9H6M JOM EROPAH + CRUISE
/
/
/
9H6M JOM EROPAH + CRUISE
Facebook
Twitter
9H6M JOM EROPAH + CRUISE
RM8,190
/PER PERSON
Departure Date:
14 Nov, 2025
16 Jan, 2026
LONDON – HARWICH – HOOK OF HOLLAND – ZAANSE SCHANS – AMSTERDAM - BRUSSELS – PARIS
  • Merasai pengalaman bermalam di atas cruise dari (Harwich ke Hook of Holland) untuk pengalaman tenang menuju ke destinasi yang seterusnya
  • Membeli belah ke La Vallee Village Designer Outlet dan Bichester Village iaitu outlet membeli- belah untuk pelbagai barangan jenama terkemuka dari Perancis, London dan luar adalah idaman semua shopping maniac.
  • Camden Street, tempat yang penuh dengan budaya local, hiburan serta variasi makanan enak. Salah- satu tempat termurah untuk mendapatkan cenderahati London serta makanan halal yang senang dicari.
  • Lawatan tambahan pilihan iaitu alami keajaiban dan keindahan Disneyland® Paris, sama ada anda mencari pengembaraan atau peminat Disney yang ingin menghidupkan semula impian zaman kanak-kanak, Disneyland® Paris menjanjikan keajaiban dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk pengunjung dari semua peringkat umur.

Include

  1. Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi dan elaun bagasi – 30 kg seorang
  2. Hotel penginapan bertaraf 3* sepanjang lawatan (rujuk senarai hotel ditawarkan) serta cukai bandar (city tax) di London, Paris dan Amsterdam.
  3. Kos Visa (UK ETA)
  4. Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa.
  5. Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman.
  6. Tip kepada pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran.
  7. Diiringi ketua rombongan sekiranya kumpulan melebihi 15 orang.
  8. Percuma edisi beg kembara khas (kecuali bayi) Wan Vacation Sdn. Bhd.

Not Include

  1. Tiket masuk ke Eiffel Tower dan lain-lain tiket masuk yang tidak dinyatakan
  2. Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  3. Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  4. Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  5. Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  6. Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  7. Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Tour Plan

HARI 1: KUALA LUMPUR (MOB)
  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) untuk menaiki penerbangan terus ke London.
Hari 2: LONDON

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa London,

Lawatan di London:

  • Membeli belah di Bichester Village yang mempunyai lebih daripada 160 butik jenama terkenal di dunia seperti Coach, Dior, Gucci, dan sebagainya.
  • Masa bebas untuk bersiar-siar di Oxford Street yang mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan seperti Adidas, Primark, Selfridges dan sebagainya.

Daftar masuk hotel Bermalam di London.

Hari 3: LONDON (SP)

Lawatan di London:

  • Photo stop di Buckhingham Palace, istana kediaman rasmi keluarga diraja England di mana tetamu berpeluang melihat upacara pertukaran pengawal
  • Berjalan ke Queen’s Walk dimana anda dapat melihat pemandangan jambatan menara terkenal Tower Bridge yang boleh dinaikkan untuk membenarkan kapal melepasinya dan Tower of London, istana yang menyimpan takhta dan permata mahkota Ratu England.
  • Photo stop di Westminster Abbey, gereja bersejarah kerana peranannya dalam upacara-upacara negara, seperti pertabalan raja-raja dan pernikahan diraja, House of Parliament berfungsi sebagai tempat pertemuan kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Pertuanan.
  • Tetamu akan dibawa ke ikon kota London iaitu Big Ben (atau nama rasminya Elizabeth Tower), iaitu menara jam yang dibina pada 1859
  • Melepasi Downing Street yang dikawal rapi, di mana terletaknya kediaman dan pejabat rasmi Perdana Menteri UK. Selesai lawatan di kota London, tetamu akan dibawa bersolat di London Central Mosque.
  • Berkunjung ke Camden Market dimana terdapat lebih daripada 1000 kedai-kedai unik, cenderahati serta kafe.

Bertolak ke Pelabuhan Harwich untuk overnight cruise menuju ke Hook of Holland.

Hari 4: HOOK OF HOLLAND - AMSTERDAM (SP)

Selesai sarapan pagi di dalam cruise, daftar keluar untuk bertolak ke Amsterdam.

Lawatan di Amsterdam:

  • Lawatan dimulakan dengan Zaanse Schans, kawasan perkampungan lama di utara Holland. Ia adalah lokasi kincir angin yang sinonim dengan ikon negara Belanda dan rumah-rumah lama dari kurun ke 18 dan 19 yang dipulihara dan dikekalkan ciri-ciri antiknya.
  • Merasai pelbagai jenis keju antara yang terbaik di dunia di Catharina Hoeve Cheese Farm dan Clog Workshop iaitu bengkel membuat terompah kayu yang popular di Belanda selama 700 tahun.
  • Pulang ke Amsterdam dan singgah di Fatih Mosque untuk menunaikan solat, sebelum

bertolak ke Damrak Square untuk acara bebas.

Daftar masuk hotel. Bermalam di Amsterdam.

