5H4M DANANG BANA HILLS HOI AN
/
/
/
/
5H4M DANANG BANA HILLS HOI AN
Facebook
Twitter
5H4M DANANG BANA HILLS HOI AN
RM2,290
/PER PERSON
Departure Date:
21 Aug, 2025
11 Sep, 2025
19 Sep, 2025
27 Dec, 2025
27 Mar, 2026
DA NANG – HUE – HOI AN + BANA HILL
  • Menaiki kereta kabel terpanjang di dunia menuju ke puncak Bana Hill dan merasaikan keseronokan taman tema indoor terbaik serta berfoto di Taman bunga Le Jardin D’Amour mempunyai keluasan 21,000-meter persegi dan mempunyai lebih 1000 spesis pokok hidup.
  • Rasai pengalaman menaiki “Basket Boat” menyelusuri laluan sungai di sepanjang Bay Mau Coconut Forest yang berusia lebih 200 tahun.
  • Berfoto berlatarbelakang beratus jambak kemenyan berwarna warni di perkampungan Thuy Xuan Incense Village yang berusia 700 tahun.

Include

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi dan elaun bagasi – 30 kg seorang
  • Penginapan 4 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* (rujuk senarai hotel ditawarkan)
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti di dalam aturcara
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Le Jardin D'Amour, Fantasy Park dan French Village.
  • Perkhidmatan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih professional dari Wan Vacation Sdn Bhd.

Not Include

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain tidak dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Tour Plan

HARI 1: KUALA LUMPUR – DA NANG (MM)

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Danang. Setibanya disana,

  • Bersiar-siar Pantai My Khe menikmati keindahan alam semulajadi dengan pasir putih yang indah.
  • Bersiar-siar sekitar bandar Da Nang, melawat Han River Bridge, Dragon Bridge dan Thuan Phuoc Bridge. Lawatan seterusnya ialah Love Bridge dan bergambar dengan Carp – Turn – Dragon Statue.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Danang
HARI 2: DANANG – COCONUT VILLAGE- HOI AN -DA NANG (SP/MT/MM)
  • Mengunjungi Bay Mau Coconut Village yang berusia lebih 200 tahun dengan menaiki sampan bulat yang dipanggil sebagai Basket Boat melalui laluan sungai di sepanjang Bay Mau. Rasai pengalaman melihat persembahan menarik seperti “Basket Dance”, demonstrasi menangkap ikan menggunakan jala besar dan lain-lain. Peserta digalakkan memberi tip kepada pengemudi basket boat.
  • Singgah ke Non-Nuoc Stone Carving Village, sebuah perkampungan tradisional terkenal di dengan hasil seni arca ukiran batu.
  • Bertolak ke Hoi An, bandar yang pernah menjadi pusat pelabuhan perdagangan antarabangsa utama Asia Tenggara.
  • Melawat Hoi An Ancient Town yang menempatkan Tan Ky ancient house, Japanese Covered Bridge yang dibina pada abad ke-16, Fujian Assembly Hall dan melewati Hoi An museum.
  • Masa bebas untuk membeli-belah di Hoi An colourful market. Makan malam sebelum pulang berehat di hotel
HARI 3: DANANG – BANA HILL – DA NANG (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di hotel. bertolak menuju ke Bana Hills.
  • Setibanya di Bana Hills Station, menaiki cable car terpanjang di dunia untuk melawat Golden Hands Bridge merupakan jambatan tangan raksasa yang menarik ramai tetamu sejak dibuka pada Jun 2018.
  • Mengunjungi Le Jardin D’Amour iaitu taman bunga yang indah serta Ling Ung Pagoda.
  • Selepas makan tengahari buffet, mengunjungi Fantasy Park, taman tema tertutup ke 3 terbesar di dunia serta merasai keseronokan menaiki speed slides serta Lunar Castle.
  • Bersiar siar sekitar French Village sebelum menuruni Bana Hill dengan cable car
  • Bertolak ke Da Nang, makan malam di restoran tempatan dan pulang ke hotel.
HAR1 4: DA NANG – HUE – DA NANG (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di hotel. bertolak menuju ke Hue, bekas ibu negara Vietnam dan salah satu bandar yang paling bersejarah di Vietnam, Hue dipenuhi dengan peninggalan dari pemerintahan Kaisar Nguyen abad ke-19. Memulakan lawatan di Hue.
  • Imperial Citadel iaitu komplek istana diraja abad ke 19 yang masih lagi kekal terpelihara sehingga kini. Istana yang dibina semasa dinasti Nguyen meliputi Flag Tower, Ngo Mon Gate, Nine Dynastic Urns, Nine Holy Cannons, Thai Hoa Palace & Forbidden Purple City
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Thuy Xuan Incense Village, salah satu perkampungan yang popular yang berusia 700 tahun dimana pekerjaan utama penduduk kampung adalah membuat kayu kemenyan (incense sticks) yang berwarna warni dijemur sepanjang jalan.
  • Makan malam di restoran tempatan dan bertolak pulang ke hotel.
HAR1 5: DA NANG – KUALA LUMPUR (SP)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Mengunjungi Han Market / Con Market untuk membeli- belah sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Da Nang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Location

Warga Emas

RM2,340
RM2,240

Dewasa

RM2,390
RM2,290

Child Twin

RM2,390
RM2,290

Child W/Bed

RM2,090
RM1,990

Child No Bed

RM1,790
RM1,690
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan
Hari Pesawat Sektor ETD ETA
01 MH 748 KUL - DAD 1200 1340
05 MH 747 DAD - KUL 1125 1520
LOKASI BIL MLM NAMA HOTEL RATING
Da Nang 04 Hotel Golden Sun atau setaraf
Related Tours

Related ToursDonec ultricies, turpis a sagittis.

Gambar - 2025-03-28T102906.533
PRIVATE TOUR

Dewasa

RM2,050
Harga Biasa: RM2,050
Gambar - 2025-03-28T102320.807
PRIVATE TOUR

Dewasa

RM1,900
Harga Biasa: RM1,900
Gambar (37)
PRIVATE TOUR

Dewasa

RM1,850
Harga Biasa: RM1,850
Gambar (38)
PRIVATE TOUR

Dewasa

RM1,650
Harga Biasa: RM1,650
Follow Us

Donec ultricies, turpis a sagittis.

👋We are always ready to help you!

Assalamualaikum. Get in touch with us for any inquiries regarding this package. We typically respond within 1-2 working days.