8H6M AFRIKA SELATAN
/
/
/
8H6M AFRIKA SELATAN
Facebook
Twitter
8H6M AFRIKA SELATAN
RM13,290
/PER PERSON
Departure Date:
19 Aug, 2025
21 Oct, 2025
MAURITIUS - CAPE TOWN - JOHANNESBURG - MAURITIUS
  • OSTRICH RANCH: Pengunjung berpeluang untuk mendekati dan melihat sendiri secara dekat burung unta. Pengunjung boleh menikmati aktiviti menarik seperti menunggang burung unta.
  • CIRCE SEAL ISLAND CRUISE: Keajaiban semula jadi yang memukau dengan stalactites, stalagmites, dan formasi batu menghiasi dinding gua.
  • HERMANUS: Pengunjung berpeluang untuk melihat ikan paus yang bebas berenang dan pada bulan Jun dan November setiap tahun, Ikan paus Southern Right, ikan paus Bryde & Humpback datang untuk membiak di kawasan teluk pantai.
  • MABULA GAME LODGE: Safari yang terletak di tengah-tengah Waterberg Biosphere di Wilayah Limpopo Afrika Selatan, menawarkan pengalaman safari yang luar biasa.

Include

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan.
  • Penginapan hotel bertarat 4* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes).
  • Sarapan pagi di hotel dan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara.
  • Bayaran masuk ke tempat lawatan mengikut aturcara.
    • Mabula Game Lodge
    • Ostrich Ranch
    • Table Moutain Areial Cabel Way
    • Kirstenbosch Botanical Gardens
    • Circe Seal Island Cruise
    • Bo-Kaap and Malay Quarters
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin dan selasa.
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional.
  • Tip untuk tour guide dan pemandu bas persiaran.

Not Include

  • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter.
  • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan
  • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Tour Plan

HARI 1: KUALA LUMPUR - MAURITIUS - CAPE TOWN

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Capetown. Transit di Mauritius (Sir Seewoosagur Ramgoolam International Airport). Tiba di Cape Town dan bergerak ke hotel.

Bermalam di Cape Town.

HARI 2: CAPE TOWN (SP/MT/MM)

Lawatan di Cape Town:

  • Table Mountain Aerial Cable Way: Menaiki cable car menuju ke puncak Table Mt. yang dibina sejak 1929. Hanya 5 minit untuk tiba di puncak, pengunjung dapat menikmati panorama 360 darjah kota tepi laut dan bandar Cape Town dari ketinggian 1000m dari aras laut. Aktiviti ini dapat dilakukan sekiranya cuaca mengizinkan.
  • Melawat Muzium Bo-Kaap juga dikenali sebagai Malay Quarter. Kawasan ini terkenal dengan deretan rumah berwarna warni dan penduduk berbilang bangsa. Penduduk Cape malay yang masih mengekalkan identiti dan budaya Melayu antara tarikan utama.
  • Kirstenbosch Botanical Gardens: Taman Botani Negara yang merupakan salah satu taman botani yang terpenting di dunia sejak tahun 1913. Terletak di lereng timur Table Mountain, terdapat ribuan jenis spesis flora di sini dan tetamu boleh merentasi taman ini dengan melalui Centenary Tree Canopy Walkway.
  • Melawat Diamond Factory untuk melihat pembuatan dan ukiran batu berlian.
  • Ostrich Ranch: Pengunjung berpeluang untuk mendekati dan melihat sendiri secara dekat burung unta. Pengunjung boleh menikmati aktiviti menarik seperti menunggang burung unta, kawasan pembiakan dan membeli produk-produk unik yang dihasilkan daripada burung unta.

Bermalam di Cape Town.

HARI 3: CAPE TOWN (SP/MT/MM)
  • Melawat di sekitar Cape Peninsula. Menikmati pemandangan indah di sepanjang perjalanan merentasi Sea point, Clifton Beach & Llandudno. Pengunjung juga dapat melihat pergunungan Twelve Apostles dan bergambar di Camps Bay & Hout Bay sebuah perkampungan nelayan.
  • Circe Seal Island Cruise: Menaiki bot untuk menikmati pemandangan hutan Kelp dan hidupan laut di Pulau Duiker/Pulau Seal. Pengunjung juga dapat melihat lebih dekat anjing laut dan habitat semulajadinya.
  • Chapman’s Peak: Terletak di antara Noordhoek dan Hout Bay. Menawarkan pemandangan 180 darjah yang menakjubkan, pengunjung boleh berhenti dan mengambil gambar pemandangan yang sangat indah di atas Puncak Chapman.
  • Cape of Good Hope National Park: Merupakan titik penghujung Benua Afrika, terkenal dengan laluan pedagang antara Eropah dan Asia. Tanjung ini dikelilingi oleh pantai, teluk, dan tebing, menjadikannya lokasi yang popular untuk dikunjungi.
  • Boulders Beach Penguins: Ia adalah pantai terlindung yang terdiri daripada batu granit dan perairan yang jernih. Kawasan ini adalah penempatan kelompok terbesar penguin Afrika yang semakin pupus. Pengunjung boleh melihat penguin dari dekat sambil menikmati pemandangan yang indah.

