12H9M ITALY + MONACO
+ FRANCE + BARCELONA
Facebook
Twitter
12H9M ITALY + MONACO
+ FRANCE + BARCELONA
RM10,790
/PER PERSON
Departure Date:
14 Oct, 2026
ROME – PISA – FLORENCE – VENICE – SIRMIONE - MILAN – EZE – NICE – MONACO - MONTPELLIER - BARCELONA
  • Terokai Venice Island, pulau ikonik penuh sejarah. Kagumi Piazza San Marco, Rialto Bridge, Doge's Palace dan pesona menawan Grand Canal – gabungan seni bina klasik dan keindahan lagun yang memukau
  • Rasai pesona Montpellier, bandar kosmopolitan di selatan Perancis yang memukau dengan lorong bersejarah, piazza meriah, seni bina menawan dan budaya hidup yang unik.
  • Kagumi keajaiban seni bina di La Sagrada Familia, ikon Barcelona yang direka oleh Antoni Gaudí. Struktur unik yang menakjubkan ini memukau dengan detail mosaik, menara menjulang, dan gabungan gaya Gothic serta Art Nouveau yang tiada tandingan.

Include

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi dan elaun bagasi – 25 kg seorang
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes)
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Fragonard Perfumery
  • Pengangkutan bot persendirian ke Venice.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Ketua rombongan yang terlatih profesional dari Wan Vacation Sdn. Bhd.
  • Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Not Include

  • Bayaran bagi menaiki bot Gondola di Venice.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam tarikh perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Tour Plan

HARI 1: KUALA LUMPUR – DOHA (MOB

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Rome melalui Doha.

HARI 2: DOHA - ROME (MM)

Lawatan di Rome:

  • Photo stop di Colosseum, amphitheater kuno terbesar di negara ini yang berkapasiti 80,000 penonton untuk perlawanan gladiator.
  • Bergambar di Roman Forum kesan peninggalan pusat pentadbiran, pemerintahan dan ekonomi kerajaan Roman.
  • Trevi Fountain: Kolam air pancut yang terkenal di dunia kerana keindahan seni binaannya dan masa bebas diberikan di Spanish Steps iaitu 135 anak tangga di Piazza Di Spagna.
  • Solat di Mosque of Rome, masjid terbesar di Europe sebelum singgah sebentar di St. Peter Basilica yang merupakan gereja utama menempatkan Ketua Agama Kristian Katolik iaitu Pope.

Makan malam dan daftar masuk hotel.

HARI 3: ROME – PISA – FLORENCE (SP/MM)

Lawatan di Pisa:

  • Melawat dataran Tapak Warisan Dunia UNESCO yang cukup unik dipanggil Square of Miracles di mana menempatkan menara condong yang cukup terkenal iaitu Leaning Tower of Pisa. Di sekelilingnya bangunan-bangunan lain yang cukup gah binaannya seperti The Duomo, The Pisa Baptistery serta New Hospital of Holy Spirit.

Bertolak ke Florence yang cukup terkenal dengan pembuatan barangan berasaskan kulit.

Makan malam di restoran dan daftar masuk hotel.

HARI 4: FLORENCE - VENICE (SP/MM)

Lawatan di Florence:

  • Photo stop di Giotto’s Bell Tower, menara loceng setinggi kira-kira 85 meter direka oleh Giotto pada abad ke-14. Florence Baptistery yang terkenal dengan pintu gangsa “Gates of Paradise” dan Il Duomo atau Santa Maria del Fiore dengan kubah ikonik rekaan Brunelleschi.
  • Piazzale Michelangelo di mana tetamu akan dapat menikmati pemandangan indah seluruh kota Florence dari atas bukit yang turut menempatkan arca gangsa ukiran artisan tersohor, Michelangelo.
  • Antara tarikan lain ialah Palazzo Vecchio yang merupakan pusat pemerintahan kuno datuk bandar Florence sejak tahun 1299.

Bertolak ke Venice dan daftar masuk hotel.

HARI 5: VENICE – ISLAND – VENICE (SP/MM)

Lawatan ke Venice Island:

  • Tetamu akan dibawa menaiki bot dari Tronchetto Pier ke kepulauan Venice yang terkenal dengan gelaran kota romantic.
  • Memulakan lawatan di sekitar San Marco Square yang menempatkan San Marco Basilica berciri Byzantine, Doge’s Palace yang kini menjadi muzium dan Bridge of Sighs yang menghubungkan istana dengan penjara.
  • San Marco Campanile – Menara loceng setinggi 99m dibina pada tahun 1549 dan The Clock Tower, menara jam binaan tahun 1496. Selain itu, tetamu berpeluang berfoto di Rialto Bridge yang merentasi Grand Canal.
  • Tetamu juga berpeluang menaiki bot Gondola yang cukup terkenal di kota ini menyusuri terusan-terusan (canal) dengan bayaran tambahan.
  • Menaiki bot menuju semula ke Tronchetto Pier pada lewat petang untuk makan malam di restoran sebelum pulang semula ke hotel.
HARI 6: VENICE - SIRMIONE - MILAN (SP/MM)

Selepas sarapan pagi, bertolak menuju ke:

