12H10M VIKING SCANDINAVIA
/
/
/
12H10M VIKING SCANDINAVIA
Facebook
Twitter
12H10M VIKING SCANDINAVIA
RM16,990
/PER PERSON
Departure Date:
21 Oct, 2025
OSLO - EIDFJORD – VESTLAND - BERGEN – FAGERNES – KARLSTAD – LILEHAMMER – KARLSTAD – VASTERAS – STOCKHOLM – FREDERIKSHAVN – COPENHAGEN
  • Jelajah 3 Negara Scandinavia – Lawatan ke tempat ikonik seperti Royal Palace Oslo, Gamla Stan Stockholm, dan Christiansborg Palace Copenhagen, sambil menikmati keindahan alam semula jadi melalui fjord cruise di Nærøyfjord dan perjalanan menaiki Flamsbana Railway, salah satu laluan kereta api tercantik di dunia.
  • Pengalaman Unik & Berbeza – Melawat perkampungan Viking di Gudvangen, menyaksikan air terjun Steinsdalsfossen & Tvindefossen, serta menaiki feri Stena Line merentasi Laut Utara dari Sweden ke Denmark.
  • Masa Santai & Membeli-belah – Berpeluang menikmati suasana bandar menawan dengan masa lapang untuk membeli-belah di Stockholm Quality Outlet. Stroget copenhagen, tempat terkenal dengan pelbagai jenama antarabangsa.

Include

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan– Elaun bagasi 30KG seorang
  • Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan).
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai Muslim seperti dinyatakan didalam aturcara lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang terdapat di dalam aturcara: Floibanen Furnicular bergen, Fjord Cruise Flam, Flamsbana Train Flam, Stenaline Ferry Gothenburg, Vasa Museum Stockholm, Viking Valley Norway, Eidfjord Nature Centre Norway.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan sekiranya kumpulan melebihi 15 orang.

Not Include

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Tour Plan

HARI 1: KUALA LUMPUR – DOHA – OSLO (MOB / MM)
  • Berkumpul di KLIA sekurang-kurangnya 4 jam sebelum penerbangan untuk urusan daftar masuk dan pemeriksaan keselamatan. Setelah selesai, bersedia untuk penerbangan ke Oslo.
  • Setibanya di Oslo, dijemput oleh pemandu pelancong dan bertolak ke pusat bandar.
  • Memulakan lawatan berjalan kaki di sekitar Oslo, sebuah bandar yang moden dan meriah, terkenal dengan gabungan seni bina kontemporari dan warisan sejarah Viking yang kaya.
  • Lawatan ini akan membawa anda ke beberapa mercu tanda utama termasuk (lawatan dari luar / photostop):
    • Royal Palace, kediaman rasmi keluarga diraja Norway.
    • National Theatre, pusat seni persembahan yang terkenal di Norway.
    • University of Oslo, institusi pendidikan tertua dan paling berprestij di Norway.
    • Norwegian Parliament, bangunan kerajaan yang menjadi pusat politik negara.
    • Oslo Opera House, mercu tanda moden dengan reka bentuk seni bina yang unik dan menawarkan pemandangan indah Oslo Fjord.
    • Akershus Fortress (lawatan luaran), kubu pertahanan zaman pertengahan yang menawarkan sejarah menarik serta pemandangan panoramik Oslo.

Daftar masuk ke hotel. Bermalam di Oslo.

HARI 2: OSLO – EIDFJORD – VESTLAND - BERGEN (SP/MT)
  • Sarapan di hotel sebelum daftar keluar dan memulakan perjalanan menerokai keindahan alam Norway.
  • Melawat Air Terjun Vøringsfossen, setinggi 145m, antara tarikan semula jadi paling popular di Norway.
  • Singgah di Eidfjord Nature Center, pusat interaktif tentang alam, iklim, dan ekosistem Norway serta pintu masuk ke Taman Negara Hardangervidda.
  • Menuju ke Bergen sambil menikmati keindahan Hardangerfjord, fjord keempat terpanjang di dunia.
  • Sepanjang perjalanan, kita akan melalui Norheimsund, sebuah perkampungan tepi fjord yang menawan, serta Air Terjun Steinsdalsfossen.

Daftar masuk ke hotel. Bermalam di Bergen.

HARI 3: BERGEN (SP)
  • Sarapan pagi di hotel sebelum memulakan program sepanjang hari di Bergen, sebuah bandar pelabuhan yang terkenal dengan sejarah maritimnya dan landskap yang menakjubkan.
  • Menaiki Floibanen Funicular ke puncak Gunung Fløyen untuk panorama indah Bergen, dengan latar belakang fjord, gunung, dan bangunan berwarna-warni yang menghiasi kota.
  • Lawatan ke Bryggen Hanseatic Wharf, Tapak Warisan Dunia UNESCO dengan bangunan kayu bersejarah abad ke-17, simbol perdagangan Hansa di Norway.
  • Masa lapang di Centrum/Waterfront untuk membeli-belah, bersantai di kafe, atau menikmati suasana pelabuhan.