Bermalam di Cape Town.

HARI 4: CAPE TOWN (SP/MT/MM)
  • Hermanus: Masa bebas di Hermanus Bay sebuah bandar di pantai yang mempunyai infrastruktur moden dan juga kedai-kedai mewah. Pengunjung berpeluang untuk melihat ikan paus yang bebas berenang dan pada bulan Jun dan November setiap tahun, Ikan paus Southern Right, ikan paus Bryde & Humpback datang untuk membiak di kawasan teluk pantai.

Bermalam di Cape Town.

HARI 5: CAPE TOWN - JOHANNESBURG - MABULA GAME LODGE (SP/MT/MM)

Menaiki penerbangan domestik ke Johannesburg. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Johannesburg dan bergerak ke Mabula Game Lodge.

Lawatan di Mabula Game Lodge pada waktu petang:

  • Mabula Game Lodge: Safari yang terletak di tengah-tengah Waterberg Biosphere di Wilayah Limpopo Afrika Selatan, menawarkan pengalaman safari yang luar biasa. Lodge ini menyediakan persekitaran yang selesa
    dan mewah, di mana pengunjung dapat menikmati pemandangan semula jadi sambil menyaksikan pelbagai haiwan liar, termasuk Big Five (singa, gajah, kerbau, harimau, dan badak).

Bermalam di Mabula Game Lodge.

HARI 6: MABULA GAME LODGE - JOHANNESBURG LODGE (SP/MT/MM)
  • Melawat sekitar Mabula Game Lodge untuk kali kedua bagi melihat haiwan-haiwan diurnal yang aktif pada waktu pagi.
  • Melawat Union Building, Seat of National Government yang juga merupakan South African National Heritage Site.
  • Singgah bergambar di Voortrekker Monument tapak warisan sejarah Afrika Selatan yang menjadi simbol perjuangan etnik Afrikaans dalam mengasaskan tanah air mereka.
  • Menghayati senibina bangunan lama Church Square yang direka oleh William Hawke. Merupakan bangunan penting dari segi sejarah dan seni bina.
  • Menikmati panorama seni bina Cartlon Centre and High Court.
  • Mandela Square: Nelson Mandela, yang menjadi simbol perjuangan dan warisan beliau. Merupakan destinasi popular oleh kedai, restoran, dan pejabat, Mandela Square City Mall yang merupakan pusat beli-belah mewah di Johannesburg yang menawarkan pelbagai jenama antarabangsa.

Bermalam di Johannesburg.

HARI 7: JOHANNESBURG - MAURITIUS (SP)

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Transit di Mauritius.

HARI 8: KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

Location

General Remarks

**Wan Vacation Sdn Bhd berhak melakukan sebarang perubahan pada aturcara perjalanan yang disebabkan oleh keaadan yang tidak dijangka, terutamanya semasa tempoh ‘peak season’ atau dalam kes ‘force majeure’.

Warga Emas

RM0
RM0

Dewasa

RM13,290
RM13,290

Child Twin

RM0
RM0

Child W/Bed

RM12,690
RM12,690

Child No Bed

RM11,990
RM11,990
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan
Hari Pesawat Sektor ETD ETA
01 MK 647 KUL - MRU 1250 1600
01 MK 843 MRU - CPT 1745 2150
07 MK 852 JNB - MRU 1310 1910
07 MK 646 MRU - KUL 2255 1015+1
Related Tours

Related ToursDonec ultricies, turpis a sagittis.

No tour was found on the related destination.
Follow Us

Donec ultricies, turpis a sagittis.

👋We are always ready to help you!

Assalamualaikum. Get in touch with us for any inquiries regarding this package. We typically respond within 1-2 working days.