpis a sagittis.

Crazy House
Harga Bermula

Dewasa

RM2,250
Harga Biasa: RM2,250
G-GCOAST
SEAT IN COACH
Harga Bermula

Dewasa

RM2,190
Harga Biasa: RM2,190

Kanak-Kanak

RM800
Harga Biasa: RM800
GCOAST01
SEAT IN COACH
Harga Bermula

Dewasa

RM3,790
Harga Biasa: RM3,790

Kanak-Kanak

RM1,790
Harga Biasa: RM1,790
Follow Us

Donec ultricies, turpis a sagittis.

👋We are always ready to help you!

Assalamualaikum. Get in touch with us for any inquiries regarding this package. We typically respond within 1-2 working days.