Pejabat Baru Wan Vacation di Johor Bahru, Johor

Assalamualaikum. Wan Vacation Sdn Bhd Kini di Johor Bahru!

Kami dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan cawangan terbaru Wan Vacation Sdn Bhd di Johor Bahru! Langkah ini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memberikan perkhidmatan pelancongan yang lebih dekat dan mudah diakses oleh pelanggan setia kami di selatan tanah air.

Wan Vacation Sdn Bhd baru sahaja membuka cawangan terbaru di Johor Bahru, yang terletak di 03-19, Laman Damai, Damansara Aliff. Office ini bersaiz kecil sahaja, hanya 1000 kaki persegi, dan terletak di bawah kondominium Central Park. Dan nama kawasan rumah kedai di bawah dia dikenali dengan nama Laman Damai.

Apa Yang Menarik di Cawangan Baharu Kami?

Dengan pembukaan cawangan ini, pelanggan di Johor dan kawasan sekitar kini boleh mendapatkan perkhidmatan pelancongan bertaraf lima bintang yang menjadi identiti Wan Vacation Sdn Bhd. Kami menawarkan:

Pakej Percutian Premium – Termasuk hotel mewah, makanan halal, dan itinerari eksklusif.
Pakej Umrah Private– Dengan bimbingan mutawwif berpengalaman.
Tempahan Tiket Penerbangan – Dengan pelbagai pilihan syarikat penerbangan.
Pakej Kembara Muslim – Menyediakan makanan halal dan aktiviti mesra Muslim.
Servis Kumpulan & Insentif – Untuk percutian keluarga, korporat, dan kumpulan khas.

Kedai ini dibuka sejak Januari 2025, dan telah mendapat sijil dari Agensi Pelancongan dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pada 7 Mac 2025 dengan nombor lesen KPL6811/3. Ini sekaligus merupakan cawangan ketiga Wan Vacation Sdn Bhd.

Berikut adalah alamat untuk pejabat induk dan cawangan untuk Wan Vacation Sdn Bhd.

Pejabat Induk (KPL6811)
221-1, Jalan Sarjana, Taman Connaught, Kuala Lumpur

Cawangan Kota Bharu (KPL6811/1)
Min House Camp, Kubang Kerian, Kota Bharu

Cawangan Putrajaya (KPL6811/2)
87A, Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya

Pada bulan Mac 2025, kami beroperasi dengan 2 orang pekerja di cawangan ini. Dan bakal menjadi 6 orang pada bulan April selepas hari raya nanti. Buat masa sekarang, kami lebih kepada membekalkan tiket penerbangan kepada jabatan kerajaan, GLC & syarikat korporat.

Dan kami juga menyediakan servis untuk lawatan korporat, incentive trip, company trip & university trip. Jika anda berminat dengan lawatan company trip, atau ingin penempahan tiket penerbangan, boleh hubungi kami di talian +607 707 9984 atau +6011 5507 2884. Semua request anda akan dibuat oleh pejabat Johor Bahru atau HQ kami di Kuala Lumpur.

Boleh juga email kepada kami di jb@selamatbercuti.com

Lokasi Strategik dan Kemudahan

Cawangan Johor Bahru kami terletak di lokasi strategik yang mudah diakses, lengkap dengan kemudahan moden bagi memastikan pelanggan mendapat pengalaman terbaik ketika berurusan dengan kami.

📍 Alamat: 03-19, Laman Damai, Damansara Aliff, Johor Bahru
📞 Hubungi Kami: +607 707 9984
📧 Emel: jb@selamatbercuti.com

Promosi Pembukaan Khas!

Sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami, kami menawarkan promosi istimewa dan pelbagai tawaran menarik untuk tempahan awal di cawangan baharu ini. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan harga terbaik bagi percutian impian anda!

Kami menjemput semua pelanggan dan rakan niaga untuk mengunjungi cawangan baharu kami dan merasai sendiri perkhidmatan eksklusif yang kami tawarkan. Terima kasih atas sokongan berterusan anda, dan kami berharap dapat terus menjadi pilihan utama dalam merancang perjalanan anda!

#WanVacationJB #Percutian #HalalTravel #PakejPercutian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *