8H7M KUNMING DALI LIJIANG
/
/
/
/
8H7M KUNMING DALI LIJIANG
Facebook
Twitter
8H7M KUNMING DALI LIJIANG
RM4,790
/PER PERSON
Departure Date:
23 May, 2025
KUNMING - DALI - LIJIANG
  • Black Stone Forest yang terkenal dengan rupa bentuk unik yang terdiri dari suasana batu hitam yang menjulang tinggi menyerupai pokok-pokok besar.
  • Snow Mountain Glacier Park, destinasi pelancongan yang menawarkan keindahan alam yang megah dengan puncak gunung yang dilitupi salji sepanjang tahun.
  • Tiger Leaping Gorge Scenic Area: Pengalaman alam yang menakjubkan dengan pemandangan gunung yang ekslusif serta air Sungai yang mengalir deras di antara gunung menjadikan ianya semakin menarik untuk dirakam di dalam kenangan.

Include

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi dan elaun bagasi – 20kg seorang
  • Hotel penginapan bertaraf 5* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan) termasuk cukai bandar
  • Sarapan pagi di hotel, makan tengahari dan makan malam sesuai Muslim sepanjang lawatan.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan seperti yang dinyatakan.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman sepanjang lawatan.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan sekiranya kumpulan melebihi 15 orang.

Not Include

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.

Tour Plan

Hari 1: KUALA LUMPUR - KUNMING - SHILIN (MOB)
  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) bagi penerbangan ke Kunming.

Bermalam di Shilin.

Hari 2: SHILIN – CHUXIONG (SP/MT/MM)

Lawatan di Kunming:

  • Black Stone Forest terkenal kerana bentuk batunya yang unik dan memukau. Batu-batu tersebut terbentuk dari proses geologi yang berlangsung selama ribuan tahun, yang menciptakan pemandangan yang sangat menakjubkan. Tempat ini juga menyediakan jalan dan tangga untuk memudahkan pengunjung meneroka tempat ini. Keindahan alami dan kekayaan sejarah serta budayanya menjadikan Black Stone Forest Shilin sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling menarik dan memikat di daerah ini.
  • Melawat Yi Ancient Town, tempat tarikan pelancong yang menggabungkan keindahan alam, sejarah serta budaya yang kaya dan kehidupan tempatan yang sebenar, menjadikannya tempat yang menarik untuk dikunjungi bagi sesiapa yang ingin merasakan keindahan masyarakat china yang kuno dan tradisional. Mereka juga terkenal dengan hasil kraftangan tempatan yang unik dan berkualiti tinggi. Seperti kain tenun, seramik dan ukiran kayu. Tetamu dapat membeli cenderahati sebagai kenangan semasa berkunjung disini.

Bermalam di Chuxiong.

Hari 3: CHUXIONG - DALI - LIJIANG (SP/MT/MM)
  • Santorini Kunming: Merupakan tempat pelancongan yang diilhamkan dari senibina Pulau Santorini di Greece. Pengunjung dapat menikmati pemandangan laut yang cantik, berbelanja di kedai-kedai yang unik. Tempat ini sangat mesra terhadap semua tetamu dari pelbagai lapisan peringkat umur.
  • Lijiang Ancient Town, Sifang Street adalah sebuah bandar lama yang terkenal di China dan memiliki daya tarikan pelancong yang unik. Bandar ini terkenal dengan arkitektur silam yang menarik. Seperti rumah traditional, batu yang disusun menjadi jalan sepanjang bandar dan sistem air kuno. Tetamu juga akan disajikan dengan pemandangan indah Taman Nasional Gunung Yulong. Dan menjadikan tempat ini adalah daya tarikan bagi mereka yang tertarik dengan sejarah, budaya dan keindahan alam China yang unik
  • Bersiar-siar di Heilongtan Park yang terkenal dengan pemandangan alam yang menakjubkan terutama pemandangan berlatar belakang Gunung Yulong yang tinggi dan pantulan gunung dan langit di permukaan tasik menjadikan ia tempat rekreasi yang popular bagi penduduk setempat dan pelancong.

