5H4M TAIPEI
SUN MOON LAKE - YEHLIU GEOPARK + JIUFEN
Facebook
Twitter
5H4M TAIPEI
SUN MOON LAKE - YEHLIU GEOPARK + JIUFEN
RM4,290
/PER PERSON
Departure Date:
30 Aug, 2026
TAIPEI - SUN MOON LAKE - YEHLIU GEOPARK + JIUFEN
  • Sun Moon Lake – Nikmati keindahan tasik semula jadi paling ikonik di Taiwan yang dikelilingi pergunungan hijau menawan. Alami pelayaran santai, pemandangan menakjubkan, dan ketenangan yang sempurna — destinasi wajib untuk pencinta alam dan fotografi.
  • Bergambar bersama batu ikonik “Queen’s Head”, nikmati angin laut yang menyegarkan, dan terokai landskap semula jadi yang kelihatan seperti dunia fantasi. Dengan laluan yang selesa dan mesra pelancong, Yehliu Geopark sesuai untuk semua peringkat umur.
  • Taipei 101 - Mengambil gambar berlatarbelakang bangunan tertinggi di Taiwan setinggi 508m dan juga merupakan hub bagi Taiwan Financial Center.

Include

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan segala cukai penerbangan.
  • Penginapan 4 malam yang selesa di hotel bertaraf 3*.
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan sekiranya Kumpulan melebihi 15 orang.

Not Include

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Tour Plan

HARI 1: KUALA LUMPUR – TAIPEI (MOB/MM)

Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Taoyuan. Setibanya di Taipei, bertolak ke restaurant tempatan  untuk makan malam.

Daftar masuk hotel di Taipei.

HARI 2: TAIPEI – TAICHUNG (SP/MT/MM)

Lawatan ke:

  • Formosan Aboriginal Culture Village: Open air museum yang mengambarkan kehidupan tradisional suku asli Taiwan. Anda boleh melihat rumah tradisional, pertunjukan tarian & muzik budaya, serta aktiviti seperti seni kraf, anyaman dan demonstrasi memasak.
  • Sun Moon Lake: Pengalaman menaiki bot mengelilingi tasik semula jadi sambil menikmati panorama indah yang dikelilingi pergunungan hijau dan suasana yang menenangkan.

Bermalam di Taichung.

HARI 3: TAICHUNG – TAIPEI (SP/MT/MM)

Lawatan ke:

  • DIY Pineapple Cake: Merasai keseronokan belajar membuat kek nanas tradisional Taiwan
  • Taipei 101: Mengambil gambar dengan latar belakang Taipei 101 tower. Dahulunya merupakan menara yang tertinggi di dunia setinggi 508m dan merupakan hub bagi Taiwan World Financial Center (tidak termasuk observatory)
  • Taipei Grand Mosque: Masjid terbesar dan tertua di Taiwan yang terletak di Daerah Da’an, Taipei. Ia berfungsi sebagai pusat ibadah utama bagi komuniti Muslim di Taiwan dan mampu menampung sehingga 1,000 jemaah.
  • Chiang Kai Shek Memorial Park: Monumen nasional yang penting dan tarikan pelancong yang terletak di Taipei, Taiwan. Ia dibina pada tahun 1980 untuk memperingati Chiang Kai-shek, bekas Presiden Republik Taiwan.

Bermalam di Taipei.

HARI 4: TAIPEI (SP/MT/MM)

Lawatan ke:

  • Yehliu Geopark terkenal dengan formasi batu unik yang terbentuk secara semula jadi selama ribuan tahun, geopark ini menawarkan pemandangan pesisir laut yang menakjubkan dan pengalaman sightseeing yang pasti memukau setiap pengunjung.
  • Jiufen Old Street rasai sendiri pengalaman ikonik melepaskan sky lantern sambil menulis harapan di atas tanglung berwarna-warni di landasan kereta api yang meriah.
  • Ximending: merupakan kawasan paling happening dan destinasi wajib singgah apabila berada di Taipei! Dikenali sebagai pusat hiburan dan shopping trendi, menawarkan suasana bandar yang meriah siang dan malam dengan pelbagai tarikan menarik untuk diterokai.

Bermalam di Taipei.

HARI 5: TAIPEI – KUALA LUMPUR (SP/MOB)

Sarapan pagi di dan daftar keluar hotel.

Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Location

General Remarks

**Wan Vacation Sdn Bhd berhak melakukan sebarang perubahan pada aturcara perjalanan yang disebabkan oleh keaadan yang tidak dijangka, terutamanya semasa tempoh ‘peak season’ atau dalam kes ‘force majeure’.

Warga Emas

RM4,540
RM4,240

Dewasa

RM4,590
RM4,290

Child Twin

RM4,590
RM4,290

Child W/Bed

RM4,590
RM4,290

Child No Bed

RM4,290
RM3,790
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan
Hari Pesawat Sektor ETD ETA
01 BR 218 KUL - TPE 1250 1740
05 BR 227 TPE - KUL 0930 1415
LOKASI BIL MLM NAMA HOTEL RATING
TAIPEI 03 3* Le Room Taoyuan Atau Setaraf
TAICHUNG 01 3* Mei Business Hotel Atau Setaraf
Related Tours

Related ToursDonec ultricies, turpis a sagittis.

Gambar (6)
PRIVATE GROUP
Harga Bermula

Dewasa

RM3,549
Harga Biasa: RM3,550
Gambar (5)
PRIVATE GROUP
Harga Bermula

Dewasa

RM3,650
Harga Biasa: RM3,650
Gambar (3)
PRIVATE GROUP
Harga Bermula

Dewasa

RM2,990
Harga Biasa: RM2,990
Follow Us

Donec ultricies, turpis a sagittis.

👋We are always ready to help you!

Assalamualaikum. Get in touch with us for any inquiries regarding this package. We typically respond within 1-2 working days.