Bertolak pulang ke hotel. Bermalam di Bergen.

HARI 4: BERGEN – FAGERNES – GUDVANGEN (SP)
  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel, dan menuju ke Gudvangen.
  • Dalam perjalanan, singgah di Air Terjun Tvindefossen, setinggi 152m, antara air terjun tercantik di Norway.
  • Lawatan ke Viking Valley, perkampungan Viking terletak di tengah-tengah keindahan Nærøyfjord, fjord, diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, menampilkan budaya, sejarah dan kehidupan Masyarakat viking melalui replica bangunan, aktiviti interaktif dan penceritaan sejarah.
  • Menaiki pelayaran Fjord Cruise selama dua jam, dari jam 12 tengah hari hingga 2 petang. Nikmati pemandangan spektakular fjord yang menjulang tinggi, dengan air yang tenang mencerminkan keindahan pergunungan di sekitarnya.
  • Menaiki Kereta Api Flåmsbana, yang menghubungkan Flåm dan Myrdal. Laluan ini terkenal sebagai salah satu perjalanan kereta api paling indah di dunia.
  • Meneruskan perjalanan ke Fagernes sambil menikmati panorama desa Norway.

Daftar masuk hotel. Bermalam di Fagernes.

HARI 5: FAGERNES – KARLSTAD – LILLEHAMMER (SP)
  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel dan menuju ke Lillehammer, bandar tuan rumah Sukan Olimpik Musim Sejuk.
  • Lawatan ke Lysgårdsbakken Ski Jump Arena untuk pemandangan panoramik dan melihat lokasi lompatan ski terkenal.
  • Melawat Maihaugen Open-Air Museum, kompleks dengan lebih 200 bangunan bersejarah dari abad ke-12. Museum ini memberikan gambaran tentang kehidupan masyarakat Norway dari zaman pertengahan hingga era moden.
  • Meneruskan perjalanan ke Karlstad, bandar tepi Tasik Vänern, tasik air tawar terbesar di Eropah.

Tiba di Karlstad, daftar masuk ke hotel. Bermalam di Karlstad.

HARI 6: KARLSTAD – VASTERAS - STOCKHOLM (SP/MT)
  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Stockholm, ibu kota Sweden melalui Orebro & Uppsala.
  • Lawatan ke Örebro, singgah di Istana Örebro, sebuah istana bersejarah dengan seni bina yang megah, serta Old Town Wadköping, kampung lama yang memelihara seni bina kayu tradisional Sweden.
  • Perjalanan diteruskan ke Vasteras melalui Lake Hjälmaren, tasik keempat terbesar di Sweden.
  • Selepas makan tengah hari di Vasteras, perjalanan diteruskan ke Uppsala, salah satu bandar tertua di Sweden.
  • Berhenti sebentar di Istana Uppsala, istana bersejarah yang dibina pada abad ke-16 dan menawarkan pemandangan bandar yang indah.
  • Lawatan & membeli-belah di Stockholm Quality Outlet, destinasi beli-belah terbesar di Eropah Utara dan Sweden, yang menempatkan lebih daripada 70 kedai berjenama dengan tawaran menarik.

Daftar masuk hotel. Bermalam di Stockholm.

HARI 7: STOCKHOLM (SP)
  • Sarapan pagi di hotel sebelum meneroka bandar Stockholm.
  • Lawatan Bandar Stockholm (City Tour):
  • Gamla Stan (Old Town), Bandar lama Stockholm yang penuh dengan lorong-lorong sempit, bangunan berwarna-warni, dan kedai-kedai unik.
  • Djurgården, pulau hijau di tengah Stockholm yang terkenal dengan tarikan budaya dan taman yang indah.
  • Royal Palace, kediaman rasmi Raja Sweden dengan seni bina megah serta sejarah monarki.
  • Membeli-belah di Hard Rock Café Stockholm.
  • Lawatan ke Vasa Museum, salah satu muzium maritim terbaik di dunia, yang memaparkan kapal perang Vasa dari abad ke-17. Kapal ini, yang dilengkapi 64 meriam, karam pada pelayaran sulungnya pada tahun 1628 dan kini menjadi salah satu tarikan utama di Sweden.
  • Melawat ABBA Museum Exhibition, tempat yang menghidupkan kembali kehebatan kumpulan muzik ikonik Sweden, ABBA.
  • Masa bebas di sebelah petang, peluang untuk meneroka bandar Stockholm mengikut pilihan sendiri – sama ada membeli-belah, melawat tempat menarik lain, atau bersantai menikmati suasana bandar.

