Turkey Tour Package: Pakej Pelancongan Eksklusif

turkey tour package

Turki, juga dikenali sebagai Republik Turki, adalah sebuah negara yang terletak di sempadan Asia Barat dan Eropah. 

Negara ini mempunyai sejarah yang kaya, budaya yang beraneka ragam, dan keindahan alam yang menakjubkan. 

Dengan warisan yang merangkumi Empayar Byzantine dan Empayar Ottoman, Turki memancarkan pesona sejarah yang memikat dan menghubungkan dua benua yang berbeza. 

Di sini, anda akan menemui bandar bersejarah, masjid yang megah, pasar tradisional yang meriah dan pantai yang indah di sepanjang pantai Mediterranean.

Kerana itu, Turkey adalah destinasi yang menakjubkan dan tawaran Turkey Tour Package adalah yang eksklusif untuk anda.

Jadi, dalam artikel ini kami akan membongkarkan mengenai Turkey Tour Package yang terbaik.

Kami akan menceritakan juga mengapa Turki adalah pilihan terbaik untuk pelancong mencari pengalaman yang luar biasa.

Destinasi Popular di Turkey

Turkey adalah negara yang mempunyai pelbagai destinasi yang menarik. 

Berikut adalah beberapa destinasi yang wajib anda pergi jika anda sampai di bumi Turki ini. 

1. Istanbul – Kota yang Menyimpan Sejarah

tukrey tour package

Istanbul adalah satu-satunya bandar yang terletak di dua benua, Asia dan Eropah. 

Ia juga mempunyai kontrast antara kemodenan dan warisan sejarah. 

Terdapat mercu tanda sejarah dengan muzium, masjid, dan istana yang boleh anda lawati seperti Hagia Sophia dan Topkapi Palace.

Anda turut dapat menikmati kelazatan makanan tempatan di pasar-pasar tradisional. 

Dengan itu, melawat Istanbul bermakna menyelami keindahan zaman lampau dan masa kini.

2. Cappadocia – Landskap Nyata yang Indah

turkey tour package

Cappadocia mempunyai pemandangan yang tidak seperti tempat lain di dunia. 

Ia terkenal dengan pemandangan formasi batu kapur yang unik. 

Anda boleh menaiki belon panas, menjelajah gua-gua bawah tanah, dan mengagumi gereja-gereja batu purba.

Istimewanya di Cappadocia adalah bandar bawah tanah yang dikenali sebagai Elengubu atau nama modennya, Derinkuyu.

3. Pamukkale: Istana Kapas

Pamukkale dikenali sebagai ‘Istana Kapas’ dengan teres karbonat yang menakjubkan. 

Ia bukan sekadar nama yang menyeronokkan, malah, Pamukkale memang agak kelihatan seperti kapas dari jauh.

Di kawasan yang membentuk teres travertine Pamukkale ini, terdapat 17 kolam air panas semulajadi yang memukau.

Tambahan, keretakan di bumi yang disebabkan oleh gempa bumi membolehkan air haba mencapai permukaan untuk mencipta kolam air panas.

Jadi, anda boleh mandi di kolam ini dan merasai khasiat airnya yang mengandungi mineral semulajadi.

4. Ankara: Permata Tersembunyi Ibu Kota

turkey tour package

Ankara adalah ibu negara Turki yang menyimpan pelbagai permata tersembunyi yang menanti para pelancong untuk menjelajahinya.

Di Ankara menawarkan lebih daripada apa yang kita sangka dengan bangunan kerajaan dan muzium serta pemandangan yang unik kepada pelancong. 

Antara tempat popular untuk dilawati di rantau ini adalah, makam Ataturk, muzium Altinkoy, Aslanhane Mosque, dan banyak lagi.

5. Konya: Tempat Tradisi Bertemu Moden

turkey tour package

Sehingga 1923 Konya adalah bandar terpenting bagi Anatolia tengah, membayangi Ankara. 

Bahagian barat daya bandar telah direka bentuk semula, dan jalan besar menghala ke pinggir bandar barat ke stesen kereta api.

