WEST COAST USA
/
/
/
WEST COAST USA
Facebook
Twitter
WEST COAST USA
RM17,690
/PER PERSON
Departure Date:
26 Sep, 2025
LOS ANGELES – HOLLYWOOD – BARSTOW – LAS VEGAS – HOOVER DAM – GRAND CANYON – FRESNO – YOSEMITE NATIONAL PARK – SAN FRANCISCO
  • Los Angeles, sebagai salah satu kota terbesar dan paling terkenal di Amerika Syarikat, menawarkan berbagai tarikan yang menarik bagi pengunjung diantaranya Hollywood, Santa Monica Pier dan Downtown Los Angeles.
  • Bagi pencinta alam, Yosemite National Park ialah tapak Warisan Dunia UNESCO yang menawarkan pemandangan tebing granit, air terjun, dan sequoia yang menjulang tinggi yang menarik pejalan kaki, pendaki dan peminat alam semula jadi.
  • Grand Canyon West menawarkan pemandangan alam yang menakjubkan dengan pelbagai peluang untuk fotografi serta merasai suasana Cowboy di Hualapai Ranch.
  • Bergambar latarbelakang Golden Gate Bridge: Salah satu ikon terbesar San Francisco, Jambatan Emas menghubungkan bandar ini dengan Marin County. Dengan panjang 1.7 batu, jambatan ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan dan menjadi antara tarikan utama pelancong.

Include

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi dan elaun bagasi 2 bagasi 23kg seorang
  • Hotel penginapan 8 malam di hotel bertaraf 3* (rujuk senarai hotel yang ditawarkan).
  • Makanan sesuai muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Grand Canyon West Rim dan Yosemite National Park.
  • Urusan visa memasuki USA sekali sahaja.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan sekiranya kumpulan melebihi 15 orang.

Not Include

  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurance kembara yang sesuai.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam waktu perlepasan)
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang dibawa.
  • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk.

Tour Plan

Hari 1: KUALA LUMPUR – TAIPEI– LOS ANGELES (MOB/MM)
  • Berkumpul di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Los Angeles melalui Taipei.
  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, daftar masuk hotel dan makan malam (packed food)
Hari 2: LOS ANGELES - HOLLYWOOD (SP/MM)

Lawatan di Hollywood:

  • Melawat Hollywood Boulevard iaitu Hollywood Walk of Fame yang menempatkan 2,758 nama bintang-bintang Hollywood termasuklah Michael Jackson, Mickey Mouse, Marilyn Monroe, Clint Eastwood, Jackie Chan dan ramai lagi.
  • Kodak Dolby Theatre yang merupakan auditorium terkenal berlangsungnya Oscar Academy Awards, American Idol dan America’s Got Talent; TCL Grauman’s Chinese Theatre yang sering menjadi lokasi tayangan perdana filem baru Hollywood
  • Melawat Hollywood & Highland Center untuk mengambil foto berlatarbelakangkan papan tanda Hollywood yang terkenal di atas Mount Lee.
  • Bersolat di Islamic Center of Southern California yang merupakan antara masjid terbesar di US yang dibina pada tahun 1952
  • Membeli-belah di Citadel Outlets yang menempatkan pelbagai butik dan kedai jenama terkenal dengan harga yang tersangatlah berpatutan.

Bermalam di Los Angeles.

Hari 3: LOS ANGELES (SP/MM)

Lawatan di Los Angeles:

  • Berkunjung ke Santa Monica Pier adalah salah satu tempat paling ikonik di bandar ini. Dikenali sebagai titik akhir route 66 yang legenda,taman tema yang menjadi daya tarikan unik para pelancong dengan ferris wheel serta carousell.
  • Tetamu akan dibawa ke Downtown LA yang menempatkan LA Live dan Staples Centre. Tetamu juga boleh meluangkan masa bergambar dan mengagumi senibina Walt Disney Concert Hall, bangunan ikonik rekaan arkitek terkenal Frank Gehry.
  • Menyelusuri Farmers Market yang telah wujud sejak dari tahun 1934 menghimpunkan kira-kira 100 vendor dan restaurant pelbagai pilihan makanan
  • Chinatown, kejiranan Asian yang meriah serta sibuk menawarkan gabungan unik budaya cina dan urbanisme Amerika.

Bermalam di Los Angeles.

Hari 4: LOS ANGELES – BARSTOW - LAS VEGAS (SP/MM)

Lawatan di Los Angeles:

Membeli belah di Outlet at Barstow yang sangat terkenal sebagai lokasi membeli-belah barangan jenama terkenal antarabangsa seperti Coach, Polo Ralph Lauren, Michael Kors, Guess dan banyak lagi dengan harga diskaun yang cukup lumayan

Lawatan di Las Vegas:

  • Bersolat di Masjid Tawheed yang juga merupakan pusat komuniti Islamic Association of Las Vegas yang banyak berdakwah dengan penduduk setempat tentang Islam dan membetulkan pandangan umum tentang Muslim itu pengganas.
  • Bersiar-siar sekitar kota ini terutamanya di sepanjang jalan yang dikenali dengan nama The Strip. Antara tarikan terkenal seperti Bellagio Resort Fountain Show yang menjadi ikon kota ini, MGM Grand Hotel, Paris Hotel (Eiffel Tower), Venetian Hotel yang terkenal dengan Venetian Gondola Ride, Caesar’s Palace, High Roller Ferris Wheel, Stratosphere Tower, Madame Tussaud dan bermacam lagi.

Bermalam di Las Vegas

Hari 5: LAS VEGAS – HOOVER DAM – GRAND CANYON – LAS VEGAS (SP/MM)

Lawatan di Nevada:

  • Hoover Dam yang merupakan sebuah empangan Lake Mead setinggi 726 kaki tinggi yang menyimpan pelbagai kisah antaranya 100 kematian dicatatkan ketika membinanya.

Lawatan di Arizona:

  • Grand Canyon West yang menjadi tarikan utama pelancong ke Arizona. Tetamu berpeluang mengikuti lawatan pilihan skywalk dengan bayaran tambahan (USD30) untuk menikmati pemandangan kaki ngarai Grand Canyon berwarna-warni setinggi 4,000 kaki di sini yang cukup mengujakan. Disini juga tetamu boleh mengenali dengan lebih dekat budaya etnik Red Indian Hualapai, Navajo dan Hopi di Native American Village (Hualapai) yang menempatkan rumah tradisi mereka berbentuk segitiga.

Bermalam di Las Vegas

Hari 6: LAS VEGAS – FRESNO (SP/MM)

Lawatan di Fresno:

  • Bertolak menuju ke Fresno yang mengambil masa perjalanan selama 6 jam dari Las Vegas. Fresno adalah sebuah bandar di Lembah San Joaquin California. Dicipta pada awal tahun 1900-an.

Bermalam di Fresno.

Hari 7: FRESNO – YOSEMITE NATIONAL PARK – SAN FRANCISCO (SP/MM)

Lawatan di Fresno:

  • Melawat salah satu taman negara yang paling cantik dan terkenal di US iaitu Yosemite National Park. Tetamu akan dibawa menyelusuri taman ini untuk melihat keindahan air terjun Yosemite Falls yang setinggi 1430 kaki, Half Dome Granite, formasi batuan terkenal El Capitan, Tunnel View dan Bridalveil Fall.

Bermalam di San Francisco.

Hari 8: SAN FRANCISCO (SP/MM)

Lawatan di San Francisco:

  • Melawat tarikan-tarikan utama di bandaraya San Francisco ini seperti Twin Peaks yang menawarkan pemandangan panorama indah seluruh kota ini; Melepasi Lombard ‘Crooked’ Street yang unik laluannya (namun bukan dibina untuk laluan bas).
  • Tetamu akan dibawa membeli-belah di Union Square dan Pier 39.
  • Bersolat di Masjid Darussalam yang terletak di tengah kota, juga sebagai pusat komuniti Islamic Society of San Francisco.
  • Berfoto di Palace of Fine Arts dan bersiar-siar di lokasi paling terkenal untuk pelancong iaitu Fisherman’s Wharf yang menempatkan antaranya Madame Tussaud, Ghirardelli Square kapal selam USS Pampanito dan Maritime National Historic Park.
  • Berjalan-jalan di Chinatown San Francisco, komuniti cina kedua terbesar di Amerika selepas New York.

Bermalam di San Francisco.

Hari 9: SAN FRANCISCO (SP/MM)

Lawatan di San Francisco:

  • Sausalito, bandar marin yang popular dengan rumah bot yang unik serta berwarna warni yang telah wujud selama lebih 100 tahun. Tetamu boleh bersiar-siar mengunakan paddle boat dengan kos sendiri menikmati kecantikan teluk San Francisco.
  • Bertolak ke Golden Gate Bridge Vista Point, lokasi terbaik untuk mengambil gambar berlatar belakangkan jambatan terkenal Golden Gate.

Bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Hari 10: TAIPEI – KUALA LUMPUR (MOB)

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Location

General Remarks

**Wan Vacation Sdn Bhd berhak melakukan sebarang perubahan pada aturcara perjalanan yang disebabkan oleh keaadan yang tidak dijangka, terutamanya semasa tempoh ‘peak season’ atau dalam kes ‘force majeure’.

Our Gallery

Warga Emas

RM17,940
RM17,640

Dewasa

RM17,990
RM17,690

Child Twin

RM17,090
RM16,790

Child W/Bed

RM14,590
RM14,290

Child No Bed

RM13,590
RM13,290
Untuk pertanyaan lanjut & tempahan
Related Tours

Related ToursDonec ultricies, turpis a sagittis.

No tour was found on the related destination.
Follow Us

Donec ultricies, turpis a sagittis.

👋We are always ready to help you!

Assalamualaikum. Get in touch with us for any inquiries regarding this package. We typically respond within 1-2 working days.