Bagi yang berkunjung ke Jakarta, Bandung & Lembang, apa yang perlu dilawati di Jakarta dan Bandung? Berikut adalah antara beberapa tempat menarik di Jakarta, Bandung & Lembang yang sesuai untuk pelancong Asean.
JAKARTA
- Ocean Dream Samudra Ancol
Ocean Dream Samudra Ancol, Jakarta dianggap sebagai salah satu laut buatan terbesar untuk ikan lumba-lumba dan singa laut. Tetapi selain itu, ia juga merupakan tempat di mana anda boleh melihat ikan laut dan air tawar di dalam akuarium besar, serta pelbagai spesies burung di taman burung. Jangan lepaskan persembahan hebat mereka di Cinema 4D dengan kesan khas yang terasa nyata dan Scorpion Pirates yang mengisahkan pertempuran menentang lanun kala jengking.
2. Dunia Fantasi (Dufan)
Dunia Fantasi mempunyai lebih 40 tunggangan dan tarikan untuk dipilih, taman tema tepi pantai di Jakarta ini sesuai untuk dilawati oleh semua peringkat umur. Jika anda penggemar aktiviti ekstrem, Halilintar Roller Coaster dan Niagara Waterlog Ride akan memberi anda keseronokan yang anda idamkan. Tetapi jika anda mahukan pengalaman yang santai tetapi juga menyeronokkan, tunggangan mesra kanak-kanak seperti Carousel Turangga-rangga juga disediakan
Pakej ke Jakarta, Bandung & Lembang tidak lengkap jika anda tidak ke Bandung!
BANDUNG
- Kawah Putih Tour
Tasik Kawah Putih merupakan satu lagi destinasi yang tidak harus dilepaskan untuk dikunjungi sekiranya anda berada di Kota Bandung. Tasik Kawah Putih terbentuk daripada letupan gunung berapi, dan kawah tersebut dipenuhi dengan air yang seakan-akan berwarna putih disebabkan kandungan sulfur daripada gunung berapi. Tasik Kawah Putih menawarkan peluang untuk menyelami keindahan alam semula jadi yang sebenar.
2. The Great Asia Africa
Datang dan lawati The Great Asia Afrika di mana anda boleh meneroka 10 negara di 1 tempat. Antara konsep negara yang terdapat disini ialah Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Thailand, India, Afrika, dan Timur Tengah. Pelawat akan disajikan dengan pemandangan mercu tanda popular bagi negara-negara tersebut. Selain itu, pelawat juga boleh menyewa pakaian tradisional dari negara atau wilayah masing-masing. Asia Afrika Lembang mempunyai konsep pelancongan utama yang menggabungkan konsep semula jadi dan moden.
LEMBANG
Lembang adalah tempat baru di dalam pakej ke Jakarta, Bandung & Lembang. Tempat ini semakin famous untuk rakyat tempatan dan juga pelancong dari luar.
- Orchird Forest Cikole
Orchid Forest Cikole Lembang telah ditubuhkan pada Ogos 2017. Tempat ini merupakan taman orkid terbesar di Indonesia. Terletak di tengah-tengah kawasan hutan simpan dan meliputi kawasan seluas 12 hektar. Terdapat sekurang-kurangnya 157 jenis orkid yang dibangunkan disini.
2. Lembang Zoo
Lembang Park & Zoo terletak di kawasan yang berudara sejuk di Lembang. Lembang Park & Zoo merupakan destinasi yang sesuai bagi seisi keluarga yang membolehkan pelancong bermain ditaman sambil menambah ilmu pengetahuan dan berinteraksi secara langsung dengan pelbagai sepsis fauna. Konsep unik dengan tampilan binaan moden dan fasiliti berkualiti tinggi yang ditawarkan merupakan keunggulan dari Lembang Park&Zoo. Saat ini Lembang Park & Zoo setidaknya memiliki 350 ekor binatang diantaranya berbagai jenis reptilia, burung, dan mamalia.
Berminat untuk ke Jakarta? Boleh hubungi pihak selamatbercuti.com untuk tempahan pakej penerbangan & pakej di Jakarta, Bandung & Lembang di talian 012 269 2884 atau 010 532 2884
. Terima kasih!