Bertolak pulang ke hotel. Bermalam di Stockholm

HARI 8: STOCKHOLM – FREDERIKSHAVN (SP/MT)
  • Sarapan pagi, daftar keluar hotel sebelum menuju ke selatan Sweden.
  • Bertolak ke Gothenburg, mengambil masa kira-kira 5 jam dengan melalui bandar Jönköping, sebuah bandar indah yang terletak di tepi Tasik Vättern, tasik kedua terbesar di Sweden.
  • Makan Tengah Hari di Jönköping.
  • Perjalanan diteruskan ke Gothenburg, bandar pelabuhan utama di Sweden yang terkenal dengan seni bina dan budaya moden.
  • Setibanya di Gothenburg, peserta akan melawat Gustaf Adolfs Torg, dataran utama yang dikelilingi bangunan bersejarah dan dinamakan sempena Raja Gustav II Adolf, pengasas Gothenburg.
  • Daftar masuk di Pelabuhan Gothenburg untuk menaiki feri ke Frederikshavn, Denmark. (Solat Jama’ boleh dilakukan di atas feri)

Tiba di pelabuhanFrederikshavn, Denmark, bertolak ke hotel dan daftar masuk.

HARI 9: FREDERIKSHAVN – COPENHAGEN (SP)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke Copenhagen, melalui bandar Aarhus dan Odense, dua bandar penting di Denmark.
  • Singgah di Marselisborg Deer Park, sebuah taman semula jadi yang menjadi habitat rusa liar.
  • Perjalanan diteruskan ke Odense, bandar kelahiran penulis dongeng terkenal Hans Christian Andersen.
  • Lawatan ke The Fairy Tale Garden, Taman bertema yang menghidupkan kisah-kisah dongeng Hans Christian Andersen dalam bentuk seni dan arca.
  • Canute’s Cathedral, katedral bersejarah bercirikan seni bina Gothic yang megah, dibina pada abad ke-14.
  • Perjalanan diteruskan ke Copenhagen, ibu kota Denmark yang terkenal dengan seni bina klasik dan budaya moden.

Daftar masuk hotel. Bermalam di Copenhagen.

HARI 10: COPENHAGEN (SP)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Menerokai keindahan ibu kota Denmark, Copenhagen.
  • Lawatan berjalan kaki ke beberapa mercu tanda utama (photostop):
    Christiansborg Palace, Istana yang menempatkan Parlimen Denmark dan digunakan untuk acara rasmi diraja.
  • Round Tower (Rundetårn), Menara pemerhatian bersejarah yang menawarkan pemandangan indah bandar Copenhagen.
  • Amalienborg Palace, Kediaman rasmi keluarga diraja Denmark dengan seni bina klasik yang menakjubkan.
  • Little Mermaid Statue, Patung gangsa ikonik berdasarkan kisah dongeng Hans Christian Andersen, simbol terkenal Copenhagen
  • Nyhavn Harbor, Pelabuhan bersejarah dengan bangunan abad ke-17 yang berwarna-warni, restoran tepi laut, dan bot klasik.
  • Masa bebas membeli-belah di Stroget Pedestrian Street, salah satu kawasan membeli-belah pejalan kaki terpanjang di Eropah.
  • Hard Rock Café Copenhagen, Tempat ikonik untuk pencinta muzik dan koleksi barangan eksklusif Hard Rock.

Kembali ke hotel dan bermalam di Copenhagen.

HARI 11: COPENHAGEN – DUBAI (SP/MOB)
  • Sarapan dan masa lapang sebelum daftar keluar hotel.

Bertolak ke lapangan terbang dan berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 12: DUBAI – KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.

Location

General Remarks

**Wan Vacation Sdn Bhd berhak melakukan sebarang perubahan pada aturcara perjalanan yang disebabkan oleh keaadan yang tidak dijangka, terutamanya semasa tempoh peak season atau dalam kes force majeure.

Warga Emas

RM16,940
RM16,940

Dewasa

RM16,990
RM16,990

Child Twin

RM0
RM0

Child W/Bed

RM0
RM0

Child No Bed

RM0
RM0
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan
Hari Pesawat Sektor ETD ETA
01 EK 343 KUL - DXB 0215 0505
01 EK 159 DXB - OSL 0730 1235
11 EK 152 CPH - DXB 1445 0010 + 1
12 EK 346 DXB - KUL 0340 1445
LOKASI BIL MLM NAMA HOTEL RATING
OSLO 01 SCANDIC HELSFYR ATAU SETARAF
BERGEN 02 GRAND HOTEL TERMINUS ATAU SETARAF
FAGERNES 01 SCANDIC VALDERS ATAU SETARAF
KARLSTAD 01 GOOD MORNING, KARLSTAD ATAU SETARAF
HÄGERSTEN 02 GOOD MORNING+ HÄGERSTEN ATAU SETARAF
FREDERIKSHAVN 01 QUALITY HOTEL THE REEF ATAU SETARAF
COPENHAGEN 02 SCANDIC SYDHAVNEN ATAU SETARAF
Related Tours

Related ToursDonec ultricies, turpis a sagittis.

No tour was found on the related destination.
Follow Us

Donec ultricies, turpis a sagittis.

👋We are always ready to help you!

Assalamualaikum. Get in touch with us for any inquiries regarding this package. We typically respond within 1-2 working days.