Namun tetapi, bandar lama itu masih bertahan di sebelah timur akropolis.

Konya juga memberikan perspektif yang unik mengenai Turki, dimana pelancong dapat menyelami budaya sufistik dan kehidupan harian yang serba sederhana.

6. Bursa: Kota Hijau

Bursa atau lebih dikenali sebagai Kota Hijau memiliki seni bina bangunan yang tersergam indah dengan reka bentuk yang menawan.

Kota ini juga banyak ditumbuhi tumbuhan hijau yang dapat memanjakan mata kita. Kerana itu, ia mendapat nama sebagai “Kota Hijau”.

Selain itu, terdapat bangunan bersejarah dan lagenda bernuansa hijau yang terkenal seperti Green Mosque, Green Tomb and Ulucami Mosque.

Jadi, ini adalah antara destinasi serba lengkap yang memukau setiap pelancong dan menciptakan pengalaman yang sangat berharga.

Baca Juga; Honeymoon Package Malaysia: Destinasi Romantik Untuk Pasangan Baru Berkahwin

Pakej Pelancongan ke Turkey

Ayuh lihat beberapa Turkey Tour Package yang ditawarkan oleh selamatbercuti.com atau ia dipanggil sebagai Wan Vacation Sdn Bhd. 

Pakej ini adalah pilihan yang hebat untuk mengenal sejarah dan budaya Islam di Istanbul. 

Ia merangkumi lawatan ke tempat-tempat seperti Blue Mosque, Topkapi Palace, Taksim Square, dan banyak lagi. 

Selain daripada aspek sejarah, anda juga dapat menikmati waktu lapang di Grand Bazaar dan pusat beli belah.

Jika anda ingin melawat lebih banyak kawasan di Turki, pakej ini adalah pilihan yang sempurna. 

Selain lawatan ke tempat-tempat bersejarah di Istanbul, ia juga membawa anda ke Bursa, sebuah bandar yang indah di kaki Gunung Uludağ. 

Di situ, anda dapat melawat ke tempat-tempat seperti Green Mosque & Tomb, Grand Mosque, dan Silk Market.

Pakej ini menggabungkan pengalaman di Istanbul dan Bursa dengan lawatan menarik ke Cappadocia. 

Cappadocia adalah wilayah yang indah di tengah Turki yang terkenal dengan kediaman gua dan pembentukan batu yang unik dan luar biasa. 

Banyak juga tempat menarik yang boleh dilawati di sini antaranya adalah Goreme Valley, Pigeon Valley, Devrent Valley, Uchisar Town, Red Valley Avanos Town and Love Valley.

Jika anda mencari pengalaman yang lebih menyeluruh, pakej selama 7 hari 6 malam ini adalah pilihan terbaik. 

Ini kerana, ia merangkumi semua tempat-tempat menarik dalam pakej-pakej sebelumnya.

Malah, dalam pakej ini terdapat penambahan lawatan ke tempat-tempat lain seperti Pamukkale dan Konya.

Kesimpulan

Turkey Tour Package adalah pilihan terbaik untuk mereka yang mencari pengalaman pelancongan yang eksklusif dan dikenang selamanya.

Namun, pastikan anda membuat penyelidikan menyeluruh sebelum membuat keputusan untuk memilih pakej pelancongan ke luar negara. 

Di laman web selamatbercuti.com, atau Wan Vacation Sdn Bhd, menawarkan maklumat yang lengkap dan boleh dipercayai bagi percutian anda.

Ia tidak hanya menawarkan nilai untuk wang, tetapi yang lebih penting, ia adalah pilihan yang boleh dipercayai. 

Syarikat pelancongan ini turut terkenal dengan orientasi perkhidmatan yang cemerlang. 

Jadi, tunggu apa lagi? Jangan ragu untuk membuat pilihan bersama selamatbercuti.com.

Leave a Reply

Private Tour
Request

Please fill in all required information for us to propose the best packages for you