Trip Hatyai dan Songkhla Yang Menyeronokkan!

Trip Hatyai dan Songkhla antara destinasi menarik di sempadan Thailand-Malaysia yang wajib diterokai oleh anda.

Dekat sangat dengan sempadan Malaysia, jadi tidak hairanlah ramai orang Malaysia berpusu-pusu ke sini untuk bercuti.

Ada pelbagai jenis makanan, pusat beli-belah dengan harga yang berpatutan dan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.

Berikut adalah beberapa tempat menarik yang perlu dikunjungi sepanjang Trip Hatyai dan Songkhla.

Tempat Menarik Untuk Trip Hatyai dan Songkhla Yang Berbaloi Dikunjungi!

Perjalanan ke Hatyai dan Songkhla ini akan mencipta kenangan dan pengalaman anda pergi ke Bukit Kayu Hitam, Dannok, Padang Besar, dan Songkhla!

  1. ASEAN Night Market

Pasar malam ASEAN merupakan bazaar malam terbesar yang beroperasi dari petang hingga malam.

Di sini anda dapat menemui pelbagai jenis pakaian, makanan dan minuman yang halal serta banyak lagi jualan.

Yang pasti anda kena bersedia untuk menghadapi dilema ketika membuat pilihan.

Lebih daripada 100 gerai di pasar malam ini menawarkan barang jualan yang unik dan menarik perhatian pengunjung.

Pelbagai produk seperti pakaian, beg, barang hiasan, dan kraf juga tersedia di sini pada harga yang berpatutan.

Dengan suasana malam yang riuh dan warna-warni menjadikan tempat ini sangat ideal untuk bersantai pada waktu malam.

  • Pantai Samila

Hanya terletak beberapa kilometer sahaja dari pusat bandar Songkhla.

Pantai Samila sangat cantik dengan pasir putih yang lembut dan air laut yang jernih serta biru.

Tempat ini juga terkenal sebagai port untuk melihat matahari terbenam yang memukau.

Selain kecantikan panorama pantai, daya tarik pantai ini terletak pada kehadiran patung Ikan Duyung Emas.

Landmark yang terkenal sebagai “Golden Mermaid,” ini menjadi ikon untuk bandar Songkhla.

Patung tersebut telah dibina pada tahun 1966 dan memiliki kisah legenda tersendiri.

  • Songkhla Central Mosque

Destinasi utama bagi pelancong beragama Islam yang ingin mengagumi kecantikan senibina masjid terbesar di Songkhla.

Dibuka tahun 2021, masjid ini ada tiga tingkat dan dilengkapi dengan fasiliti seperti tempat letak kenderaan yang luas.

Keunikan masjid ini terlihat dalam adanya kolam besar di depannya, menambahkan keunikan kepada senibinanya.

Anda akan terasa kagum oleh keindahan senibina masjid ini, yang mengingatkan pada keindahan Masjid Taj Mahal.

  • Tang Koun Hill

Sebuah bukit di mana anda boleh melihat pemandangan indah bandar yang terletak di antara Teluk Thailand dan Tasik Songkhla.

Anda boleh mencuba menaiki kereta kabel ke puncak gunung untuk menikmati pemandangan di sekitar bandar Songkhla dan Hatyai. 

  • Klonghae Floating Market

Pasar Terapung Khlong Hae di Songkhla sangat popular kerana keunikannya yang jarang dilihat di tempat lain.

Ia merupakan destinasi yang menarik untuk mereka yang ingin merasai pengalaman berada di pasar yang luar biasa.

Apa yang membezakan pasar terapung ini ialah lokasi jualan yang terletak di atas air.

Jadi anda akan melihat para peniaga menjalankan perniagaan mereka dari atas perahu.

Sewaktu matahari terbenam di Pasar Terapung ini, pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan dapat dinikmati.

Seronok saja kan? Tak hairanlah kenapa Hatyai dan Songkhla menjadi destinasi percutian yang sangat popular di kalangan rakyat Malaysia.

Untuk trip kesini yang lebih mudah, seronok dan berbaloi, anda boleh mengambil pakej percutian bersama selamatbercuti.com

Tempah Pakej Percutian Trip Hatyai + Songkhla Anda Hari Ini!

Jangan lepaskan peluang untuk merasai keunikan sempadan Thailand-Malaysia dengan pakej percutian yang unik ini.

Percutian 4 Hari 2 Malam ini membolehkan anda menjelajah keindahan dan keunikan Hatyai dan Songkhla dengan mudah.

Selamatbercuti.com atau dikenali juga sebagai Wan Vacation Sdn Bhd merupakan agensi pelancongan yang dipercayai di Malaysia.

Jadual dan perjalanan yang lengkap disediakan untuk menjadikan percutian anda lebih memuaskan dan menggembirakan.

Ada pemandu pelancong yang berpengetahuan, kemudahan pengangkutan yang selesa, dan pilihan penginapan yang baik.

Kami bertanggungjawab untuk memastikan pengalaman percutian anda menjadi lebih bermakna.

Ayuh dapatkan Pakej Percutian 4 hari 2 malam Hatyai + Songkhla melalui selamatbercuti.com sekarang!

Untuk tempahan, boleh hubungi kami di talian 03 9132 2884 / 03 8893 0084 / 011 1111 2884 / 012 963 2884.


MAKLUMAT LANJUT TRIP HATYAI + SONGKHLA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *