- Call us 24 hours, 7 days
- 1800 18 2884
- 0102852884
LONDON – HARWICH – HOOK OF HOLLAND – ZAANSE SCHANS – AMSTERDAM – BRUSSELS – PARIS
HARI |
PESAWAT |
DARI |
KE |
ETD |
ETA |
01 |
EK 347 |
K. LUMPUR |
DUBAI |
1920 |
2220 |
02 |
EK 07 |
DUBAI |
LONDON |
0230 |
0705 |
08 |
EK 74 |
PARIS |
DUBAI |
1535 |
0020 |
09 |
EK 346 |
DUBAI |
K. LUMPUR |
0310 |
1425 |
KATEGORI HARGA |
BILIK SEORANG |
BILIK BERDUA |
KANAK-KANAK BILIK BERDUA |
KANAK-KANAK BERKATIL |
KANAK-KANAK TANPA KATIL |
DEWASA |
RM 11590 |
RM 9090 |
RM 8690 |
RM 7890 |
RM 6590 |
WARGA EMAS |
RM 11390 |
RM 8890 |
– |
– |
– |
FIESTA7 |
RM 10990 |
RM 8490 |
RM 8090 |
RM 7490 |
RM 6190 |
WARGA EMAS |
RM 10890 |
RM,8390 |
– |
– |
– |
KATEGORI HARGA |
BILIK SEORANG |
BILIK BERDUA |
KANAK-KANAK BILIK BERDUA |
KANAK-KANAK BERKATIL |
KANAK-KANAK TANPA KATIL |
DEWASA |
RM 11190 |
RM 8990 |
RM 8490 |
RM 7790 |
RM 6990 |
WARGA EMAS |
RM 10990 |
RM 8790 |
– |
– |
– |
FIESTA7 |
RM 10790 |
RM 8590 |
RM 8090 |
RM 7390 |
RM 6590 |
WARGA EMAS |
RM 10690 |
RM 8490 |
– |
– |
– |
BANDAR |
RATING |
MALAM |
NAMA HOTEL |
London |
3* |
1 |
Hotel Inn Express Heathrow T5 atau setaraf |
Overnight Cruise |
3* |
1 |
Stenaline Cruise atau setaraf |
Amsterdam |
3* |
1 |
Hotel Inn Express Amsterdam South atau setaraf |
Paris |
3* |
3 |
Hotel Campanile Paris Est atau setaraf |
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke London melalui Dubai. Selepas itu, bertolak ke hotel untuk urusan daftar masuk.
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa London, tetamu akan dibawa membeli belah di Bicester Village, yang mempunyai lebih daripada 160 butik jenama terkenal di dunia seperti Coach, Dior, Gucci dan sebagainya. Singah sebentar di Emirates Stadium untuk photo stop. Bergerak ke hotel untuk daftar masuk.
Sarapan pagi di hotel dan memulakan lawatan di kota London ke Buckhingham Palace, tetamu berpeluang melihat upacara pertukaran pengawal. Berjalan melalui London City Hall untuk melihat dan mengambil foto muzium kapal HMS Belfast, jambatan menara terkenal Tower Bridge dan Tower of London, yang menyimpan takhta dan permata mahkota Ratu England. Melawat Westminster Abbey, gereja yang menyaksikan perkahwinan Putera William dan Kate Middleton, dan House of Parliament. Seterusnya tetamu dibawa ke ikon kota London iaitu Big Ben (atau nama rasminya Elizabeth Tower), Trafalgar Square, dataran yang dinamakan sempena kemenangan tentera laut British dalam Perang Napoleon, dan melepasi Downing Street di mana terletaknya kediaman dan pejabat rasmi Perdana Menteri UK. Tetamu akan dibawa bersolat di London Central Mosque. Masa bebas untuk bersiar-siar di Oxford Street yang mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan seperti Adidas, Primark, Dr. Martens dan sebagainya. Bertolak ke Pelabuhan Harwich untuk overnight cruise menuju ke Hook of Holland.
Bertolak ke Amsterdam setelah selesai sarapan. Lawatan ke Zaanse Schans, kawasan perkampungan di utara Holland iaitu lokasi kincir angin yang merupakan ikon negara Belanda dan rumah-rumah lama yang dipulihara dan dikekalkan ciri-ciri antiknya. Peserta berpeluang merasai pelbagai jenis keju antara yang terbaik di dunia di Catharina Hoeve Cheese Farm, Bakery Museum yang masih beroperasi dan Clog Workshop iaitu bengkel membuat terompah kayu yang popular di Belanda. Singgah solat Islamic Faith Foundation, lawatan ke Gassan Diamonds bagi melihat proses penghasilan berlian. Seterusnya, rasai pengalaman menaiki Canal Cruise menyusuri terusan di Amsterdam dan melihat rumah bot, bangunan bersejarah dan tinggalan benteng pertahanan Zaman Pertengahan. Acara bebas di Damrak Square seperti berfoto di hadapan Royal Palace, salah satu istana di Belanda yang pernah didiami oleh Raja Louis Bonaparte dan National Monument iaitu tugu peringatan yang dibina sempena Perang Dunia Kedua. Bersiar-siar atau membeli-belah di Kalverstraat sebelum menuju ke hotel untuk daftar masuk.
Selesai sarapan pagi di hotel, bertolak menuju ke Brussel untuk melawat Atomium iaitu sebuah menara yang mempunyai 9 sfera yang dihubungkan dengan seunit atom. Singgah ke Grand Place, dataran tercantik di Eropah yang dikelilingi oleh Dewan Bandar, Balai Kota Brussel dan Maison du Roi (Rumah Roti), serta ikon terpenting kota Brussels Manneken Pis, iaitu arca seorang kanak-kanak lelaki yang membuang air kecil ke dalam kolam air pancut. Tidak lupa ke Hard Rock Café Brussel bagi pengemar setia membeli memorabilia untuk dijadikan koleksi. Meneruskan perjalanan ke Kota Paris yang dikenali dengan nama jolokan City of Lights untuk bermalam.
Bersarapan di hotel dan menuju ke Fragonard Perfume Museum dedikasikan kepada pencinta haruman.Seterusnya menuju ke Eiffel Tower (tiket tidak termasuk dalam pakej) yang dibina pada tahun 1889 World’s Fair untuk menikmati pemandangan kota Paris. Kemudian, menuju ke Notre-Dame Cathedral, iaitu gereja yang terkenal dengan seni bina Gothic Perancis. Peserta akan dibawa melihat Louvre Museum, muzium paling besar di dunia dengan rekabentuk piramid kaca, Les Invalides, tempat makam Napoleon Bonaparte disimpan, Palais Garnier iaitu Opera House yang pernah menjadi lokasi penggambaran filem The Phantom of The Opera. Melawat Arc de Triomphe, yang terletak di hujung barat Champs-Elysees sebagai penghormatan kepada mereka yang berjuang sewaktu Perang Napoleon. Menuju Place de la Concorde, dataran dengan binaan bercirikan Louis Quinze, dan Trocadero Square, tempat terbaik untuk mengambil gambar Eiffel Tower. Solat di Grand Mosque Paris dan membeli-belah di Galeries Lafayette, syurga pakaian dan hub fesyen haute couture dengan struktur binaannya yang moden.
Sarapan pagi di hotel, tetamu akan dibawa membeli-belah ke La Vallee Village Designer Outlet adalah outlet membeli- belah untuk pelbagai barangan jenama terkemuka dari Perancis dan luar. Outlet yang terletak 30km dari Perancis merupakan lokasi tumpuan utama pelancong dan penduduk setempat untuk mendapatkan barangan berjenama seperti Longchamps, Furla, Prada, Louis Vuitton dan sebagainya. Jangan lepaskan peluang untuk merasai keseronokan Taman Tema Disneyland Paris (perbelanjaan sendiri) yang baru menyambut anniversary ke 30 tahun. Pulang ke hotel untuk berehat.
Sarapan pagi di hotel, acara bebas sebelum daftar keluar hotel menuju ke Lapangan Terbang Charles De Gaulle untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Dubai.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pakej Termasuk
Tidak Termasuk
Kami akan respon kurang dari 1 jam pada waktu pejabat Isnin-Jumaat (9.00am-4.00pm) & keesokan harinya sekiranya anda berhubung diluar waktu pejabat.