
Pada 26 – 29 March 2026, Wan Vacation Sdn Bhd / selamatbercuti.com telah membuat company trip ke Krabi. Pakej 4 hari 3 malam ini diaturkan oleh kami sendiri, khas untuk staf sendiri seramai 42 orang. Ini Adalah kali pertama kami atur company trip untuk diri sendiri.
Pakej yang kami aturkan Adalah yang perfect untuk company trip 2026 ke Krabi. Semua 3 cawangan kami di HQ Taman Connaught, cawangan Putrajaya & cawangan Johor Bahru ikut sama.
Day 1: berkumpul jam 8 pagi di KLIA, berlepas ke Krabi naik Firefly Airlines jam 11 pagi, tiba di Krabi jam 11.30 tgh hari (flight 1 jam 30 min – 1 jam beza masa), transfer ke hotel di Ao Nang (40min transfer), packed lunch, rehat, kemudian pada jam 4 petang. Kami ke bandar Krabi ambil gambar dengan statue ketam, kemudian naik bot lalu mangrove forest ke tempat dinner di floating restaurant, kemudian pulang ke hotel
Day 2: kami ke pier, kemudian naik private bot untuk 4 island tour by speed boat. Kami ke Chicken Island (snorkeling), Tub Island, Mor Island (2 pulau yang bersambung) dan Poda Island. Sebelum stop di Railay Bay untuk lunch di Sand Sea Resort (buffet di private area). Kemudian jam 3 petang, pulang ke hotel dan jam 5 petang, kami ke Khaothong Hill untuk tengok sunset dan last skali kami ke Ao Nang night market selepas dinner.
Day 3: Hari ni best sebab free day untuk kami. Ada yang ke kayak, ada yang sewa motor, ada yang gi café yang ada gajah, dan ada yang gi shopping di Central Krabi Mall. Yang paling best ramai pergi massage & buat kuku & rambut. Kami dah bagi duit shopping untuk staff, jadi cukup lah diorang belanja.
Day 4: Kami bertolak ke airport, on the way kami singgah di Jee Or Dried Food, kemudian flight kami jam 1 petang, sampai 3.30 petang di airport KLIA. Terima kasih Firefly Airlines

Kami stay di Sugar Marina Cliffhanger hotel, dekat area Ao Nang. Situ kami senang nak ke mana mana. Kedai makan halal pun banyak.
Sapa nak gi company trip, kami boleh aturkan. Contact kami di 012 269 2884 / 011 1111 2884. Terima kasih..