Hari 5: AMSTERDAM – BRUSSELS - PARIS (SP)

Lawatan di Brussel:

  • Tetamu akan dibawa melawat Atomium, sebuah menara yang mempunyai 9 sfera yang dihubungkan berbentuk seunit atom
  • Grand Place, dataran tercantik di Eropah yang dikelilingi oleh Dewan Bandaraya, Balai Kota Brussel dan Maison du Roi (Rumah Roti), serta ikon terpenting kota Brussels Manneken Pis, iaitu arca seorang kanak-kanak lelaki yang membuang air kecil ke dalam kolam air pancut.
  • Hard Rock Café Brussel destinasi mesti singgah bagi pengumpul memorabilia untuk dijadikan kenangan.

Meneruskan perjalanan ke Kota Paris yang dikenali dengan nama jolokan City of Lights untuk bermalam.

Hari 6: PARIS (SP)

Lawatan di Paris:

  • Memulakan lawatan bergambar di Eiffel Tower (tiket tidak termasuk dalam pakej) yang dibina pada tahun 1889 World’s Fair setinggi 324m.
  • Berkunjung ke Arc de Triomphe, yang terletak di hujung barat Champs-Elysees sebagai penghormatan kepada mereka yang berjuang sewaktu Perang Napoleon. Di sini terletaknya Avenue des Champs-Elysees sepanjang 1.9km dan merupakan jalan yang paling indah dan terkenal di Paris serta dunia.
  • Photo stop di Louvre Museum, muzium paling besar di dunia yang terkenal dengan rekabentuk piramid kaca.
  • Bersolat di Grand Mosque Paris sebelum membeli-belah di gedung serbaneka terkemuka di Perancis dan terkenal di seluruh dunia, Galeries Lafayette yang telah wujud sejak 120 tahun
  • Singgah photo -stop di Palais Garnier yang merupakan sebuah teater opera yang boleh memuatkan hampir 2,000 orang.

Pulang semula ke hotel

Hari 7: PARIS (SP)
  • Tetamu akan dibawa membeli-belah ke La Vallee Village Designer Outlet adalah outlet membeli- belah untuk pelbagai barangan jenama terkemuka dari Perancis dan luar. Outlet yang terletak 30km dari Perancis merupakan lokasi tumpuan utama pelancong dan penduduk setempat untuk mendapatkan barangan berjenama seperti Longchamps, Furla, Prada, Bottega Veneta dan sebagainya.
  • Lawatan tambahan pilihan iaitu Taman Tema Disneyland Paris (perbelanjaan sendiri) taman tema terkenal dunia ini menawarkan gabungan unik tarikan yang mendebarkan, pertunjukan yang memukau, dan watak Disney yang disayangi.

 

Pulang ke hotel untuk berehat.

Hari 8: PARIS (SP)
  • Sarapan pagi di hotel, acara bebas sebelum daftar keluar hotel menuju ke Lapangan Terbang Charles De Gaulle untuk penerbangan pulang terus  ke Kuala Lumpur.
Hari 9: KUALA LUMPUR

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Location

General Remarks

**Wan Vacation Sdn Bhd berhak melakukan sebarang perubahan pada aturcara perjalanan yang disebabkan oleh keaadan yang tidak dijangka, terutamanya semasa tempoh ‘peak season’ atau dalam kes ‘force majeure’.

Our Gallery

Warga Emas

RM8,540
RM8,140

Dewasa

RM8,590
RM8,190

Child Twin

RM8,590
RM8,190

Child W/Bed

RM7,890
RM7,390

Child No Bed

RM6,890
RM6,390
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan
Related Tours

Related ToursDonec ultricies, turpis a sagittis.

IMG_3295
ROME – PISA – FLORENCE – MODENA – VENICE – MILAN – SERRAVALLE – NICE – MONACO - MONTPELLIER - BARCELONA
18 Oct, 2025

Dewasa

RM11,990
Harga Biasa: RM12,590

Warga Emas

RM11,990
Harga Biasa: RM12,540

Kanak-Kanak

RM11,990
Harga Biasa: RM12,590
Gambar (47)
ZURICH / MONTREUX / ZERMATT / LAUTERBRUNNEN / GRINDELWALD / INTERLAKEN
07 Oct, 2025

Dewasa

RM9,640
Harga Biasa: RM9,990

Warga Emas

RM9,590
Harga Biasa: RM9,940

Kanak-Kanak

RM8,940
Harga Biasa: RM9,290
Gambar (46)
VENICE – FLORENCE – PISA – LA SPEZIA – CINQUE TERRE – ROME – NAPLES - POMPEII
07 Nov, 2025

Dewasa

RM10,190
Harga Biasa: RM10,590

Warga Emas

RM10,090
Harga Biasa: RM10,390

Kanak-Kanak

RM10,190
Harga Biasa: RM10,590
WhatsApp Image 2024-10-01 at 17.06.31 (1)
London / Paris / Brussels / Amsterdam / Zaandam / Cologne / Frankfurt / Titisee / Lucerne / Engelberg / Zurich
17 Oct, 2025

Dewasa

RM11,590
Harga Biasa: RM11,990

Warga Emas

RM11,540
Harga Biasa: RM11,940

Kanak-Kanak

RM11,590
Harga Biasa: RM8,590
Follow Us

Donec ultricies, turpis a sagittis.

👋We are always ready to help you!

Assalamualaikum. Get in touch with us for any inquiries regarding this package. We typically respond within 1-2 working days.