Bermalam di Lijiang.

Hari 4: LIJIANG (SP/MT/MM)
  • Snow Mountain Glacier Park adalah destinasi pelancongan yang menawarkan keindahan alam yang megah dengan puncak gunung yang dilitupi salji sepanjang tahun. Taman ini mempunyai pelbagai ekosistem, termasuk hutan pinus, hutan birch serta bongkah ais yang mempesonakan. Pengunjung dapat menikmati pemandangan spektakuler dari ketinggian menggunakan kabel gondola. Selain itu, taman ini menawarkan berbagai aktiviti luar ruangan seperti trekking, mendaki, dan mengunjungi desa-desa lokal di sekitarnya. Keberagaman hayati di taman ini menambah daya tariknya sebagai salah satu destinasi alam yang menakjubkan di sini.
  • Ganhaizi adalah padang rumput alpine yang terletak di Jade Dragon Snow Mountain Scenic Area. Daya tarikan utamanya meliputi pemandangan indah Gunung Jade Dragon yang menjulang tinggi menjadi latar belakang, pelbagai spesies tanaman alpine yang langka dan bunga liar yang berwarnawarni, serta udara yang tenang dan damai yang menjadikan tempat ini sempurna untuk bersantai dan menikmati keindahan alam. Ganhaizi juga menawarkan berbagai aktiviti sepertibersiar-siar dan berkhelah.
  • Yushui Village adalah salah satu tarikan pelancongan utama Lijiang, yang menampilkan seni bina Naxi, muzik Naxi purba, dan mural

Dongba, serta beberapa landskap semula jadi asal seperti Triple Water. Kampung ini menarik membawa budaya Dongba dan pasti akan menawarkan pengalaman berkualiti kepada tetamu.

  • Melawat dan bersiar-siar di White River + Blue Moon Valley adalah destinasi semula jadi yang menakjubkan di wilayah ini. Terkenal dengan airnya yang berwarna putih susu dan berwarna biru pada lembah ini dikelilingi oleh pergunungan hijau yang menambah keindahan alaminya. Pengunjung dapat menikmati pemandangan air terjun kecil dan kolam biru yang menakjubkan, serta menjelajahi lanskapnya dengan berjalan kaki di sepanjang laluan pejalan kaki yang disediakan tepi sungai. Blue Moon Valley menawarkan pengalaman alam yang menenangkan dan memukau, menjadikannya salah satu tarikan utama bagi tetamu yang berkunjung ke Lijiang.
Hari 5: LIJIANG - BAISHUITAI - LIJIANG (SP/MT/MM)
  • Tiger Leaping Gorge Scenic Area menawarkan pengalaman alam yang menakjubkan dengan pemandangan gunung yang eksklusif. Dan air sungai yang mengalir deras di antara gunung menjadikan ianya semakin menarik untuk dirakam di dalam kenangan.
  • Berhenti bergambar di Baishuitai Cotton’s Fort, iaitu salah satu tempat yang cantik terletak di kaki Gunung Salji Haba. Tarikan utama disini ialah kristal mineral putih yang besar sepanjang 140m sehingga 160m lebar berbentuk kolam yang bertingkat. Air mata air yang melimpahi kolam kristal seperti air terjun jernih dari puncak gunung.

Bermalam di Lijiang.

Hari 6: LIJIANG -DALI (SP/MT/MM)
  • Bai Tea Experience merasai pengalaman melihat proses membuat dan merasai budaya teh turun temurun etnik Bai yang menjadi kesukaan dan kegemaran pelancong.
  • Dali Ancient Town: Merupakan diantara tempat pelancongan paling popular di Yunnan. Kota ini dipelihara oleh kerajaan tempatan dengan melarang sebarang pembinaan moden di bandar lama ini. Para tetamu yang berkunjung dapat menikmati kombinasi pengalaman yang unik seperti senibina bersejarah, keindahan alam dan kebudayaan.