  • Lake Garda yang dikenali sebagai Benaco merupakan tasik terbesar di Itali dan terkenal dengan pemandangan monumen bersejarah seperti istana dan kubu.
  • Nikmati keindahan Sirmione Old Town yang menempatkan Sirmione Castle, istana abad ke-13 yang masih gah berdiri hingga kini serta bersantai di Piazza Carducci dengan pemandangan tasik.
  • Tiba di Milan yang elegan. Singgah menunaikan solat di Centro Islamico Milano Lombardia sebelum melawat di Sforzesco Castle, Milan Cathedral, Monument to Victor Emmanuel II dan Teatro alla Scala.
  • Nikmati pengalaman membeli-belah di Galleria Vittorio Emanuele II yang menempatkan butik mewah seperti Prada, Louis Vuitton dan Versace, diikuti makan malam dan daftar masuk hotel.
HARI 7: MILAN – EZE VILLAGE – NICE (SP/MM)
  • Masa untuk membeli-belah di McArthurGlenn Designer Outlet yang merupakan gedung pusat barangan berjenama yang terbesar di dunia. Perjalanan diteruskan ke kota percutian selebriti terkenal antarabangsa Nice.
  • Lawati Fragonard Parfumeur di perkampungan indah Èze dan alami seni pembuatan parfum Perancis. Terokai aroma eksklusif, saksikan proseSspenghasilan wangian premium, dan bawa pulang cenderamata haruman unik terus dari pengeluar.Bermalam di Nice.
HARI 8: NICE – MONACO – NIMES (SP/MM)

Lawatan di Nice:

  • Tetamu akan dibawa bersiar-siar di sekitar kota Nice dan berfoto di Promenade De Anglais, Place Massena serta tugu Monument Aux Morts yang didedikasikan untuk penduduk Nice yang terkorban semasa WWI

Lawatan di Monaco:

  • Rock Of Monaco, tapak bersejarah yang menaungi Istana Diraja Monaco. Saksikan pemandangan Mediterranean yang memukau sambil menjelajah lorong-lorong klasik bandar lama yang penuh pesona
  • Alami kemewahan di Monte Carlo Casino, ikon glamor Monaco, sambil mengagumi seni bina megah dan merasai suasana eksklusif Mediterranean.
  • Bersiar-siar di Port Hercule, marina mewah Monaco, sebelum bersantai di Larvotto Beach menikmati matahari dan suasana tepi laut Mediterranean.

Bermalam di Nimes

HARI 9: NIMES - MONTPELLIER - BARCELONA (SP/MM)

Lawatan ke Montpellier:

  • Lawatan orientasi di Montpellier termasuk Peyrou Water Tower, sistem saliran abad ke-18 yang membawa air dari Aqueduct Saint-Clément.
  • Antara tempat lawatan iaitu Place de la Comédie dataran utama Montpellier yang dikelilingi oleh kafe, restoran, dan teater. Di tengah-tengahnya terdapat Opéra Comédie, sebuah bangunan teater yang indah yang patut dilawati.

Bertolak ke Barcelona untuk daftar masuk serta makan malam.

HARI 10: BARCELONA (SP/MM)

Lawatan di Barcelona:

  • Photo stop di Camp Nou Stadium yang merupakan stadium rasmi pasukan bola sepak FC Barcelona yang membariskan antara pemain terbaik dunia. Tetamu berpeluang bergambar di stadium ini dan membeli cenderamata kelab ini di FC Botiga Megastore.
  • La Sagrada Familia yang merupakan gereja Katolik terbesar di daerah Catalunya yang dibina pada tahun 1882 dengan 18 buah menara yang cukup unik.
  • Tarikan-tarikan lain yang terdapat di kota ini ialah Arc de Triomf yang dibina sebagai pintu masuk utama ketika 1888 Barcelona World Fair.
  • Tetamu kemudiannya bebas untuk bersiar-siar di sekitar Placa De Catalunya, La Rambla dan Gothic Quarter yang merupakan segi tiga hab komersil kota in.

Makan malam sebelum bertolak balik ke hotel.

HARI 11: BARCELONA - DOHA (MOB)
  • Aktiviti bebas sebelum daftar keluar hotel dan bertolak ke lapangan terbang untuk perlepasan pulang ke tanah air melalui Doha.
HARI 12: DOHA - KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Location

General Remarks

**Wan Vacation Sdn Bhd berhak melakukan sebarang perubahan pada aturcara perjalanan yang disebabkan oleh keaadan yang tidak dijangka, terutamanya semasa tempoh ‘peak season’ atau dalam kes ‘force majeure’.

Our Gallery

Warga Emas

RM10,940
RM10,740

Dewasa

RM10,990
RM10,790

Child Twin

RM10,990
RM10,790

Child W/Bed

RM9,490
RM9,190

Child No Bed

RM0
RM0
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan
Hari Pesawat Sektor ETD ETA
01 QR 4992 KUL - DOH 0025 0515
01 QR 0131 DOH - FCO 0915 1415
10 QR 0142 BCN - DOH 2250 0550+1
11 QR 4993 DOH - KUL 0805 2100
LOKASI BIL MLM NAMA HOTEL RATING
ROME 01 3* HOTEL B&B POMEZIA ATAU SETARAF
PRATO 01 3* HOTEL CHARME ATAU SETARAF
VENICE 02 3* HOTEL BELSTAY VENEZIA MESTRE ATAU SETARAF
MILAN 01 3* HOTEL IBIS MILANO MALPENSA ATAU SETARAF
NICE 01 3* HOTEL OKKO HOTELS NICE AEROPORT ATAU SETARAF
NIMES 01 3* HOTEL NOVOTEL ATRIA NIMES CENTRE ATAU SETARAF
BARCELONA 02 3* HOTEL NO FRONT AIR CONGRESS ATAU SETARAF
Related Tours

Related ToursDonec ultricies, turpis a sagittis.

No tour was found on the related destination.
Follow Us

Donec ultricies, turpis a sagittis.

👋We are always ready to help you!

Assalamualaikum. Get in touch with us for any inquiries regarding this package. We typically respond within 1-2 working days.