Bermalam di Dali.

Hari 7: KUNMING - KUALA LUMPUR (SP/MT)
  • Bersolat di Shuncheng Mosque. Masjid ini telah dibina pada zaman Dinasti Tang (618-907 M) yang merupakan satu-satunya dinasti di China yang aktif menyebarkan agama Islam.
  • West Temple Tower: Tempat tarikan bersejarah di Dali Ancient Town. Dibina pada Dinasti Tang, sebuah menara pagoda tiga tingkat yang bercirikan senibina khas dan hiasan tradisional.
  • Jinbi Square: Sebuah kota moden di Dali yang menjadi titik pertemuan diantara penduduk setempat dan pengunjung. Tempat ini mempunyai bangunan rekabentuk sentuhan China yang khas. Tempat ini sering menjadi tuan rumah untuk pelbagai acara komuniti, pertunjukan seni dan festival. Menjadikanya tempat tumpuan bagi pengunjung dan orang tempatan.
  • Nanqiang Market: Dikenali sebagai “Internet Celebrity Night Market” di Kunming, adalah sebuah daerah kebudayaan dan komersial yang mengekalkan gaya dan ciri-ciri bangunan bersejarah, yang meliputi pelbagai format seperti katering, hiburan, dan teater. Nanqiang Street dan Alley adalah salah satu daerah komersial utama di Kunming. Kedai-kedai yang berlampu indah, makanan ringan yang mempesonakan, dan persembahan yang indah menarik ramai pelancong untuk datang setiap malam.

Bermalam di Kunming.

Hari 8: KUNMING - KUALA LUMPUR (SP/MT)
  • Meluangkan masa di Donnan Flower Market dan merasai pengalaman berada di pasar bunga terbesar di Asia. Pasar ini menjadi tarikan popular pelancongan di Kunming kerana pemandangan barisan bunga segar yang tersusun rapi, berwana-warni dan keharuman bunga dari pelbagai jenis
  • Dounan Wetland Park: Taman tema ini adalah kawasan yang dilindungi oleh kerajaan tempatan. Mempunyai ekosistem hutan paya yang pelbagai. Termasuk tasik, paya bakau dan danau. Para tetamu dapat melakukan pelbagai aktiviti melihat kawanan burung dan itik di tasik, berjalan di jambatan kayu serta dan bergambar dengan latar belakang tasik yang indah.

Menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

General Remarks

**Wan Vacation Sdn Bhd berhak melakukan sebarang perubahan pada aturcara perjalanan yang disebabkan oleh keaadan yang tidak dijangka, terutamanya semasa tempoh ‘peak season’ atau dalam kes ‘force majeure’.

Warga Emas

RM5,040
RM4,740

Dewasa

RM5,090
RM4,790

Child Twin

RM5,090
RM4,790

Child W/Bed

RM4,890
RM4,590

Child No Bed

RM4,590
RM4,290
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan
Related Tours

Related ToursDonec ultricies, turpis a sagittis.

286ed488c8241c35493403
PRIVATE TOUR

Dewasa

RM5,550
Harga Biasa: RM5,550
8H7M I KUNMING + DALI + LIJIANG - 23 MAY-1
PRIVATE TOUR
23 May, 2025

Dewasa

RM3,090
Harga Biasa: RM3,090
8H7M I KUNMING + DALI + LIJIANG - 23 MAY-1
PRIVATE TOUR
23 May, 2025

Dewasa

RM2,480
Harga Biasa: RM2,480
8H7M I KUNMING + DALI + LIJIANG - 23 MAY-1
PRIVATE TOUR
23 May, 2025

Dewasa

RM7,990
Harga Biasa: RM7,990
Follow Us

Donec ultricies, turpis a sagittis.

👋We are always ready to help you!

Assalamualaikum. Get in touch with us for any inquiries regarding this package. We typically respond within 1-2 working days.